Bila cakap pasal duit, semua orang akan terbayang apa yang di ingini. Ada duit semua boleh jadi. Duit kadang-kadang menjadi benchmark kepada kehidupan sosial seseorang. Awas kepada pemilik dompet tebal, anda adalah sasaran mudah bagi mereka-mereka yang yang mempunyai niat kurang baik terhadap ketebalan duit anda. Baiklah, entri kali ini bukanlah untuk memperkatakan mengenai hal duit tetapi penulis teringin sangat menyentuh tentang
"Siapa yang perlu mengeluarkan duit ketika keluar bersama"
Kebanyakan lelaki lebih senang untuk mengeluarkan duit sendiri tanpa mengharapkan bantuan dari pasangan masing-masing. Hal ini bergantung kepada pelbagai faktor, antaranya kesedaran, ego, perasaan kasih kepada pasangan serta bermacam jenis faktor lagi.
Faktor kesedaran menyentuh kepada sifat lahiriah si lelaki itu sendiri di mana, kesedaran dalam memikul tanggungjawab seperti menanggung nafkah kaum Hawa dari segi zahir. Si lelaki akan menganggap ini sebagai persediaan yang baik untuk diri sendiri bagi menghadapi hari-hari selaku ketua keluarga pada masa akan datang. Selain itu, lelaki akan belajar erti pengorbanan kesan dari iktibar dari hal yang disebut di atas. Jadi mereka lebih senang untuk menghulurkan bantuan dalam pelbagai situasi termasuk bantuan kewangan.
Beralih kepada faktor ego pula, lelaki lebih bersikap optimistik dalam menjaga ego mereka. Ego umpama salah satu tiang kepada maruah si lelaki. Percaya atau tidak, terdapat sebilangan lelaki yang akan merasa sangat malu jika ego mereka tercabar. Sebagai contoh, lelaki akan merasa malu jika gadis itu mengeluarkan wang sendiri untuk menampung setiap perbelanjaan . Tapi perasaan ini akan disembunyi dari pengetahuan si wanita. Lelaki juga pandai memendam dan boleh jadi lagi mendalam dari si wanita.
Kadang kala perasaan kasih dan sayang pada pasangan juga memain peranan dalam mengapa kadang kala lelaki lebih suka mengeluarkan wang. Ini kerana mereka tidak mahu pasangan mereka berada dalam kesusahan. Biarkan mereka susah, janji hati pasangan masing-masing gembira. Tapi lain pula di pihak wanita. Jika mereka mengetahui perkara sebenar,sudah tentu mereka akan merasa amat sedih. Mungkin juga mereka akan risau dan kadang kala marah dengan perbuatan si lelaki. Jangan risau, terdapat suatu sifat dalam diri lelaki apabila berdepan dengan hal seperti ini. Mereka punyai daya keinginan yang sangat kuat untuk mencapai apa yang dihajati. Jadi jika mereka inginkan pasangan mereka senang dan gembira, mereka akan berusaha sehabis mungkin untuk memenuhi tuntutan itu.
Semua pengertian di atas tidak bermaksud si lelaki tidak boleh menjadi penerima yang baik. Mereka boleh menjadi penerima baik sekiranya si wanita bersikap terbuka serta jujur dalam hal ini. Mintalah kebenaran dari si lelaki. Biarkan picu kesedaran mereka di tekan terlebih dahulu oleh si wanita agar mereka dapat memberi respon yang baik dan menghasilkan komunikasi dua hala yang menyentuh kepada objektif dan buan kepada subjektif. Maksudnya, capailah suatu persetujuan yang boleh diterimapakai oleh kedua belah pihak. Biarkan si lelaki tahu apa yang si wanita ingin dari mereka.
Jadi akhir kata, selamat mengenali si lelaki pujaan si wanita.