Thursday, September 16, 2010

Sape patut keluar wang ?

Bila cakap pasal duit, semua orang akan terbayang apa yang di ingini. Ada duit semua boleh jadi. Duit kadang-kadang menjadi benchmark kepada kehidupan sosial seseorang. Awas kepada pemilik dompet tebal, anda adalah sasaran mudah bagi mereka-mereka yang yang mempunyai niat kurang baik terhadap ketebalan duit anda. Baiklah, entri kali ini bukanlah untuk memperkatakan mengenai hal duit tetapi penulis teringin sangat menyentuh tentang

"Siapa yang perlu mengeluarkan duit ketika keluar bersama"

Kebanyakan lelaki lebih senang untuk mengeluarkan duit sendiri tanpa mengharapkan bantuan dari pasangan masing-masing. Hal ini bergantung kepada pelbagai faktor, antaranya kesedaran, ego, perasaan kasih kepada pasangan serta bermacam jenis faktor lagi.

Faktor kesedaran menyentuh kepada sifat lahiriah si lelaki itu sendiri di mana, kesedaran dalam memikul tanggungjawab seperti menanggung nafkah kaum Hawa dari segi zahir. Si lelaki akan menganggap ini sebagai persediaan yang baik untuk diri sendiri bagi menghadapi hari-hari selaku ketua keluarga pada masa akan datang. Selain itu, lelaki akan belajar erti pengorbanan kesan dari iktibar dari hal yang disebut di atas. Jadi mereka lebih senang untuk menghulurkan bantuan dalam pelbagai situasi termasuk bantuan kewangan.

Beralih kepada faktor ego pula, lelaki lebih bersikap optimistik dalam menjaga ego mereka. Ego umpama salah satu tiang kepada maruah si lelaki. Percaya atau tidak, terdapat sebilangan lelaki yang akan merasa sangat malu jika ego mereka tercabar. Sebagai contoh, lelaki akan merasa malu jika gadis itu mengeluarkan wang sendiri untuk menampung setiap perbelanjaan . Tapi perasaan ini akan disembunyi dari pengetahuan si wanita. Lelaki juga pandai memendam dan boleh jadi lagi mendalam dari si wanita.

Kadang kala perasaan kasih dan sayang pada pasangan juga memain peranan dalam mengapa kadang kala lelaki lebih suka mengeluarkan wang. Ini kerana mereka tidak mahu pasangan mereka berada dalam kesusahan. Biarkan mereka susah, janji hati pasangan masing-masing gembira. Tapi lain pula di pihak wanita. Jika mereka mengetahui perkara sebenar,sudah tentu mereka akan merasa amat sedih. Mungkin juga mereka akan risau dan kadang kala marah dengan perbuatan si lelaki. Jangan risau, terdapat suatu sifat dalam diri lelaki apabila berdepan dengan hal seperti ini. Mereka punyai daya keinginan yang sangat kuat untuk mencapai apa yang dihajati. Jadi jika mereka inginkan pasangan mereka senang dan gembira, mereka akan berusaha sehabis mungkin untuk memenuhi tuntutan itu.

Semua pengertian di atas tidak bermaksud si lelaki tidak boleh menjadi penerima yang baik. Mereka boleh menjadi penerima baik sekiranya si wanita bersikap terbuka serta jujur dalam hal ini. Mintalah kebenaran dari si lelaki. Biarkan picu kesedaran mereka di tekan terlebih dahulu oleh si wanita agar mereka dapat memberi respon yang baik dan menghasilkan komunikasi dua hala yang menyentuh kepada objektif dan buan kepada subjektif. Maksudnya, capailah suatu persetujuan yang boleh diterimapakai oleh kedua belah pihak. Biarkan si lelaki tahu apa yang si wanita ingin dari mereka.

Jadi akhir kata, selamat mengenali si lelaki pujaan si wanita.

Syaffeq Zain

Keunikan Kaum Lelaki..

Jika melihat kepada adat sensasi di ketika ini, banyak terdapat artikel serta entri tentang info dalam mengajar kaum Adam untuk memahami kaum Hawa. Itu adalah tugas paling mencabar. Ambo sendiri akui. Namun sifat serta sikap kaum Hawa yang sering disamaertikan dengan Hipokrit sering menjadi tanggapan yang mudah oleh sesetengah kaum Adam yang kurang bijak dalam menghakimi kaum Hawa. Ambo tidak berpihak pada mana-mana jantina, bukan menegak benang yang basah, serta bukan juga untuk menjatuhkan martabat kedua-dua jantina. Ambo jua seorang lelaki yang turut menyimpan hati pada golongan wanita. Artikel kali ini, Ambo rasa elok kalau kita sama-sama jadikan panduan masing-masing terutama sekali kaum Hawa. Cubalah belajar memahami kaum Adam pulak yer. Jom sama-sama kita godek info yang mungkin best untuk dikomen, di kutuk,di baca dan macam-macam lagi. Selamat semua!!

Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin).


Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.


Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.


Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.


Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita…


Lelaki memang dilahirkan dgn perasaan yg kuat terhadap wanita..sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool.


Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama!


Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.


Bila lelaki cakap..”Emm. tengoklah dulu”..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.


Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya..


Kebanyakan lelaki yang nampak ‘desperate’, datang dari sekolah all boys....


Adalah biasa bagi seorang lelaki untuk cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.


Lelaki tidak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata-mata. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan..dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini…


Kadang-kadang lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.


Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan ‘flirting’ dengan ramai wanita..dia tetap hanya ada seorang teman wanita yang istimewa…yang lain hanya kawan.. Very Happy


Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari…maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak sengaja….Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah!


Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.


Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti…


Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.


Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.


Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan!

Syaffeq ZainGambar interprem semata-mata, cadangan hiasan semata-mata

Fahamilah Aku

Disini ada beberapa perihal mengenai diri Ambo yang ingin di kongsi bersama bakal calon Ambo semoga beliau dapat memahami insan yang tak berapa nak sempurna ni.

Bila Abang tengah sibuk
Jangan pula Sayang terhegeh-hegeh minta tolong jemput di tempat kerja ataupun menemani Sayang pergi membeli-belah.

Bila Abang tengah ego
Jangan sesekali Sayang mempersoalkan tentang keegoan Abang bila sikap sebegini sedang menguasai Abang. Lelaki ni, amat payah utk mengakui dirinya ego sebaliknya berpendapat ianya ketegasan.

Bila Abang tengah romantik
Ajaklah Abang bersiar-siar di tepi pantai ataupun makan malam di bawah cahaya lilin sambil mengenangi saat-saat manis pertemuan pertama dan jgn lupa selit sekali perancangan utk masa depan bersama.Nak anak ramai ke (ehem2), Nak insuran family ke,nak kereta besar ke.

Bila Abang tengah panas baran
Jangan membuat sesuatu yangg boleh menyemarakkan lagi perasaan marah Abang yer. Cuba Sayang berdiam diri dulu hingga kemarahan Abang reda.

Bila Abang tengah penat
Jangan mengadu perkara ataupun bercerita tentangg hal yg remeh. Dalam saat sebegini Abang hanya perlu rehat yang secukupnya dan jangan memaksa Abang untuk membuat sesuatu yang boleh menambah kepenatan.(harap paham yer)

Bila Abang pentingkan diri sendiri
Sayang cuba berterus-terang dan meluahkan rasa tidak puas hati Sayang tentang sikap Abang yer. Sayang sepatutnya bersikap lebih terbuka dan meminta Abang supaya mengimbangi pendapat Sayang juga. Jangan lupa utk bertoleransi antara satu sama lain. Gunalah air mata Sayang sebagai senjata untuk lembutkan hati Abg.

Bila Abang terlalu mengongkong
Kalau Sayang memberontak, sudah pasti Abg akan memarahi Sayang. Tapi kalau Sayang menurut saja kata Abang takut menjejaskan diri sendiri. Jadi, untuk itu, Sayang perlu berkata pada Abang utk membiarkan Sayang membuat keputusan sendiri asalkan tidak menjejas hubungan kita berdua.

Bila Abang buat selambakatakpuru
Sayang cubalah tarik perhatian Abang. Buatlah sesuatu yang boleh buatkan Abang tertarik. Sebab selalunya Abang hendakkan Sayang yang mulakan dahulu.

Bila Abang curang
Janganlah tuduh Abg tanpa usul periksa. Selidiklah sebaik mungkin dengan penuh sabar dan teliti. Maklumlah, Abang ni kan sedikit tampan (perrghh poyo tak hengat beb), jadi mungkin macam-macam fitnah tu boleh terjadi.

Bila Abang dirasakan se akan lurus bendul
Sayang boleh mengambil kesempatan ke atas diri Abang tetapi jangan sampai memperlekehkan setiap tindak tanduk Abang. Sayang perlu menjadi perangsang pada Abang dan mengatakan yang Abang mampu membuat keputusan sendiri tanpa terlalu mengharapkan orang lain.

Tunggu punya Tunggu

Tunggu punya tunggu last-last jadi tunggulcomey!! apekes!! Bermula raya ke-2,Ambo dah mula terperap kat umah. Adik-adik dan family yang lain sibuk bertandang ke rumah sanak saudara dan sahabat handai. Ambo pulak cuma menatap si Puteh sorang-sorang kat rumah. Macam mana Puteh tak sakit.. ada la sorang sorang makhluk ni nak tunjuk cerdikpandaibijaksana beliau ngan membelek enjin Si Puteh. Tak cukup belek, siap nak tune la konon. Cakap enjin Puteh nak "out". Ambik ko!! tune tak menjadi, habis segelen "darah" Puteh ko pancutkan. SIOT tol brader nih!!

Dah siap brader ni sakitkan si Puteh, boleh plak brader ni komen enjin si Puteh.."budak sekolah tak sesuai pakai enjin turbo ni, pakai enjin standard sudah"..eee,geram betol la!! sukahatimakbapak aku la nak pakai enjin apa pun,bukan duitkertasmakbapak brader yang labur. *sedikit emo di situ*. Camne tak emo,sebab brader ni la,Puteh tersadai sepanjang raya !!

Tak habis dengan hal ni, pomen yang di panggil plak cuma pandai buat janji. Lepas esok,esok,esok,esok. Korang taw tak, tidur Ambo tak lena menunggu pomen ni bawa alat-alat nak baiki Si Puteh!! tapi bagus gak..Ambo selalu bangun awal untuk Subuh. Tapi tetap tak puas hati gak!! nak marah gak!! Apesal la dorang ni tak faham penderitaan Ambo,dah sanggap sngt nak memulas si Puteh ni. Dorang tak kesian ke tengok Ambo macam ni, tiap-tiap petang duduk depan pintu, habis posisi di praktis,mencangkung,bersila,terlentang,berdiri dan macam-macam posisi lagi, semata-mata menunggu kedatangan dorang yang janji nak datang, tapi tak datang-datang. Si Tunggul ni pun ada perasaan gak.

Jadi entri kali ini menujukkan ketidakpuasanhati Ambo kepada Brader yang cerdikpandaibijaksana kerana berjaya merosakkan Puteh. Terima Kasih di ucapkan. Kerana kehebatan dan kecekapan anda, Puteh itu tersadai untuk kesekian kali. Brader memang cool la. Giler hebat. Kental beb!! ko memang debom!! waahhh!! pheewiittt,malatop la lu Mat !!ape2 jer la!!

Citer tamat~~ Skandal Puteh lepas Jojot adalah YLoW.
Bintang yang bakal menyinar~~ wakakaka

Sunday, September 12, 2010

Berkongsi Entri..

Sebenarnya entri ini adalah dari member Ambo, Farid nama empunya tuan badan. Entri ini sangat2 menarik hati Ambo untuk membaca berulang kali. Jadi Ambo post link beliau kat blog Ambo supaya rakan-rakan lain turut sama berkongsi cerita kami semasa akhir ramadhan di Kuala Lumpur.

Minta izin tuan belog hokey!!

Si Puteh Comel

-Puteh-

10.09.2010 adalah pagi raya yang sangat memberi pengertian bagi Ambo. Mana tidaknya,apabila di hadiahkan Si Puteh kepada Ambo. Bagaikan sebuah mimpi yang menjadi kenyataan. Ambo tidak mampu mengucapkan apa-apa ucapan untuk menzahirkan terima kasih Ambo kepada Abah melainkan berjanji kepada beliau untuk belajar bersungguh-sungguh. Boleh di katakan setiap pagi, Ambo bangun untuk mengilap Puteh yang pada ketika itu masih belum menjadi kepunyaan Ambo,sehinggalah pada suatu malam sebelum raya, Abah Ambo bertanya kepada Ambo.. "Along suka ke kereta putih tu? ".. Ambo cuma meng iya kan kata-kata Abah Ambo. Memang benar sudah sekian lama Ambo menyimpan hasrat untuk memiliki Puteh, namun tidak berani untuk menyuarakan isi hati itu kepada Abah Ambo kerana selalunya beliau akan menolak setiap permintaan Ambo. Tetapi rupanya malam itu merupakan malam pengorek rahsia.

Puteh berasal dari model Proton Wira 1.5 yang buruk. Berbekal dengan enjin yang lansung tidak bermaya serta kondisi yang sangat uzur, Puteh telah menjalani satu transformasi yang radikal dan menyeluruh bermula dari rupa hinggalah kepada nadi pengeraknya. Jadi untuk projek tranformasi kali ini, Ambo membuat keputusan untuk menyalin sepenuhnya teknologi daripada Mitsubishi Evolution III. Sebuah model lagenda yang di gilai di zamannya sehingga ke hari ini di mana ia merupakan satu-satunya model Evolution yang mampu menghasilkan kuasa kuda(horsepower) setinggi 280hp. Secara umum, Puteh mempunyai sesaran sebanyak 2000cc, namun secara teknikalnya tidak. Puteh di anggar mempunyai sesaran sebanyak 2500cc. Puteh adalah mesin buas. Pada awal pemanduan, Ambo menghadapi kesukaran untuk menjinaknya. Ini kerana, Puteh tidak punya sistem LSD (Limited Slip Differential). Alamak, terlalu teknikal la plak. skema plak tu. hahaha.

Sedikit gambiran Puteh untuk tontonan umum, Puteh pandai bergaya~~ La La La La


Muka depan Si Puteh


Pandangan sisi Si Puteh,bajet hot la tu,nyampah!!

Puteh ada kawan, kawan dia kecil jer.


Nyawa Si Puteh (^__^)


Si Puteh Beraya di Aidilfitri

-Si Puteh-

Saturday, September 11, 2010

Puteh

Puteh..Aku sedar yang kita jarang bersama

Puteh.. sewaktu ketiadaan aku, Kau sering bermalam di ruangan yang sempit. Tidak sempat untuk aku menjenguk Kau di kala Kau sakit.

Kulit kau yang sebelum ini putih suci, aku lihat semakin pudar serinya.

Namun disebabkan perasaan sayang Aku pada Kau.. Aku gagahkan diri Aku ini untuk membersihkan kau balik. Aku nak pastikan kesucian putih Kau kembali menyeri.

Tapi diketika 'darah' kau terpancut keluar, Aku tidak dapat menahan sedih. Kau sakit lagi!!

Baru semalam Aku bermanja dengan Kau,Aku bawa kau jalan-jalan. Aku belai.

Tapi pagi ini, Aku lihat Kau sekali lagi terdampar sakit.

Aku tidak mampu buat apa-apa.

Cuma melihat Kau sakit sahaja Puteh.

Puteh, Aku akan belajar rajin-rajin untuk pulihkan Kau balik.

Aku sayang Kau Puteh..




Wednesday, September 8, 2010

Pepagi yang bisu..

Selalunya kalau disebelah pagi ni, umah ni bising ngan suara Pakcik duk gerak Anak-anak dia bangun dari tido. Tapi pagi ni, umah ni terasa sunyi sngat2. Ambo menjengah setiap bilik2 dalam umah ni,semuanya kosong..huuu~~gila sunyi beb! last2 aku online untuk karang citer bosan ni utk hilangkan perasaan takut,nsib baik bulan puasa..blh agi nak mendabik dada tnjuk brani.

Kejap lagi budak Farid tu nak datang, pastu barulah kitaorng gerak balik kelantan. hohoho. agak lewat sedikit keberangkatan kami. Seperti biasa,keluarga di kampung dah berulangkali tanya perihal keberangkatan Ambo ke kampung halaman. ohooo~~ Rindu plak nak gaduh ngan Abah, rindu plak nak jual mahal ngan Mama, Rindu plak nak bertengking ngan adik Ambo, rindu plak nak memulas si putih yang asyik sakit jer kejenyer..huaarrrggghhh!! memang terbayang betol2 lah.

Ambo harap setiap detik masa yg dilalui mampu ditempuhi Ambo ngan sebaik mungkin*sabor Syaffeq* Lagu raya memang tak di layan lagi, risau nnti meleleh airmatahingus Ambo. jadi, utk mengaplikasikan baekpunyercover ni, Ambo memang xmo layan lagu raya tatkala Ambo berseorangan!!!

Akhir kata, kepada sesiapa yang membaca entri ini,Ambo ucapkan selamat menyambut hari raya puasa,smoga kenangan raya tahun ni lebih bermakna dari tahun2 sebelumnya. Tak lupa gak,rebutlah baki2 ramadhan yang msih tertinggl ni ngan apa2 ibadah. Tadaaaa~~


Tuesday, September 7, 2010

Ceritera Komuter..

Semalam merupakan hari terkejar-kejar bagi Ambo, memang satu hari penuh pengalaman. Ke Low Yatt, kemudian balik ke kampung baru, siapkan assignment sdikit sambil2 memformat netbook sumone. Kerja agak kelam kabut tapi tetap terkawal. Ambo rase seluruh sel otak ketika bergera k dengan pantas. Kena bahagi setiap partition kerja dengan baik. Cari idea untuk assignment,format netbook, update driver,software n antivirus utk netbook, kemudian buat lagi assigment,dan hal ini berulang hingga ke petang.

Kemudian Ambo bersiap mengemas untuk turun ke seremban. Kerana merasakan pengangkutan ini lagi mudah jika dari KL. Berbuka puasa ngan sebotol air di atas komuter. Masyukkk betul pengalaman ni. Setibanya di seremban Ambo berjaya menyerahkan netbook tersebut dengan baik dan jayanya kepada tuan punya. Tiada apa pulangan atau apa2 pengharapan yang Ambo ingin dari tuan punya notebook,sekadar ucapan "TERIMA KASIH AWAK" sudey cukup buat Ambo tersenyum.huuuray!! misi eakomplish!!

Jam 930PM Ambo bertolak balik ke KL dan duduk termenung depan komuter. Nak taw sebab apa? Sebabnyer..Ambo tak tahu tren mana yang patut Ambo naik untuk balik ke KL!! huaaahuaaahuaaa!!apekehel la mamat ni! Last2 ada la sorang Abg Polisi ni bertnya, "Balik KL ke Bang?", Ambo menjawab "Ah'ha", Polisi.."Inilah tren untuk ke KL". Dgn mengkontrol muka yg berlagak macho ni,Ambo masuk dalam tren tu walaupun sudah hmpair 15 minit termenung depan komuter.Dalam komuter,Ambo menyarung kembali EARPHONE GAJAH kesayangan Ambo sambil mendengar lagu yang berulang kali Ambo dengar.. Sheila 0n 7 - Tunggu Aku di Jakarta~~


Masih saja kuteringat kata iringi kau pergi

Jadikan sore itu satu janji

Kau akan setia untukku, kembali untuk diriku

Mengingatku walau aku jauh

Akupun sempat janjikan, kukayuh semua mimpiku

Kulabuh tepat di kotamu...

Dan kaupun s'lalu janjikan kau 'kan menungguku datang

Bersatu kembali seperti dulu

Dan bila akupun rindu pada nyamannya kecupmu

Pada indahnya tawamu

Kudendangkan dengan gitar lagu-lagu kesayangan

Sambil kuingat indah wajahmu


Oo... oo...


Tunggulah aku di Jakartamu

Tempat labuhan semua mimpiku

Tunggulah aku di kota itu

Tempat labuhan semua mimpiku

Jam 11.15 malam Ambo tiba di Kampung Baru. Perut sudah lapar, sudah 2 hari tidak menjamah nasi. sibuk punya pasal. Malam tu,dalam pukul 230,Ambo bersama-sama member bersahur bersama-sama di kedai yg namanya "Perasan". Thanks to all of you guys!!..tpi malam tu tetap tak makan nasi gak!! miaaaahahahahaha!!

Sunday, September 5, 2010

tak nak tegur sudaaaa...

Bagi entri kali ini, kata ganti diri "Ambo" tak akan di guna lagi. Kenapa? Sebab entri kali ini memang di tujukan kepada insan yang cuma tahu nak orang jaga hati dia jer.

Ok,memang ride itu hari aku tinggal ko. Naper ?? Sebab ko da memang bajet moto ko tahap memuaskan walaupun sebelum tu aku dah berulang kali pesan, servis moto bebaik. Siap aku nak kenalkan ko kpada pomen yg boleh set moto ko utk jalan jauh,tapi ko degil. Ko lebih percayakan skill ko tu. Ok ,aku mengalah !! moto ko,ko jer yg taw. Aku ni bdak noob jer. dah la kenal tinggal bertiang msa ko suh aku test meter aritu kan. So aku tak kesah,sbb aku kenal jurang beza antara jentera 2 lejang ngan jentera 4 lejang. Ko tinggal lah aku camne pun, dah memang kenyataan aku tetap akan makan asap. Anyway, thanks utk asap ko tu.sngat harum !!

Setibanya di jejantas sungai buloh, ko mengadu kat aku, moto rase lain. Aku dah pesan, follow blakang aku, kita bawa slow2 jer. Tujuan aku suh ko follow blakang aku sbb aku tak sanggup sedut asap moto ko. bapak banyak!! aku pun syang nyawa aku, takkan sbb nak jaga hbungan persahabatn aku tak leh potong moto ko msa ride. So aku ptong utk elak asap moto tu. Faham? Tapi,yer la..aku faham..kalau dah ride ni masing2 naik gila. Aku pun gila. tapi biar berpada2 lah. Yang ko pegi tinggal aku balik bertiang2 tu naper?? Tadi cakap moto ade problem, aku pun ape lagi,dah tukar balik mind set aku. Moto Bro ni da baik kot~~so aku dah tak hirau lagi pasal problem moto ko yang ko gtaw aku sblum tu.

Masa berhenti untuk isi minyak,aku join group veteran sebab cara tunggangan dorang lebih teratur dan kemas. Takde nak meroket, takde nak superman!! Rilek jer. So,aku lebih senang dengan group ni. Aku tnggalkan group ko sbb aku taknak bahayakn orang lain. laju yang sesangat laju. tambahan lagi dalam kepala aku,takpela nnti leh grouping balik kat Teluk Intan.

bila aku berhenti makan,aku check phone aku. boleh tahan gak bnyaknya msj ngan missed call. memang terkejut gak la aku bila semua list tu dari no ko. aku cepat2 call. yela..sape tak risau member sendiri. Terkejut berukmonyetbabun dan segala spesis dri golongn ni bila dapat tahu moto ko rosak!! Tapi bila aku datang nak tolong, ko cakap tak payah. Ko suh aku pegi ride. Aku tanya ko berulang kali. betul ke ni jwapan ko?? so,aku trima ajela ngan harapan semuanya ok bila ko cakap ko ok!

sehari suntuk aku duk fikir camne nak jumpa ko balik, aku plan balik awal skit ngan team member aku. So dorang stuju nak balik awal. Aku plak yg tngah sakit kepala ni terus jer bawa moto tu. dengan harapan leh hulur sedikit bantuan kat ko. on da way ke tempat ko,brape kali aku call,tapi satu pun tak diangkat.apekes?? so aku betanggapan yang moto ko dah boleh jalan. Jadi aku perah kaw-kaw moto aku,supaya sempat kejar ko balik. Tapi sampai KL tetap tak jumpa. Mungkin ko dah sampai umah. rehat n tertido.tapi aku tetap call lagi,untuk tahu perkembangan. Skali ko ada kat slim river plak. habis konpius aku dibuatnya.

Aku minta maaf, sbb tak dpat nak tlong. Tapi sekurang2 nya aku usaha!! bkan tak usaha lansung!! Tapi ko slumber jer salahkan aku kat wallpost FB ko. Naper tak cakap jer depan aku masa aku call?? cakap ajela,Cilakak ko!! Camnilah Kawan!! n ape2 ajer la. Janji aku taw salah aku n aku taw yang perbuatan aku ni dah guriskan hati ko!! Tapi ko lebih suka berselindung begitu. Kawan2 ko leh la support ko,sbb dorang tak taw hal sbenar.tapi kawan2 aku tahu apa yang terjadi dan dorang lagi kenal aku!! dorang kenal aku lebih dari ko kenal aku!! rilek la beb,kena tinggal tu adatla.

Skang ko remove aku dari friendlist FB n ko sengaja tak nak tegur aku walaupun selisih di kampus atau di mana2. Apakah itu satu cara yang matang dan terbaik yang ko leh buat??? kalau itu yang ko fikir leh buat aku rasa bersalah,sori la beb, aku bukan manja cam ko. Sori yer!! aku lagi suka luahkan ketidakpuasaan aku secara berdepan. bukan melalui wallpost FB! Perlu ke aku cakap nama ko kat sini?? perlu ke?? tak perlu..sbb aku taw camne nak jaga hati orang. walaupun aku bukanlah se "alim" ko, tapi aku sedar apa yang salah n apa yang betul.

Justin Bieber - One Time


Me plus you, I'ma tell you one time
Me plus you, I'ma tell you one time
Me plus you, I'ma tell you one time
One time, one time

When I met you girl my heart went knock knock
Now them butterflies in my stomach won't stop stop
And even though it's a struggle love is all we got
And we gon' keep keep climbing to the mountain top

Your world is my world
And my fight is your fight
My breath is your breath
And your heart

And girl you're my one love, my one heart
My one life for sure
Let me tell you one time
(Girl, I love, girl I love you)
I'ma tell you one time
(Girl, I love, girl I love you)

And I'ma be your one guy
You'll be my #1 girl
Always making time for you
I'ma tell you one time
(Girl, I love, girl I love you)
I'ma tell you one time
(Girl, I love, girl I love you)

You look so deep, you know that it humbles me
You're by my side, them troubles them not trouble me
Many have called but the chosen is you
Whatever you want shawty I'll give it to you

Your world is my world
And my fight is your fight
My breath is your breath
And your heart

And girl you're my one love, my one heart
My one life for sure
Let me tell you one time
(Girl, I love, girl I love you)
I'ma tell you one time
(Girl, I love, girl I love you)

And I'ma be your one guy
You'll be my #1 girl
Always making time for you
I'ma tell you one time
(Girl, I love, girl I love you)
I'ma tell you one time
(Girl, I love, girl I love you)

Shawty right there
She's got everything I need
And I'ma tell her one time
Give you everything you need down to my last dime

She makes me happy
I know where I'll be
Right by your side
'Cause she is the one

And girl you're my one love, my one heart
My one life for sure
Let me tell you one time
(Girl, I love, girl I love you)
I'ma tell you one time
(Girl, I love, girl I love you)

And I'ma be your one guy
You'll be my #1 girl
Always making time for you
I'ma tell you one time
(Girl, I love, girl I love you)
I'ma tell you one time
(Girl, I love, girl I love you)

Me plus you, I'ma tell you one time
Me plus you, I'ma tell you one time
Me plus you, I'ma tell you one time
One time, one time

Saturday, September 4, 2010

Yuna - Gadis Semasa


Oh begini rasanya cinta
bila diagung-agungkan
kuasanya dan aku
begitu naif untuk dirimu
kerna oh usia

Oh sekarang bukannya masa
untuk kau ungkit kagi salah
siapa dan engkau terlalu ego
untuk diriku
kau memang begitu

Bukalah mata yang selama ini engkau
pejamkan dan lihatlah diriku..

Buanglah buanglah!
Buang curiga yang telah lama kau simpan
yang mungkin memudaratkanmu

Aku memang begiu
tetap seperti dahulu
terlalu menyayangi dirimu

kau mahukan gadis semasa
yang bisa memberikan kau segalanya
dan engkau tak mampu melihat apa yang
ada didepaanmu

Kau mahu perubahan dunia tetapi pada aku
sama sahaja dan engkau terlalu ego
untuk diriku
kau memang begitu