Sudah masuk 7 semestar Ambo melalui pahit getir selaku seorang yang bergelar pelajar di Universiti Kuala Lumpur. Pelbagai ragam manusia telah Ambo pelajari dan teladani untuk mengajar diri Ambo agar menjadi lebih dewasa. Keadaan pelajar di UniKL masih seperti dahulu. Terdapat sesetengah pelajar yang tidak mampu untuk mengikuti setiap garis panduan pemakaian yang telah di sebarkan ke serata UniKL malahan juga di dalam E-Citie setiap pelajar juga. Ambo tergelak kecil apabila memikirkan apa sebenarnya yang dikejar oleh mereka.
Kembali kepada topik asal, permulaan untuk hari ini sudah cukup membuatkan Ambo merasa sedikit kecewa. Ambo kecewa dengan sikap pelajar-pelajar di UniKL MIIT ini. Disiplin terang-terangan di abaikan. Pelajar baru membuat Ambo sedikit kelu untuk berkata-kata. Maka tidak lama lagi akan kedengaran lagi gelaran "Budak Poyo", "Sombong" dan yang paling teruk pernah Ambo dapat "gay" berikutan Ambo yang jarang bergaul dengan golongan hawa. Ambo tidak kisah, kerana orang akan cakap apa sahaja kerana mereka cuma mengenali kita dari luaran dan bukan menilai dari dalaman.
Disebalik kekecewaan ni Ambo tanamkan suatu azam dalam hati Ambo. Ambo akan belajar bersungguh-sungguh untuk perolehi kembali gelaran DL yang telah sekian lama tidak Ambo gengami. Ini bukanlah suatu janji yang dibuat semata-mata untuk Ambo, tapi untuk Keluarga Ambo di kampung. Along minta maaf jika sebelum ini Along selalu melawan kata-kata Mama dan Abah. Along dah berubah. Along nak sangat jadi anak dan abang yang baik. Along nak sangat jadi anak yang boleh sejukkan hati Mama dan Abah serta Along nak jadi pembela kepada nasib adik-adik Along. Semoga Allah akan sentiasa memelihara Along berkat hasil doa Mama dan Abah. Lihatlah anakmu yang degil ini, dia akan membawa balik seribu kemanisan berupa kejayaan sebagai pengubat susah payah Mama dan Abah yang membesarkan Along.