Saturday, February 20, 2010

(~~.)


Malam ini, ku sendiri,
tak ada yang, menemani,
seperti malam-malam,
yang sudah, sudah

Hati ini, selalu sepi,
tak ada yang, menghiasi,
seperti cinta ini,
yang s’lalu, pupus


Tuhan kirimkanlah aku,
kekasih yang, baik hati,
yang mencintai aku,
apa adanya

Mawar ini, semakin layu,
tak ada yang, memiliki,
seperti, aku ini,
semakin, pupus

Bike Stunt - Burnout

Teknik burnout ini memerlukan penunggang untuk mengendalikan motosikal mereka supaya tayar belakang motosikal tersebut berpusing ligat tanpa mengerakkan motosikal atau bergerak dalam kelajuan yang rendah. Tujuan aksi burnout adalah untuk mencuba keupayaan enjin mengerakkan tayar belakang sehingga mengeluarkan asap yang tebal,berpunca dari geseran tayar di atas permukaan kasar. Teknik ini sangat mudah untuk dipelajari. Cuma penunggang memerlukan sedikit keberanian serta kecekapan mengagak sebarang kemungkinan yang berlaku.Disini Ambo ingin berkongsi sedikit gambar-gambar contoh aksi burnout

BURNOUT



Aprillia

Double sided burnout

Ladies burnout..ehem..ehem







Ni ada satu video penyejuk mata untuk kawan-kawan melihat bagaimana orang buat burnout

Thursday, February 18, 2010

Aksi Drift..Jadi Vs Tak Jadi

"Drifting" merujuk kepada teknik memandu di mana pemandu harus mengambil selekoh dengan kadar putaran tayar belakang yang tinggi sehingga menyebabkan grip tayar ke atas permukaan tayar berkurang dengan memastikan kereta tersebut berada dalam posisi yang sesuai, selamat dan tepat semasa mengambil selekoh pada kelajuan yang tinggi. Sukan "Drifting" memerlukan teknik yang tinggi untuk mempamerkan teknik drift yang baik,licin dan paling penting bergaya. Bermula dari jepun, teknik ini semakin mendapat perhatian di seluruh dunia.

Jadi apa yang Ambo nak kongsi di sini adalah beberapa aksi Drift yang TAK JADI dan MENJADI, jom kita sama2 lihat.

TAK JADI










MENJADI



222

222

Angka tersebut sangatlah menarik yer..

Namun siapakah pemilik angka tersebut di blog Ambo

hehehe..

Kita lihat sape yang kena!!!


klik gambar gadis tersebut untuk ke blog beliau

Taraaaaaaaa..jeng jeng jeng

ade citer menarik yang You All semua akan kenang sampai bila-bila..n yang paling penting,,mata You All akan besar melihat entri pirahna beliau

tahniah kepada saudari Mizs Nierah kerana memegang nombor yang sangat comelll..

TAHNIAH

Wednesday, February 17, 2010

Pengikut Setia ke 200

Kali ni kita tengok siapa yang kena :)

taraaaa...En Chamn kita suda memiliki nombor terbaek dengan memegang angka giliran 200

Tahniah En Chamn, hadiahnyer adelah sebuat link untuk menaikkan traffic anda :)

hehe..semoga Beliau dapat menyumbangkan pelbagai info yang berguna kepada kita dan beberapa info yang menarik hati para blogger yang lain

Design blog dia cantik wooo~~ :)



Klik gambar untuk ke link beliau :)

All the best for your life Bro

Pengikut Setia yg ke 188

Atas permohonan beliau, Ambo mahu memberi penghargaan kepada beliau kerana berjaya melayakkan diri selaku pengikut yg ker 188

Tahniah Kepada TujuhHariSeminggu, semoga ini meningkatkan moraliti anda untuk berblog :)


Klik gambar untuk ke blog beliau



Dan sekaligus Ambo telah membuka satu Label terbaru.. "Pengikut Tegar"..HAHAHA

Tuesday, February 16, 2010

SYAFFEQ

Setelah lahir ke muka bumi, maka diberilah nama akan setiap insan itu, agar senang dikenali, moga terbentuk akhlaknya dan sifatnya sepadan dengan nama yang diberi.

Ambo bersyukur mendapat nama yang elok, terima kasih kepada Mama dan Abah kerana menghadiahkan nama ini. Nama ini bersesuaian dengan sikap dan tingkah laku Ambo. Kadang-kadang ada insan yang persoalkan maksud di sebalik nama. Ada apa dengan nama?

SYAFFEQ

Itulah nama yang diberi. Syaffeq (Syafiq) bermaksud penyayang dan belas kasih. Jika di lihat kembali, memang betul seperti apa yang di maksudkan dengan nama tersebut.

Penyayang..Ambo memang seorang penyayang, Ambo sayang Mak Ayah Ambo, Ambo sayang Adik2 Ambo,Ambo sayang saudara-saudara Ambo,Ambo sayang kawan-kawan Ambo,Ambo sayang diri Ambo dan Ambo sayang semua orang yang mengenali Ambo mahupun yang masih hidup ataupun yang telah pergi mahupun yang membenci Ambo. Namun keegoan Ambo selaku lelaki, Ambo tidak pernah mempamerkan sikap ini secara terang-terangan. Ambo lebih suka menyalurkan dengan cara lain. Kadang kala Ambo bersikap terlalu mengawal, kerana Ambo tidak mahu sesuatu yang buruk terjadi kepada orang yang Ambo sayangi.

Belas Kasih..memang betul Ambo seorang yang cepat tersentuh, nak kate pondan pon Ambo tak kisah, sebab Ambo di jadikan sebegini,seorang yang sensitif. Namun sensitivity Ambo pun ada batasan, kadang kala Ambo mudah kesiankan orang dan kadang kala susah nak percayakan orang. Pengalaman lalu banyak mengajar. Kadang-kadang kita buat baik belum tentu di balas baik. Bukan mengungkit tapi aspek adil tu lansung tak ada.

Abah, Mama..nama anakmu ini suatu masa dahulu pernah mencemarkan nama baik keluarga. Along akan angkat balik nama keluarga kita. Along akan bersihkan arang-arang di muka Abah dan Mama. Along janji.

Adik-adikku..jika dahulu Alongmu ini sering melayan kamu semua dengan layanan yang buruk dan tidak adil. Along minta maaf. Along sedar sekarang kamu semua sangat penting dalam hidup Along. Hanya kamu penyokong hidupku. Along berjanji akan membalas setiap apa yang kamu semua dah lakukan terhadap Along.Kakak,Angah,Uda,Ika n Baby..Along akan jadi Along yang terbaek untuk kamu.

Saudara-saudaraku.. Terima kasih kerana melayani Along dengan baik. Memberi tunjuk ajar yang terbaek. Memberi peluang kepada Along. Cikgu Bon,Cikgu Nik, Papa Yah, Mami Yah,Mami Angie,Uncle Charles dan semua yang mengenali Ambo.

Sahabat-sahabatku..terima kasih kerana membantu Ambo di kala kesusahan, Wawan,We,Syafiq Katana,Jilan,Che Wan dan semua yang menganggap Ambo sebagai sahabat.

Itulah dia..Ambo yang bernamakan Syaffeq cuma seorang manusia biasa yang kurang sempurna tapi mengejar kesempurnaan bukan untuk diri sendiri tetapi untuk setiap insan yang mendampingiku.



Ape Brand Baju Yang Paling Kawan Gemar?

Salam kali ni Ambo berminat nak kongsi bersama kawan-kawan yang lain jenama pakaian yang kawan-kawan lain gemar pakai. Ambo disini terpanggil untuk membuat entri seperti ini kerana ambo suda mati akal untuk memilih jenama yang berkualiti dan berbaloi dengan perbelanjaan Ambo.



Buat masa ini, jenama yang sering Ambo pilih adalah
PADINI, SEED, SODA ,ROMP ,JEFFERSON
kalau ada antara kawan-kawan yang berminat nak kongsi jenama baju You All semua kat sini, jom la,amat di alu-alukan.

Ambo ade buka satu forum kat sini..

p/s: skang ni ngah pening nak shopping brand ape plak lepas ni :)

Monday, February 15, 2010

Keistimewaan Anak- Anak

Sejak kebelakangan ni semakin menjadi-jadi masalah buang anak, Ambo sayu melihat apabila kes-kes seperti ini sering menjadi muka depan surat khabar harian..Kenapa manusia sekarang mempunyai hati sedemikian? Kenapa? Kenapa? Tidakkah mereka sedar kehadiran anak itu adalah seperti rezeki serta rahmat dari ALLAH kepada hamba-Nya. Kenapa mereka tidak ingat kepada ALLAH sebelum melakukan perbuatan terkutuk suatu ketika dulu, kenapa mereka sia-siakan pemberian dari-Nya. Ambo merasa terlalu sedih. Si jantan ni pun satu, bukankah tugas kamu melindungi dan memimpin kaum Hawa, tapi kenapa kamu membawa mereka kepada jalan-jalan gelap. Jantan ini memang SIAL. Ambo malu dengan kaum Ambo sendiri. Jangan jadi JANTAN BODOH!!! Kita kaum yang tertinggi, jangan jatuhkan taraf kita macam ni,malu la sikit,sedar la sikit.

Di sini, ingin Ambo kongsi bersama kawan-kawan semua tentang suatu artikel yang Ambo ketika surfing internet tadi, semoga kawan-kawan semua mendapat informasi yang berguna.

" Keistimewaan yang bakal diperoleh apabila anak-anak anda boleh digelar kanak-kanak atau kupu-kupu syurga. Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya. Ciumlah anakmu kerana pahala setiup ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak. Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak. Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama. Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya. Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata; "Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium." Sabda Nabi SAW; "Orang yang tidak menyayang tidak pula akan disayang." Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail. Seorang lelaki bertanya; "Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti?" Jawab baginda; "Berbaktilah kepada ibu bapamu." Kata lelaki itu lagi; "Ibu bapaku sudah tiada lagi." Sabda Nabi SAW; "Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu." Wallahualam bissawab. "

Tidakkah anda mahu melihat anak-anakmu membesar dan membalas jasamu suatu ketika nanti..

Tidakkah anda mahu melihat cucu kamu memanggil Tok.. Nek..

Sayangilah dan kasihilah anak-anak Anda sebaik yang mungkin, didik lah mereka dengan ilmu yang akan memimpin mereka ke jalan yang lurus.


Men's Body Workout


Week 1: The Core Blast

The Moves You Should Do:

- Pushup-position plank
- Dumbbell swing or jumping jack

The Workout You Should Do:

Set a timer for 10 minutes.

- Hold the pushup-position plank for 60 seconds.
- Without resting, do 20 dumbbell swings or jumping jacks.
- Repeat the above sequence, without resting, until the timer goes off.

Rest for less than a minute and complete 2 more rounds.

Professional Tip:

Crank up the difficulty by increasing rep speed.

Week 2: The Sprint Set

The Moves You Should Do:

- Pushup
- 30-second sprint
- Situp
- Prisoner squat

The Workout You Should Do:

Rest as little as possible between these exercises.

- 10 pushups
- 30-second sprint
- 10 situps
- 30-second sprint
- 15 prisoner squats
- 30-second sprint

Repeat 3 times.

Professional Tip:

Squeeze your glutes as you press up in your squats.

Week 3: The Doubleheader

The Moves You Should Do:

- Pushup-position plank
- 30-second sprint
- Dumbbell swing or jumping jack

The Workout You Should Do:

Combine elements of the first two workouts, resting as little as possible between exercises.

- 30-second pushup- position plank
- 30-second sprint
- 30 seconds of dumbbell swings or jumping jacks
- 30-second sprint

Rest for 30 seconds; repeat the sequence 6 to 8 times.

Professional Tip:

Treat the sprint as your recovery period.

Week 4: The Kitchen Sink

The Moves:

All exercises combined.

The Workout:

Follow each of these exercises with a 30-second sprint.

- 30-second pushup-position plank
- 30 seconds of dumbbell swings or jumping jacks
- 10 pushups
- 10 situps
- 15 prisoner squats

Rest 1 minute and repeat the sequence twice.

Professional Tip:

On the final circuit, do as many reps as you can.

Then this is the moves you should learn


Prisoner Squat

Stand tall with your hands behind your head and your elbows back. Sit back at your hips and bend your knees until your thighs are at least parallel to the floor. Then press back up to a standing position. Performing squat exercises is a great way to improve your leg strength.Besides the obvious strength benefits for your glutes, hamstring and quadriceps, prisoner squats also help to realign your shoulder blades.


Dumbbell Swing

Stand with your feet shoulder-width apart. Grab a dumbbell with both hands with an overhand grip. Swing it between your legs as you bend at the hips and knees, as if you're about to hike it to a quarterback. Then swing it up to shoulder height as you stand. The dumbbell swing is an excellent exercise that generates power from the hamstrings and hip flexors.




Pushup-Position Plank

Assume the starting position of a pushup, with your arms straight. Keep your head in line with your body and squeeze your abs and glutes.The plank is a great exercise for working towards a flat stomach and getting your core in shape but it can become a little boring just sitting there and holding the position for however long you can. Adding the push up into the exercise brings in the chest and tricep muscles and takes your mental focus off your stomach and abdominals even though they are getting the same workout.


Sunday, February 14, 2010

Bagaimana Ambo Memulakan Penternakan Lembu

Skang Ambo rase cam terpanggil plak untuk menceriter camne Ambo mula bertapak dalam bidang pernternakan lembu ni plak. Hal ni sebenarnya bermula dari idea Abah Ambo. Memandangkan kami sekeluarga dari golongan yang susah, jadi Abah ambo dah explore satu bisnes yang boleh di jalankan oleh seisi keluarga. Memang produktif betol Abah Ambo ni..HEHEHE

Pada tahun 2004, Abah Ambo membelanjakan sebanyak RM1500 untuk membeli seekor lembu baka dari jenis Charolais. Lembu baka ini memang besar gedebak!! Menurut Abah Ambo, tujuan Abah Ambo memilih baka ini adalah disebabkan belum ramai orang yang memelihara lembu jenis ini di kawasan ku.

Jadi bermula dengan kandang di belakang rumah,Ambo serta adik2 Ambo yang lain membantu Abah Ambo untuk menyelia kandang tu dengan baik. Kami sering juga mendengar kata-kata yang kurang sedap didengar dari jiran sekeliling. Mereka memang patut pun berbuat demikian, sebab lembu ni memang bising terutama sekali apabila lapar.

Jadi dari situ, kami mula mengembangkan penternakan kami dengan membeli lebih banyak lembu. Namun, Abah Ambo serta Ambo masih mengintai kaedah terbaik untuk menternak lembu ni. Sampai satu ketika, Abah Ambo berjaya meneroka satu sistem penternakan lembu, iaitu melaui kaedah fidlot. Ambo menghadiri kursus untuk mendalami kaedah ini. Alhamdullillah, Ambo dah ada basic ilmu mengenai kaedah ini, Ambo mencari sebanyak mungkin informasi di internet untuk di kongsi bersama Abah Ambo. Kami berdua membuat survey mengenai jenis-jenis rumput yang berkhasiat serta jenis dedak yang bersesuai dengan lembu. Ingin Ambo jelaskan di sini, dedak terbahagi kepada pelbagai jenis, seperti yang Ambo tumpukan adalah dedak untuk daging serta dedak untuk susu.

Dari semasa ke semasa Ambo bersama Abah Ambo sering mengembangkan penternakan ni dengan membeli ladang ternakan yang lebih besar dan membina kandang yang mempunyai infrastruktur yang lebih baik. Kami juga sering mengkaji dan sering bertanyakan baka-baka lembu terbaru untuk di masukkan ke dalam lembu kami melalui permanian beradas. Kami tidak memohon sebarang pinjaman untuk mengembangkan penternakan.

Sekarang penternakan kami sudah mula stabil dan keuntungan juga amat memuaskan, namun bukan itu yang Ambo lihat, Ambo dapati bisnes ni dah mengeratkan hubungan kami sekeluarga,Alhamdullillah. Ambo pulak sudah belajar erti perit bagaimana mencari rezeki yang sebelum ni cuma di alami oleh Abah Ambo shja, dari situ Ambo letak dalam diri Ambo,Ambo tak mau hidup susah. Ambo nak bagi kesenangan kepada keluarga Ambo,InsyaAllah.

Jadi ni gambar lembu-lembu yang ada buat masa ni,yang lain dah pun di jual.


baka "angers", warna bulu agak kemerehan

Baka charolais,umur belom pon sampai setahun.


Ni pun baka charolais gak,tapi idung dia itam,bukan pink cam kerabat
dia yg lain..agak terpinggir skali.HAHA


Ni baka "megablue", mmg besar..tpi ketot mcm ambo..HAHAHAHA


Ni baka Charolais..utk yang ni dah ramai dtng merayu
nak beli,tpi Abah Ambo xmo jual..hehe


Saturday, February 13, 2010

Home Alone Ep. 1

Sempena cuti CNY ni Ambo terpaksa la duk kat umah sorang diri memandangkan Ahli keluarga yang lain dah pun berangkat balik ke Kelantan pagi tadi. Hari pertama tinggal sorang kat umah ni, tak banyak aktiviti yang Ambo buat,sekadar memasak untuk diri sendiri, kemas bilik, dengar lagu, main game, tengok TV..itu ajela..

Nak keluar jejalan memang takde teman, tambahan plak Ambo memang kurang gemar kluar umah kecuali bersama ngan orang2 yang betul2 Ambo rapat n kenal. Jadi sehari suntuk terperap aje dalam umah.

Aktiviti untuk esok dah pun Ambo plan,jdi esok mgkin Ambo akan jalankan setiap planning Ambo tu dengan baeeekk punyerr..hehehe..

Masa menaip entri ni,perot asyik mengetuk jer suh di isi,petanda Ambo lapar..lapor..leper la peot Ambo kali ni..

*bila bace entri ni rase cam takde arah punya motif,ape motifnyer ea..ntahla..blur blur blur,yg pnting Ambo nak gitaw malam ni Ambo duk sorang kat umah..so terkeluar lah satu perasaan blur yg teramat di wajah Ambo..



Thursday, February 11, 2010

TELOR


Telor...ada apa ngan telor?? orang kate telor adalah satu penyumbang kolestrol tertinggi. Tapi kenapa masih ramai yang meminati hidangan telor? kenapa,mengapa dan bagaimana. Bertubi pertanyaan yang datang mengetuk kepala Ambo. Lagi satu, apa yang Ambo dengar citer dari mulut orang, telor boleh membuat seseorang tu susah untuk dapat zuriat..betul atau tak itu Ambo tak tahu, wallahualam.

Citer kali ni berkisar kepada seorang pakcik yang nafsu keTELORan dia tu memang peringkat dewata raya punyalah..Ok,kalau nak tahu dengan lebih lanjut,jom ikuti kisah ni.

Pagi tadi selepas jogging di titiwangsa, Pakcik Ambo ajak singgah kat satu gerai makan,katanya nasi lemak dia sedap. Kali ni Ambo order nasi lemak baek punyerrr...nasi lemak sambal sotong n telor..he he,telor agi..

Tengah sedap melantak ni, tetiba datanglah sorang pakcik ni..dengan muka slumber rock kapak parang sudu garpu tu,beliau melabuhkan vontot beliau di sbelah sepupuku si Ika. Ambo cuma senyum..tapi cover2 skit sbb Ambo taw,,mesti ade cili yang melekat kat gigi Ambo..hehehe,xmo saham jatuh.

tengah Ambo sedap minum air, tetiba kedengaran la suara pakcik ni mengorder makanan dia..

TEH TARIK SATU, TELOR SEPULOH BIJI YER...

Ambo tersedak dengar order pakcik tu,bolat mate Ambo dibuatnya..tapi tetap cover cool..Ambo letak pelan2 gelas tu dan senyum kat pakcik tu.. sepupu Ambo plak dah cabut ntah pegi. mane...Ambo memandang pakcik Ambo,kami hanya berbalas senyuman sahaja..lalu pakcik Ambo yang ternyata peramah menegur pakcik tersebut..

"banyak telor yer, umur dah brape?" tanya pakcik Ambo..
"57..haaa, pakcik memang suke makan telor" jawab pakcik tu sambil senyum-senyum menampakkan gigi yang tak seberapa ade

Lalu perbualan mereka tu pun berlarutan la sehingga sepupuku si Ika ni datang kembali...tpi Ika menunjukkan muka innocent,pelik dan bercampur aduk seperti terdapat pelbagai persoalan yg sedang bermain di fikiran beliau,lantas satu SMS singgah di tepon nokia 3310 Ambo..

"Along,mane nasi lemak saye??", SMS diterima dari Ika..

Hahaha,skang baru Ambo sedar yang nasi lemak sepupuku telah di bawa pergi..Ambo cuba menahan gelak,kerana disebabkan terkejut ngan 'order' pakcik tadi...Ambo dan pakcik Ambo tak sedar yang nasi si Ika ni dibawa pergi..tetiba lamunan kami terhenti sejenak dek kedatangan pelayan menghantar minuman,,dan sekali lagi pakcik tersebut mengingatkan pelayan itu..dengan segera kami bertiga cepat2 memasang telinga..tumpuan di beri penuh kepada pakcik itu..lantas kedengaran suatu ucapan yang ditunggu2 oleh kami untuk di jadikan kepastian,,

TELOR SEPULOH BIJI YER...

memang sah!! tak salah lagi!!! memang pakcik ni order sepuloh biji telor!!! mate booolat Ambo memandang pakcik Ambo dengan mulut terlopong..terkejut..tpi pakcik telor tu slumber jer....disebabkan excited punya pasal..kitaorang nak gak tunggu telor pakcik ni sampai..last2 sampai la telor pakcik ni..

eleehhh,dua jer yang sampai..mne lgi 8 biji..AHAHAHA

Semasa berada di dalam kereta kami timbulkan lagi persoalan tadi..

10 BIJI TELOR...biar betol..hahahahaha,start jer kereta pastu teros berlalu camtu jer,tapikan akibat gelak punyer pasal,Ambo tersalah lagi masuk jalan..hahaha kena pot pet pot pet ngan pakcik Ambo...HAHAHAHA

adeeeehhhh,telor telor telor..

Bagaimana hendak khusyuk dalam Solat


Sedar bukan sekadar tahu kita sedang berdepan dengan Allah.

Fahami makna bacaan al-Quran

Fahami makna zikir dan selawat.

Memanjangkan masa untuk rukuk dan sujud.

Tidak "bermain-main" dengan anggota badan ataupun meliarkan mata.

Jauhkan diri daripada perkara/alat/suasana yang boleh mengusik/menarik perhatian.

Beza antara Syarat Sah Solat dan Rukun Solat


Definisi Syarat Solat: Perkara-perkara di luar solat yang membuat soat tidak sah tanpa perkara-perkara itu. Dengan kata lain, syarat solat adalah persiapan yang di lakukan sebelum solat berkenaan dengan waktu, tempat dan kesucian.
Syarat-syarat Solat (8 perkara)
1. Islam
2. Berakal Sihat
3. Mumayyiz (mampu membezakan antara baik dan buruk)
4. Masuk waktu solat
5. Suci dari hadas
6. Suci dari najis
7. Menutup Aurat
8. Mengadap kiblat.

Definisi Rukun Solat :Rukun ialah bahagian yang denganya tertegaklah sesuatu. Rukun solat tidak boleh ditinggalkan sama ada sengaja atau tidak sengaja. Apabila salah satu rukun ditinggalkan, solat itu tidak sah (batal).

Rukun Solat (13 perkara)

1. Berdiri tegak bagi yang mampu
2. Tabiratul Ihram
3. Membaca al-Fatihah pada setiap rakaat.
4. Rukuk
5. Iktidal
6. Sujud di atas tujuh anggota sujud
Rapatkan dahi ke lantai, 2 tapak tangan, 2 lutut, dan perut jari kaki. Yang agak sukar ialah merapatkanperut-perut jari kaki ke lantai. Siku jangan di letakkan pada lantai, jadi tak senonoh pula. ( dalam hadis menyamakan perbuatan itu seperti anjing)
7.
Duduk antara dua sujud.
8. Tamakninah dalam setiap rukun solat.
9. Tasyahud akhir.

10. Duduk tasyahud akhir.
11. Selawat ke atas Nabi muhammad S.A.W
12. Mengucap salam.
13 Tertib.


Kasih

Rasullullah S.A.W mencium Hasan bin Ali, dan disisinya al-Akra' bin Habis al-Tamimi, maka al-Akra' berkata:
"Sesungguhnya saya ada 10 orang anak, tidak pernah aku mencium seorang pun daripada mereka,"
Maka Rasullullah S.A.W memandangnya kemudian berkata:
"Sesiapa yang tidak memberi kasih sayang tidak akan diberi kasih sayang."

(Riwayat al-Bukhari, Muslim, al-Tirmizi dan Abu Daud)

Tip untuk Kekasih

Kasihlah kerana Allah, itulah kasih yang sejati dan abadi.

Kasih dahulu, kemudian baru dikasihi.

Kasih itu menuntut pengorbanan, tanpa pengorbanan kasih tiada akan berpanjangan.


Jangan mengharap balasan. Kasih yang suci tidak menunutut balasan
.

Jangan bimbang jika tidak dikasihi, tetapi bimbanglah jika kita tidak boleh mengasihi.


Boleh Jadi SiDia lah pasangan Jiwa Anda Sekiranya


1
Dia adalah orang yang membuatkan anda tertarik kepadanya walau pun pada pertemuan pertama

2
Dia adalah orang yang membuatkan anda tenang dan selesa bila bersama.

3
Dia dapat menerima anda seadanya biar pun mungkin anda mempunyai rahsia sejarah silam

4
Dia tidak membuatkan anda bosan, malah sering bersama-sama dalam melakukan pelbagai aktiviti mengisi masa terluang.

5
Dia adalah orang yang cukup sesuai untuk anda ajak berbicara dari hati ke hati.

6
Terkadanganda berdua memikirkan hal yang sama pada waktu yang sama.

7
Anda dan si dia saling dapat mengetahui apa yang disukai dan tidak dengan cepat. Walau pun belum mengenal lebih jauh atau lama, tetapi anda dan dia pantas mendalami hati masing-masing, seumpama sudah lama mengenali antara satu sama lain.

Tuesday, February 9, 2010

Apesal yer...

Apesal sehari dua ni Ambo macam takde mood and modal untuk mengupdate blog Ambo...Ambo biarkan blog ni bersarang mcam tu aje...idea hbis ke Bro?? haduuuhhh haduuuuhh. please help me!!chu chu chu,latacha cha cha..

Projek webpage dh 95% siap..mgkin lpas ni Ambo leh ligat blik nk belogjejalan,Le Le Le Le..kesian kawan2 yg datang jenguk,namun kunjungan mereka tidak pernah berbalas..hah!! kalo datang tu,,rajin2 la sedekah 2,3 klik kt nuff Ambo yer..kecian Ambo..he he he..

huuuurrrrmmmm...skang ngah sebok mendolod lagu korea,cambest jer dorang pnya band ni..lebih2 agi group kpop pompuan,,,huuuuu~~~~,mata Ambo ke kiri ke kanan ke bawah ke atas..fululululu~~agak2 ape yg Ambo buat kalo mata dh camtu..

lagi satu kan..errr...errr...aaa...tu jer kot,ckup la..*blank*chi~~~


Friday, February 5, 2010

12 Petunjuk Anda Di Panah Asmara

12
Anda berbual dengan si dia hingga lewat malam melalui panggilan telefon atau bersembang di Internet dan apabila anda hendak tidur, anda masih teringat akan dirinya. Lantas anda tersenyum sendirian.

11
Anda melangkah perlahan apabila berjalan bergandingan dengan si dia

10
Anda berasa resah gelisah serba tak kena apabila si dia berada jauh dari mata.(namun masih kekal dan intim di hati)

9
Anda tersenyum apabila mendengar suaranya (walaupun hanya di dalam telefon)

8
Apabila anda terpandang raut wajahnya, anda tidak melihat orang lain yang turut berada di sekeliling anda. Hanya dia sahaja di mata anda tika itu.

6
Anda sentiasa memikirkan tentang dirinya setiap masa. Sampaikan di dalam tandas pun anda memikirnya..he he he

5
Anda menundukkan wajah setiap kali bertembung denganya seolah-olah anda malu tetapi dalam masa yang sama, anda ingin menatap wajahnya,...Alangkah keliru keliri keluru di buatnya...

4
Apabila si dia melemparkan senyuman pada anda (biarpun tidak menegur anda) terase betapa indahnya perasaan itu. Sukar untuk di ungkap melalui kata-kata. Anda terpana dengan senyuman itu dan ia terus melekap erat di hati anda..

3
Apabila anda membaca kenyataan ini, anda terus mengakui ada seseorang yang sedang bertakhta di ruang pemikiran dan hati anda..

2
Anda terlalu sibuk memikirkan perihal si dia hinggakan lansung tidak menyedari kenyataan TUJUH tidak dinyatakan

1
Anda perlu kembali ke kenyataan 12 dan mula membaca satu per satu kenyataan ini. Jika benar terkena pada batang idung sendiri, mulakan langkah anda untuk menawan hati si dia. Sekaligus memastikan si dia menjadi hak milik anda abadi..



he he he he..pergghhh,Ambo blajar jdi mat jiwang skannnng!! x leh blaaa

Pakar Kaunseling & Pekerja Talipon

Kamal yang baru sahaja menamatkan pengajianya dalam bidang kaunseling dan berjaya membuka sebuah syarikat beliau yang pertama di pinggir bandar. Setelah syarikat tersebut beroperasi selama seminggu, ia masih lagi belum menerima sebarang pelanggan. Ini membuatkan Kamal merasa sangat risau.

Namun, pada hari tersebut tidak semena-mena syarikat Kamal didatangi oleh seseorang yang berpakaian agak kemas dan sangat bergaya. Dalam hati Kamal berbisik, "inilah pelanggan pertama aku dan aku perlu menunjukkan reputasi yang baik kepada pelanggan pertama aku...Lantas Kamal mencapai telifon dan bercakap dengan nada yang kuat..
Kamal : Hello Datin Lolly, Datin jangan risau,pasal Dato' saya akan uruskan segala-galanya. Datin jangan bimbang sebab syarikat saya memang terkenal dengan reputasi yang gemilang dan terbilang. Apa yang penting, Datin perlu memujuk Dato supaya lebih bersemangat dalam menjalankan tugasnya. Ya..Ya...begitulah Datin..ok saya faham. baiklah..

Jadi untuk menambahkan lagi keyakinan pelangan pertama, Kamal meneruskan panggilan palsu tersebut dengan suara megah lagi berdekah itu..

Setelah perbualan itu tamat, lelaki yang bergaya itu datang dan melemparkan senyuman kepuasan beliau ke arah Kamal, Kamal menyambut pelanggan itu dengan bersalaman.

Kamal :Apa yang boleh saya bantu Encik? ;ucap Kamal sambil tersenyum.. Lelaki Bergaya: Saya datang nak pasang talian telifon; ujar nya dengan senyuman penuh bermakna..


he he he he...jahat tak?

Peribahasa Zaman Moden

Tiada rotan, pelempang berguna juga
*penampor berjurus Lolly

Biar lambat asalkan tak cepat

Biar putih tulang, jangan kuning gigi

Di mana ada gula di situ ada gula-gula

Carik-Carik Bulu Ayam, lama-lama jadi shuttlecock..

Harapkan Pagar, Pagar Memang tidak Boleh Di Harap

Alang-alang mandi biar guna sabun

Diam-diam ubi berisi, diam-diam orang bisu...

Ikut hati mati, ikut rasa merase..

Jika kail panjang sejengkal, belilah yang panjang sikit kalau nak mengail di laut..

Membujur lalu melintang pukang

Sebab pulut santan binasa,sebab mulut habis pulut licin sebelangga

Kecil-kecil cili padi, kecil lagi biji cili

kalau sudi kata sudi,kalau tak sudi boleh jalan..

Hey Ladies! Fahami 10 sifat si gentlemen


1. Hidup lelaki lebih mudah

Kehidupan lelaki lebih mudah,itu antara faktor mengapa mereka tidak mahu memikirkan perkara yang remeh-temeh berbanding wanita. Jika bercerita, pastikan anda mengunakan bahasa yang mudah untuk difahami atau pun "straight to the point" . Tak usah mengunakan bahasa kiasan atau pun yang berbelit-belit. Malah mereka juga berfikiran terbuka dan senang jika diminta memberi pendapat.

2. Bibir dan hati berkata benda yang sama

Bagi kaum wanita, ada kalanya bahasa yang teruncap di bibir tidak sama dengan bicara di hati. Tidak bagi lelaki kerana apa yang mereka rasa dan fikir, itulah yang akan dituturkan di bibir. Walaupun mereka mahu berbohong, getaran pada suara dan riak wajah mudah di kesan. Mereka juga tidak bijak melahirkan rasa di hati dalam bentuk kata-kata, sebaliknya memilih untuk menterjemahkannya dengan perbuatan.

3. Lelaki lebih suka membisu

Ada kalanya kaum wanita lebih senang berbincang subjek yang sensitifsebagai salah satu cara berhadapandengan realiti. Bagi lelaki pula, mengambil sikap membisu. Bukan kerana takut berhadapan dengan realiti, ada kalanya mereka tidak mahu megeruhkan suasana. Mereka juga lebih suka menyembunyikan sesuatu dari pengetahuan wanita dan lebih senang memendamnya sendirian.

4. Lelaki tidak kompleks

Kaum wanita sering beranggapan, lelaki lebih kompleks dan sukar untuk di fahami. Sebenarnya kehendak mereka mudah sahaja. Mereka mahukan teman hidup yang mampu uruskan kehidupan mereka. Menjaga makan minum, menyediakan pakaian, mengemas rumah dan sebabagainya. Malah bukan saja teman hidup, tetapi bertindak sebagai sahabat sejati mereka. Bukan berfikiran primitif, tetapi itulah yang mereka mahukan.

5. Jangan di paksa

Mereka tidak suka didesak dan dipaksa apatah lagi jika membongkarkan rahsia hati mereka sendiri. Lelaki lebih senang memendam perasaan,dan andai kata jawapan yang terpacul dari bibir mereka, sudah tentu akan membuatkan kaum wanita kurang senang mendengarnya.Cara terbaik yang boleh kaum wanita lakukan ialah membaca bahasa badan mereka kerana ia sering mengambarkan keadaan mereka ketika itu.

6. Rahsia Lelaki

Jika wanita lebih senang berkongsi perasaan dengan kaum sejenis, tidak bagi lelaki. Mereka tidak mudah berkongsi rahsia dan hal-hal peribadi sesame lelaki kecuali jika benar-benar rapat. Lelaki sukar menjadi semesra wanita dalam bab-bab ini kerana untuk melakukannya, mereka memerlukan kekuatan dan keberanian untuk berkongsi cerita-cerita mereka dengan kaum sejenis.

7. Jujur itu penting bagi mereka

Lelaki cuma mahukan pasangan mereka jujur dan bercerita apa saja dengan merekaserta tidak menyembunyikan perkara-perkara berkaitan.

8. Tidak suka dikiritik

Lelaki kurang suka di kritik kerana mereka kurang bersikap terbuka tentang itu. Ada saja alasan dan jawapan yang akan mereka berikan jika dikritik. Mungkin boleh menimbulkan persengketaan. Ada cara utnutk mengkritik lelaki iaitu cara berjenaka dan bercakaplah dengan lemah lembut. Jika ingin menegur, pastikan tidak disusuli dengan emosi yang berlebihan dan pilihlah waktu yang tepat untuk itu. Juga tidak salah jika kritikan itu dimulakan dengan pujian.

9. Sokongan itu penting bagi mereka

Lelaki sering menjadikan wanita sebagai tulang belakang mereka. Itulah hakikatnya. Bermakna, lelaki juga amat memerlukan sokongan serta kata-kata semangat dari wanita kesayangan mereka. Lelaki jarang mengadu masalah mereka kepada wanita, tetapi jika ia berlaku, berilah sokongan dan kata-kata peransang yang bermakna. Juga jadilah pendengar yang baik buat mereka.

10. Terima hakikat mereka indan yang ego

Ego itu sifat lahiriah kaum lelaki, jadi terimahlah hakikat. Sama ada di tempat kerja mahu pun di rumah, keegoan itu tetap ada dalam diri. Jangan memperlekehkan ego mereka. Jika ego mereka di terima, ini bermakna anda juga menyenangi diri mereka. Bahkan wanita yang menerima keegoan lelaki dalam percintaan, akan menerima bahang cinta yang lebih membara dari mereka.


Jadi,,,itulah sedikit sebanyak mengenai lelaki yang mahu di kongsi bersama kawan-kawan semua,khususnya kaum wanita..he he he

Teka-Teki Kelakar

Soalan 1 :Kenapa Amerika takut pada Jepun ..
Jawapan :Sebab Jepun ade Ultraman

Soalan 2 :Dalam banyak-banyak pokok,pokok ape paling tinggi?
Jawapan : Pokok atas gunung daaa...

Soalan 3 :Ada seorang budak, tinggal di rumah flat. Rumahnya terletak di tingkat 10. Tiap-tiap hari budak tu akan naik lif hingga tingkat 8, kemudian naik tangga lagi 2 tingkat,bagi pendapat kawan-kawan semua,agak-agak kenapa budak tu buat macam tu?
Jawapan : Sebab budak ni pendek, tak sampai nak picit tingkat 10..he he he

Soalan 4 :Apakah dia naik cepat tapi turun laaaaaaaaaabaaaaaaaat sangat?
Jawapan :Hingus Lolly...he he he


Soalan 5 :Banyak-banyak surat apa yang tak perlu jawab?
Jawapan :Suratan Takdir

Soalan 6 :Kenapa baju superman ketat?
Jawapan :sebab baju bersaiz S dimana ia tertera dengan megah di dada beliau..he he he