Tuesday, January 4, 2011

Budak Nak Belajar Time-time tu..



Masa aku kecik-kecik dulu, aku selalu tengok Abang-abang dan Kakak-kakak kehulur kehilir naik motosikal. Aku tengok dorang semua tu macam seronok jer bila pandai menunggang motosikal. Tapi Aku pulak masih lagi naik basikal cabuk kalau nak kemana-mana. Aku sanggup kayuh basikal sampai berkilo-kilo jauh, sebab itu aje la pengangkutan aku masa tu. Motosikal ada, tapi permit dari Bonda dan Ayahanda tidak membenarkan aku untuk menurut rasa hati ini.

Nak dijadikan cerita, pernah sekali aku berpakat dengan adik aku yang namanya Sepul ni. Kami berpakat untuk kebas moto Abah untuk dijadikan harta supaya kami boleh testing camne nak bawa moto. Peluang tidak akan di lepaskan,..Aku menyuruh adik aku mengimbang moto tersebut dari belakang manakala aku pula memerah throttle moto itu semahu yang mungkin..sekarang ni jaga nak masuk gear jer..

Kelekak!! Gear dah masuk, tunggu nak dilepaskan jer lagi... Aku yang masa tu memang takut bercampur gembira sebab ada kesempatan untuk mencuba. seperti tidak sabar-sabar un tuk merasai kenikmatan melayan corner,tapi.. apakan daya, nasib aku pada ketika itu memang masyuk baunya..bila dilepaskan jer gear tu aku lupa yang aku tak tahu camne nak brek!!! tambahan lagi Aku sendiri pun tidak tahu camne nak kawal throttle minyak tu...habeslaaaa

melompat-lompat moto tu dibuatnya...pranggg,maka dilanngar oleh aku akan tembok rumahku itu dengan begitu meriah skali..dummm, motosikal tu hampir jatuh menindih Aku... Aku mengelak. Takut, Seram, Pening,semuanya bercampur aduk sehingga menimbulkan satu pemikirang yang kurang waras di mana Aku bertempiaran lari dengan Adik aku si Sepul ni ,kerana menganggap motosikal ini akan meletup setelah kami ternampak beberapa titis minyak keluar dari tangki motosikal Honda C70 Abah aku tu.

Datanglah sorang jiran aku ni menjenguk keadaan kami adik beradik yang memang terserlah ketololan kami ni setelah dikejutkan dengan kekecohan yang teramat mengejutkan itu.. Kami apa lagi memohon la ngan jiran sebelah supaya tidak memberitahu akan hal ni kat Abah kami. Kalau dia tahu, dah tentu dia marah sangat-sangat. ohhhhooooo,kami memang takut bila Abah marah.

Tunggu punya tunggu, motosikal ni memang tak terbakar,ape lagi,cepat2 lah kami melupuskan semua bukti tadi. Dibasuhnya moto tu sebersih-bersih yang mungkin dan disimpan di tempat asal,di ambil kunci dan di letakkan di tempat letak kunci yang disediakan. Kami berdua masuk bilik dan berjanji merahsiakan hal ni..sehingga sekarang hal itu menjadi Kenangan Tertolol dalam hidup kami..

Ini lah pengalaman pertama aku menunggang motosikal,... MERIAH Sangat2!! Kepada kawan-kawan diluar sana menunggang lah dengan cermat dan berdedikasi, ingat semua yang menyayangi anda yer..

Gambar interprem jer..bukan gmbar betul pun atau kata lain gambar hiasan,,mana2 aje la..

Sunday, January 2, 2011

Suatu Ketika Dahulu...

Suatu ketika dahulu, saya pernah mencuri pandang untuk melihat awak.. sering juga mempamerkan diri berdekatan awak atas kehendak yang sengaja mahu awak menyedari kehadiran saya. Setiap senyuman awak saya pahatkan dalam fikiran ini, setiap gerak geri awak saya perlihatkan, setiap gelak tawa awak saya rakamkan dalam benak fikiran saya.

Awak,..
Dulu saya kurang berani untuk menyatakan yang saya suka awak, saya minat awak..itu kerana saya sedar saya tidak mampu untuk memenangi hati awak..meskipun kita sering sahaja berbual namun saya sembunyikan perasaan itu dari berjaya di tangkap awak..saya cuba menjadi sahabat yang rapat...serapat yang mungkin..namun setelah saya mengetahui desas desus yang mengatakan awak sudah berpunya,saya lari jauh dari diri awak..risau kalau menganggu kebahagiaan awak.

Awak...
Maafkan saya kerana menjauhkan diri dari awak sehingga awak sudah beranggapan yang saya tidak lagi mahu berkawan dengan awak. Hal ini di tambah pula dengan sikap saya yang mementingkan perasaan satu pihak sahaja tanpa mengambil tahu perasaan awak serta kawan-kawan kita yang lain. Maafkan saya kerana menyakitkan hati awak dulu.

Awak...
Setelah kita tamat persekolahan, saya tidak henti-henti mencari awak... saya yakin boleh bertemu awak. Saya berusaha mencari awak balik..namun tahun demi tahun usaha saya salah..hinggakan saya beranggapan awak sudah dimiliki insan lain.. Saya redha,namun ingatan terhadap awak tidak pernah luput.. saya sering meniru gaya awak duduk, saya sering meniru gaya awak yang bersahaja ketika senyum...semuanya membuatkan saya tertarik dengan diri awak..

Awak...
Pertemuan di laman sosial itu seperti telah membuka satu peluang kepada saya untuk cuba menyatakan hasrat saya yang telah lama terpendam di lubuk jiwa ini terhadap diri awak. Gembira, terharu, rindu, semuanya bercampur menghasilkan satu perasaan yang tidak dapat dihuraikan melalui kata-kata. Namun setiap cubaan di akhiri dengan setiap penolakan..dan saya sangat kecewa pada ketika itu... Meskipun demikian,saya tetap berusaha untuk awak, dan sehingga pada saat itu..apabila satu insiden yang tidak di sangka-sangka berlaku, kita seolah-olah di beri peluang untuk bersama..

Awak...
Pada pertama kali setelah sekian lama kita menyepi... Hati saya sangatlah sayu pabila melihat wajah awak.. dengan skala yang belum pun memasuki tahap 1, saya berkata pada hati...masih mampukah aku untuk memiliki dia...Tapi, saya tidak menyangka,pertemuan bersama keluarga pada hari itu merubah semuanya... di dalam Puteh, ketika hujan... pertama kali saya menyatakan perasaan yang terpendam itu kepada awak...

"Syah.. Fiq dah lama kehilangan Syah, Fiq tak nak lagi kehilangan Syah.. Fiq terima Syah seadanya..Fiq cintakan Syah.. "

Awak...
Terima kasih kerana memberi ruang kepada hati insan ini untuk menjadi Putera di hati awak..seperti mimpi,..tidak lama lagi kita akan mengikat tali pertunangan dan seterusnya akan ke jinjang pelamin untuk mendirikan rumahtangga yang bahagia.. Awak.. Saya ingin awak bahagia..Saya ingin ada keluarga bersama awak.. saya ingin menjadi ayah kepada anak-anak kita..saya ingin menjadi menantu yang baik... saya ingin menjadi suami yang awak cintai selama-lamanya.. saya sayang awak..

Terima Kasih Awak..