Monday, August 30, 2010

Kisah Puding Syaffeq



Masa ngah sedap makan puding malam tadi, tetiba jer memori zaman sekolah berputar dalam kepala Ambo ni,krek krek krek..bnyi karat skit..yela..otak tua la katakn. Apa yang nak di citerkan dalam kisah ni adalah camne Ambo nak tackle sorang awek ni ngan buat puding kat dia. Ehek ehek !!

Minat yang mendalam pada beliau telah membuka hati Ambo untuk berguru ngan Mama Ambo. Berguru smoga ilmu buat puding di perturunkn kpada Ambo. Jadi Ambo blajar la cara-cara nak buat puding tu ngan tekun dan bersungguh2. Pertama kali buat,hangit..kali kedua buat..hangus..kali ketiga mencuba pun tetap tak berjaya. Ssah gak nak buat puding ni kata Ambo dalam hati..geram gak masa tu.

Dah lewat malam pun Ambo masih lagi mengacau telur,mengoreng gula,kukus dan macam2 lagi. Agak bising gak. Tiba-tiba ngan tidak semena Mama Ambo kuar untuk melihat hasilnya. Sekali kena marah daa,sbb dah kotorkan dapur n sepahkan barang2 dia. Maka tunduk lah budak Syaffeq ni sambil tadah telinga. Pot pet pot pet.berdengung jer. Sabo jer la, mmg dah salah Ambo.

Akhirnya cubaan yang keberapa ntah barulah puding Ambo ada rupa macam puding. Gumbira tu tak payah cakap. Siap tepuk2 tangan lagi. Ok sejukkan dalam peti esok nak bawa pegi sekolah. Gosok baju dan sluar sekolah,nak nampak hensem masa bgi puding nanti kat gadis tu. Konpem x tido la malam tu.

Esoknya Ambo meminta Mama Ambo untuk menghantar puding ni ke sekolah, risau kalau-kalau puding ni pecah masa Ambo dalam perjalanan ke sekolah. Maklumlah naik beskal,faham2 jer la. Tnggu punya tnggu,puding pun sampai. Yesss!!! Lepas ucap terima kasih,Ambo bergegas ke kelas. Semua orang tngok puding Ambo. Bila ditanya “Mak ke yang buat”..Ambo jawablah “Tak,ni aku yg buat !” sambil snyum ..dorang snyap seraya trdengar suara kecil “Penipu..” Ambo cuba melawan “Dok la, puding ni aku sndri hok buat!!”..”penipu penipu penipu”..lantak koranglah. Yang penting aku leh bagi si gadis tu merasa. Potong skit, letak atas pinggan kertas pastu Ambo jalan2 mencari lah gadis tu. Cari punya cari tapi tak jumpa2 gak. Pelik. Lansung x jumpa kelibat si gadis tu, cari lagi smpai puas ati,mmg xde kat sekolah!!

Lalu Ambo simpan elok2 puding tu dan pegi cari pondok tepon. Calling calling la umah dia..tut tut tut..tut tut tut..engage…calling calling lagi..tut tut tut..engage lagi…calling lagi.,..tut tut tut..last2 terangkat gak.. hello~~Ambo kenal sangat suara tu..tnya punya tnya,nape tak datang sekolah? Katanya dia malas datang sbb takde pape pon. (Kebetulan aritu ada jamuan akhir tahun..), Ambo sdikit kuciwa la,Ambo letak gangang tepon tu pastu berjalan perlahan kembali ke kelas..setibanya di kelas..Ambo tngok bdak2 pompuan kelas Ambo ngah sibuk mengemas pinggan pecah.

Ambo tak hiraukan dorang. Ambo cari puding Ambo. Cari2 x jumpa. Tnyalah bdak2 ni ada nmpak tak puding Ambo.,dorang pun menuding jari ke satu sudut..Ambo kenal pinggan yang pecah..itu pinggan Ambo…pinggan Ambo!!! Pecah!! Ambo tnya kpada saksi kejadian,mane peginya puding Ambo, skali lagi dorang tunjuk kea rah tong sampah. Ambo pun pelan-pelan la pegi tngok isi tong sampah. Memanga betul,kat situ lah berakhir puding Ambo.

Ish ish,nasib Ambo kurang baik skit aritu…balik umah kena tadah telinga lagi..pinggan Mama yg mahal tu dah pun pecah. So apa Ambo dapt cuma lebam di perut hasil cubitan Mama n penat lelah jer.ohoooo~~~nasib nasib.

Friday, August 27, 2010

Menitis Lagi..

Tidur Ambo terganggu lagi untuk kesekian kali. Ada call dari adik perempuan Ambo yg berada jauh di perantauan..

Sabah jer pon,xdela jauhnyer,,bgi efek sedih2 skit nak menjelang hari raya ni.WAkakaKA

Kedengaran suara Adik Ambo berkata "Along send no akaun bank !"haaa...Ambo yang tengah mamai lagi terus menghantar no akaun.. Kemudian Ambo senyap kejap..Timoh nok wak gapo dgn no akaun aku?? Lalu dngan pntas jari jemari Ambo pantas menaip keyboard pada handphone Ambo..tap tap tap!! SEND!

Beberapa minit kemudian~~

tret tret, msj Ambo di balas secepat mungkin oleh Adik Ambo. Ambo membaca msj adik Ambo tu..tapi setelah beberapa bait ayat msj tu Ambo bca tu,dgn serta merta air mata jantan Ambo mengalir..

"Nnti kkak msuk rm*** ko along,x bnyk,ado lebih,dlu Along slalu tlong kkak,ni kkak pulok nok tlong along,tpi x bnyk,kkak teringat kat along.."


Adik-adik,jikalau kamu semua terbaca blog Along ni, Along minta maaf dengan kamu semua, Along memang selalu marah kamu semua, Along mmg suka repot kat Abah klau kamu semua buat salah dan macam2 lagi hal yang Along lakukan hingga buat kamu semua marah kat Along,tapi dalam hati kecik ni,Along cuma risaukan Adik2 Along. Along sayangkan kamu semua, tapi Along x nk tnjuk sbb Along ada ego sbgai anak sulung..harap kamu semua mengerti.
Along sayang kamu semua..

Wednesday, August 25, 2010

WaLaWeH WeH WeH

Sedap pulak rase hati ni lepas berpuas hati dengan penampilan baru blog Ambo ni. Banyak gak yang berjaya Ambo 'tweak' untuk tingkat performance blog. Tujuannya cuma untuk menyingkatkan masa loading blog ni. Budak baru belajar,msih banyak lagi yang kena study,sesape yang rajin tu sila-sila lah tegur yer. Ho Ho Ho. Sudah-sudah. Tujuan utama tak lain dan tak bukan, perubahan ini adalah salah satu usaha Ambo untuk memperbetulkan haluan hidup Ambo.

**Make Life Simpler Than Ever**

Macam menarik jer statement tu, tapi dari segi praktikaliti dalam hidup bagaimana?? Kita lihat selepas ini. Camne nak jadikan idup kita sesimpler yang boleh??

**Camne ea,Camne ea??? konpem terikat usus otak..*Otak ada usus kah??tetttt disitu~~otak makhluk mane la Ambo kaji ni.**

Berbalik kepada persoalan tadi, bagaimana nak jadikan idup kita ni sesimple yang mungkin. Caranya... Jeng Jeng Jeng~~


kalau mengikut kamus budak2 skema mata empat ni, penerangan berunsur formal dari Ambo memang HANCOSS namun kalau ikut penerangan berunsur LAYAN a.k.a SEMPOI ni, senang jer..

  • Jangan sesekali merumitkan sesuatu keadaan,..tenang (but not cool ala poyos) dalam setiap pekerjaan. Bila dah tenang, kita rase suci jer masa berfikir..maksudnya..dipermudahkan lah sedikit apa yang nak difikirkan tu. Masa ni kita boleh fikir secara detail sesuatu hal atau masalah tu pada tahap melampau yang sangat. Tujuannya cuma untuk keluarkan satu jalan penyelesaian yang betul2 berkesan.

  • Kemudian kaji sebaik mungkin apa2 hal yang dirasakan mampu untuk di bawa oleh badan sendiri (x payahlh fikir hal2 yang menyerabutkan urat-urat otak tu). Maksudnya,bertindaklah dalam sesuatu dalam kadar sederhana. Tak perlu berlebih-lebih. Be yourself la...pekejadah nak apply cara hidup orang dalam cara idup kita??..measure the shirt size on your body la bai....upppSSss,terkasar sebentar..ohooo~~

  • Kalau inginkan sesuatu, cuba usahakan seikhlas mungkin dan yg paling penting...minta keredhaan dari ALLAH S.W.T serta IbuBapa kita yang tersayang...muah muah muah disitu!! Jangan belakangkan ALLAH dalam setiap hal yang kita lakukan. DIA maha mengetahui, dan ALLAH tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya. So, rajin2 lah dekatkn diri ngan ALLAH tambah2 plak masa bulan baik ni. Ahlan Wa Sahlan ya Ramadhan..

pastu penerangan pendek nyer plak yg biasa U all sumer buat..goreng!! ni haa~~

.:persistence:. .:patience:..:knowledge:..:hardwork:.

Setakat ni, ini jer cara yang kurang formal yg tersembul dari benak fikiran Ambo untuk dikongsi bersama ngan U All~~nak lebih-lebih..sila dahulukan ongkosnya yaa. Blueeekk!! Ape2 pon..moral of the story for this entry.. Tak usahlah mereka-mereka yang berlagak itu mendabik dada tunjuk best kat golongan "LOW" cam Ambo serta orang2 yang lain hokey!! Kecik-kecik Cili Burung tawww~~**takde kena mengena lansung

Hokeylah!! Sebentar lagi akan kedengaran Nenek Ambo memangil untuk sahur, jadi dengan rasminyer Ambo menempel titik NOKTAH disini... TETTT!! sudah2, jom sahur..Ikut sunnah Rasul kita Nabi Muhammad S.A.W..**sayangkah kita pada Baginda..renungkan bersama..


Sunday, August 22, 2010

7 AYAT CINTA

Sabda Rasulullah S.A.W:

"barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan.."


Bismillahhirrahmannirrahim
Pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

Alhamdulliah
Pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.

Astagfirrullah
Jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.

Insyaallah
Jika ingin muelakukan sesuatu pada masa akan datang.

Lahaulawalaquataillahbillah
Bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.

Innalillah
Jika menghadapi musibah atau melihat kematian.

Laailaahaillallah
Bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya. amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang yang terpilih oleh Allah.

Saturday, August 21, 2010

Kisah Hatiku Dalam Menerimamu


Di setiap saatku mengingatimu

Senyuman manis itu sentiasa mengamit memoriku padamu

Perkenalan maya sebagai pengukuh ukhwah antara kita

Lantas menimbulkan satu perasaan yang berupa anugerah tertinggi kepada makhluk bernama manusia

Suka

Itulah yang perasaan pertama yang terbit dari hatiku sejak mengenalimu

Perlahan aku mengintai setiap realiti hidupmu yang sebelum ini diselubungi suasana suram emosi kecelaruan

Namun itulah yang mengajar Dikau untuk mengerti makna hidup sebenar

Sehinggalah Dikau mengambil jalan untuk meninggalkan dunia itu jauh ke belakang

Biarkan giliran ia terpinggir setelah memingirkan Dikau dari dunia asalmu

Sayang

Hatiku kembali terbuka menerima insan hawa iaitu Dikau

Sifat Dikau yang menarik perhatianku sungguh mempesonakan

Meskipun Aku tidak punya alasan yang kukuh untuk mewakilkan perasaan itu

Ia bukanlah suatu pendustaan untuk memenangi hati Dikau

Dan bukanlah suatu resepi kata-kata untuk menguatkan kepercayaan Dikau padaku

Itulah perasaan yang wujud hasil dari penerimaan hatiku untuk memberi ruang pada kehadiran Dikau

Cinta

Adalah satu pengembaraan perasaan yang dengan penuh seribu satu halangan dan rintangan

Jika Dikau mengalami kesulitan izinkanku bersamamu di setiap pengembaraan itu

Tapi jika Dikau tidak mahu lagi menghadapi pengembaraan itu

Izinkanku untuk bertakhta menyinari hati sanubarimu setiap masa

Kerana Aku ingin bersamamu di setiap saat riang dan sedihmu

Kerana aku ingin mencintai dirimu seadanya

Bintang Malam

Bintang Malam

Katakan padanya

Aku ingin melukis wajahnya di diari hatiku



Bintang Malam

Katakan padanya

Aku rindukan memori saatku bersamanya



Bintang Malam

Gembirakan dia dengan kerlipanmu

Semoga sang pahit tidak menghampirinya



Bintang Malam

Jadilah saksi kepada hatiku

Yang berusaha menawan hatinya yang tertutup itu



Bintang Malam

Jangan pernah kau hilang kerlipan itu

Kerna Aku tidak sanggup melihat Dia kesepian untuk kesekian kali


Friday, August 20, 2010

Enrique Iglesias - Somebody's Me



You, do you remember me?
Like I remember you?
Do you spend your life
Going back in your mind to that time?
Because I, I walk the streets alone
I hate being on my own
And everyone can see that I really fell
And I'm going through hell
Thinking about you with somebody else

Somebody wants you
Somebody needs you
Somebody dreams about you every single night
Somebody can't breathe without you, it's lonely
Somebody hopes that one day you will see
That Somebody's Me

How, How could we go wrong
It was so good and now it's gone
And I pray at night that our paths soon will cross
And what we had isn't lost
Cause you're always right here in my thoughts

Somebody wants you
Somebody needs you
Somebody dreams about you every single night
Somebody can't breathe without you, it's lonely
Somebody hopes that one day you will see
That Somebody's Me

You'll always be in my life
Even if I'm not in your life
Because you're in my memory
You, will you remember me
And before you set me free
Oh listen please

Somebody wants you
Somebody needs you
Somebody dreams about you every single night
Somebody can't breathe without you, it's lonely
Somebody hopes that one day you will see
That Somebody's Me

Fotograf - Luka Seribu Rindu


Api dah menjadi bara
Bara menjadi debu
Mawar indah nan setangkai
Layu dan berguguran

Begitulah ibarat cinta
Terjalin sementara
Madu tak sempatku rasa manisnya
Pahit barganti
Terpaksa ku telan jua

Aku bagaikan tawanan
Di dalam perang rindu
Asyik berganti derita
Cinta tak kesudahan

Mesranya tingkahmu
Disamping dirinya
Menambah luka di hatiku
Senyumanmu di samping orang ketiga
Bagaikan sembilu
Menusuk di hatiku

Hati ku sakit tak tertahan lagi
Kasih
Sudahnya begini
Cinta murni nan sejati
Kemanakah hala
Yang akan kubawa
Hati sarat luka seribu rindu
Dia yang menanti
Setiaku menunggu
Tapi kepadanya kau pergi

Jom hilangkan mengantuk !!


Gaya ala taichi sikit Tarik Nafas,Lepas dan Buang




Proses Regangan Bahu Kiri dan Kanan Kalau bran dah cukup level,boleh tiru mcm icon di atas




Ini ala-ala nak transform Kamen Rider





Gerakan Ke Kiri ke Kanan




Mengikut kreativiti masing-masing Kalau berani cubalah..he he he



Haa,ni petua hilang mengantuk yang dah
tahap lentoq. Try arr kalau rasa cambest.



Bila dah tepuk, apa lagi buat-buat ala Happy lah





Yang ni ala-ala "Tarian Pecah" cool nyer..wi wi wi



Hiyahhhhhh !!!!




round round round Yang ni pun boleh di praktikkan



tengok muka kat cermin

sambil goyang2.. lawa tak...sape kulit gelap jgn trase plak



akhir sekali

buat joget kucing...
Hemo Hemo Hemo

Kalau semua tak berjaya..
Rebahkan kepala dan tiru gaya seperti yang di praktik di bawah



Selamat mencuba..ekekeke

Tidurlah..

Di ketika entry ini di cipta, sudah cukup membuktikan bahawa Ambo masih belum mampu untuk melelapkan mata walau sekelumit pun. Ketika cerita ini di catit, berkemundang lagu Bulan..entah mengapa lagu tersebut sentiasa menimbulkan suatu perasaan yang sukar untuk Ambo meteraikan melalui penulisan walalupun kadang kala Ambo senang merungkainya melalui jari jemari Ambo yang petah berkata-kata,tap tap tap tap..sangat laju jari jemari itu bermain di atas keyboard Ambo yang sering menjadi peneman Ambo serta saksi kepada kehidupan Ambo semasa berdepan denganya.

Setiap bait lirik dari lagu-lagu tersebut mempunyai maksud yang amat mendalam bagi kehidupan lampau serta kehidupan yang Ambo lalui sekarang. Sepanjang penglibatan Ambo dalam bidang penulisan blog ini, belum pernah Ambo menceritakan kesengsaraan yang Ambo tanggunggi disebabkan menaruh harapan yang terlalu tinggi kepada 'bakal' peneman hati. Namun 'bakal' itu seperti biasa, pergi begitu sahaja meninggalkan Ambo terbujur di sini,..seolah sebuah boneka yang cantik tetapi tidak bernilai lansung di mata mereka. Ambo menangis sendirian tanpa teman sedangkan mereka pergi gembira bersama peneman hati baru mereka. Namun setiap kesedihan itu Ambo selitkan dengan senyuman agar Ambo mampu untuk teruskan kehidupan selaku seorang lelaki periang di mata setiap insan.

Bulan
kembalikan seri malamku
kembalikan kerinduanku
tunjukkan senyummu
bintang..
kau suluhi jalan hidupku
kau jangan hilangkan aku dari matamu
kau
kau bagaikan mimpi
hadir di malamku
menemani aku

Lirik ini mengingatkan Ambo kepada semangat Ambo untuk bangun dari kejatuhan dahulu kala. Pedih, sakit dan sengsara menjadi buah tangan kepada hati yang sememangnya rapuh kepada perasaan. Tertunduk menyembah bumi, erat mengengam tangan yang gengamannya semakin lemah, mata semakin kabur kerana linangan air mata yang di tahan agar tidak jatuh. Ambo tidak mendamba sebarang balasan di atas setiap kebaikan yang Ambo lakukan, Ambo jua tidak ingin mereka terhutang budi di atas semua itu. Ambo cuma ingin melihat orang yang Ambo kasihi dan sayangi itu gembira dan tenang. Tapi, balasan berupa penghinaan itu bukan sesuatu yang Ambo pinta.

GILA...

Satu-satunya ucapan penganti terima kasih untuk Ambo. Ambo menerimanya dengan senyuman walaupun jauh di sudut hati yang remuk ini, Ambo seperti mahu membenarkan linangan air mata mencurah membasahi pipi.

(^^,)

Peringatan kepada Kaum Hawa

Ambo ada terjumpa satu artikel ini dari email Ambo. Rasanya elok jika di kongsi bersama dengan pembaca sekalian sebagai peringatan kepada insan-insan tersayang. Mari kita sama-sama ikuti ceritera ini. Layaaan..

"kepada sumer kaum pempuan yang
memandu,benda ni betul2 mnakutkan..

benda ni betul2 terjadi kat penang..

korang ingat lagi x dgn kes Ms Canny
Ong yang dirogol dan dibunuh??

hmm..ader sorang pompuan ni berenti
dekat stesen gas "pay-at-the-pump" untuk
isi mnyak..sebaik saja dia siap isi
mnyak tu dan nak beredar,seorang pekerja
kat situ buat pngumuman yang kad kredit
pompuan ni ad problem sket..pekerja tu
suruh pompuan ni masuk ke dalam untuk
bayar..tapi pompuan ni confused la sbab
transaksi mnunjukkan yang pmbayaran kad
kredit dier diluluskan dan xder msalah
paper pon.. so pompuan tu bgtau la
pkerja tu dan dia pon bersedia nak
beredar ke kereta dia balik..tapi
pekerja tu tetap bertegas dan suruh dia
masuk dalam..pompuan tu pon decided
untuk masuk ke dalam...sebaik aje die
msuk kat dlam..dia mula marah kat pkerja
tu..

lalu pekerja tu suruh dia bertenang
dan bagitau hal sebenarnya...nk tau aper??

sbenarnya msa pompuan tu dok isi
mnyak,pkerja tu nampak ada laki
mnyelinap kat blakang keta pompuan tu
dan pkerja tu dah pon tepon polis..

pompuan tu pon apalagi,takut r..dia
pon try intai dan dia nampak pintu keta
dia terbuka dan laki tu kluar dari keta
dia..

hmm..ada laporan yg mngatakan yg skang
ni ada gang yang amik body part orang
pompuan..salah satu cara diorang adalah
dgn menyelinap masuk keta orag pompuan
masa pompuan tu tgh pump gas atau beli
brang kat kdai TGH2 MLAM!!

kemudian,diorang akan potong kaki
pompuan tu untuk mmudahkan diorang culik
dan bunuh pompuan tu..

satu cra lagi plak,diorang akan msuk
kedalam keta yg xder orang n x berkunci

kemudian culik pompuan tu dan bunuh
diorang..

korang pass la msg ni kat mna2 pompuan
yg korang knal..

bg org pompuan plak,be xtra careful n
kalo bley,jgn kuar sorang2 tghh malam..

lagi elok,x yah kuar langsung mlam2..

mesejnya:

1:selalu la kunci pintu keta wlaupun
korang rasa korang nk kuar jap jer..

2:check bwah keta waktu korang nak
balik ke keta lpas selesai urusan korang..

3:Always be aware of your surroundings
and other individuals in your general
vicinity, particularly at night!"

Dah habis baca? Apa pendapat kawan-kawan semua ? Takut kan..dunia yang kita duduk sekarang dah di huni pelbagai jenis manusia yang berhati kurang elok. Jadi untuk keselamatan masing-masing,sama-sama lah kita berpesan okey.

Thursday, August 19, 2010

Perlukah ada sebab untuk mencintai..

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami :

Ini dialog mereka


Isteri :Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami :Abang tidak boleh menerangkan sebabnya,namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri :Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya

Suami :Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!

Isteri :Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata "Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.

Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yangdisayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.Surat tersebut berbunyi begini :

"Sayang!Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati."

Wednesday, August 18, 2010

Entry sempena sahur

Mak aihh,melompat Ambo dari katil arini. Mane tidaknya,bila melihat jam sudah pukul 5.o5 pagi. Alamak dah lewat!! perkara pertama sekali Ambo buat, call dia suh bangun.Suara seksi ala-ala Ella tersembul dari mulut Ambo dek baru bangun, aikk!! suara orang disana pulak dah clear. Rupernyer dia dh bgun dari tido..ohh lega kjap..sowi,saya pulak yang bangun lewat. adoyaii!!

Ambo keluar ke bilik air dan terus mencuci muka dan gosok gigi.Siap jer, Ambo terus bergegas turun ke dapur, ambil pinggan, masukkan nasi,campur sayur,ambil daging 2,3 ketul dan DAMM!! Ambo duduk. Nyum nyum nyum!! memang tak hiraukan keadaan sekeliling. Dah siap makan dan minum barulah Ambo jalan berlenggang. Perot sudah kenyang, hati sudah senang. Tapikan,Ambo teringatkan camne orang di sana sahur. Cukup ke makan minum dia. ish ish ish..

Lepas jer sahur, laju jer Ambo naik kat atas ni dan terus online, tup tap tup tap, kejap datang Mami dan berkata "Ambil la wuduk,solat sunat dulu",upss!! terkedu Ambo.hahaha.Maka dengan tunggang langgang nyer Ambo siapkan entry ni dan terciptalah Entry Sempena Sahur ni..

p/s:-kalau rasa ayat tu sedikit berterabur,maaf dipinta yer..coz mata masih blingking lagi~~


(~0~)

Tuesday, August 17, 2010

Jika dan Harapan

Jika semalam saya memurungkan awak

diharap hari ini saya menceriakan awak

Jika semalam saya membuat awak rasa bersalah

diharap hari ini saya dapat memperbetulkan perasaan awak

jika semalam saya membuat bibir awak melengkung ke bawah

diharap hari ini saya mampu merubah lengkungan tu naik keatas

Maaf dipinta kepada awak jika saya membuatkan awak terasa bersalah..

Saya akan menjauhi perasaan emosi tu seperti yang awak nasihatkan pada saya


baca entri kucing kentot tu buat saya tersenyum leboooor~~~

Monday, August 16, 2010

Maafkan Saya

Maafkan saya jika kemunculan saya secara tiba-tiba untuk menagih kasih awak sangat tidak disenangi..

Saya tidak mampu menahan perasaan dalaman sehingga bertindak sedemikian rupa

Bila di imbas kembali, memang manis kenangan bila bersama awak,

senyuman dan gurauan kita sering menjadi penguat saya

walaupun kadang kala ia dalam diam menjadi benih persoalan

adakah dia menyukai saya

ohh~~ sungguh perasan Mamat Syaffeq ini.

walaupun perkenalan boleh dikatakan setahun jagung

namun entah mengapa perasaan itu terlalu membuak

nafsu?? tidak sama sekali

kerana setiap pandangan saya pada awak penuh dengan kasih sayang

tidak matang??
emm..malu untuk mengaku..dah tua pun tak matang2 lgi ke~~

awak..saya tidak mahu bebankan awak dengan karenah saya

Saya tidak pandai nak sembunyikan perasaan sendiri dari awak

Saya tidak pandai mengatur bait2 ayat untuk sedapkan hati awak

Saya cuma mampu menjadi diri saya yang ada pelbagai kekurangan..

Saya bukanlah seseorang yang pandai mengharap..

Saya cuma pandai berselindung di sebalik kegembiraan sendiri

Namun di sebalik tabir hati ni pelbagai persoalan wujud

adakah saya gila

maybe

awak

awak juga punya ketentuan hidup

mengapa perlu saya yang tentukan dengan memilih saya

sudah berkali-kali diberitahu hati awak belum terbuka

namun saya masih berdegil

atau

mungkin sifat saya yang tak faham-faham

tapi yang nyata dalam hati kecil saya ni

saya cuma pandai untuk terus

menyayangi awak

mengasihi awak

mencintai awak



maaf dipinta jika sekiranya luahan ni membuat awak bosan..

Kecelaruan Minda

Setiap hari yang Ambo lalui adakalanya diselitkan sesuatu yang manis dan adakalanya pahit.

Yang manis sering mengembirakan hati

namun bagaimana dengan yang pahit..

semua insan bergelar manusia tidak mahu sebarang perkara pahit di dalam diari hidup mereka

namun sudah begitu kehidupan di dunia

setiap insan akan merasa jelas kedua-dua perasaan tersebut

apa yang perlu kita buat

cuma menerimanya dengan penuh sifat rendah diri dan redha

teremo la plak petang2 ni,adoyai..

macam2 emosi dtang melanda

ada yang bagai badai

ada yang bagai angin ribut kencang

dan ada juga yang datang secara senyap..

Tapi Ambo selaku manusia biasa cuma mampu hal ini semoga berlalu dengan baik

Ambo ingin duduk dalam dunia Ambo sendiri

disamping orang-orang yang boleh mennerima Ambo

disamping orang-orang yang memahami Ambo



Sunday, August 15, 2010

Kamoo..

Hei Kamo~~

Terima Kasih sbb beri kesempatan kepada Ambo utk bergelak tawa bersama

Terima Kasih kepada Ambo sbb mmberi kenangan yang manis yg tak kn Ambo lupa sampai bila-bila

Terima Kasih kerana memberi Ambo peluang untuk mendekati kamoo..

Terima Kasih juga kerana kamoo menjadi kamoo yang sendiri..

Berbanyak-banyak terima kasih lah!!!

memang tak terkira ngan jari jemari Ambo ni (^^,)



p/s: Kalau burung fire ats jendela..jgn dimarah burung tu sbb burung mmg dari kecik berpegang pada falsafah ni "toilet is everywhere"..ekekeke~~

Saturday, August 14, 2010

Semoga Selamat Sampai

Pagi yang redup ini menimbulkan kerisauan Ambo buat seketika.

Apabila mendapat tahu beliau akan pulang ke rumah berseorangan.

Ambo percayakan kebolehan beliau.

Sudah tentu beliau akan berhati-hati,

Sudah tentu beliau mampu mengawal Si Hijau itu ngan baik,

tapi bagaimana dengan pemandu-pemandu lain yang pentingkan diri sendiri,

bagaimana jika beliau menjadi mangsa kepada pemandu-pemandu yang lalai

perlbagai persoalan bermain sekarang,

risau juga Ambo kat dia rupanya,

nak berlagak cool tapi cam hampeh jer cool Ambo tu,

pape pon

Ambo sabar menanti SMS dari beliau,

semoga Si Hijau itu berjaya membawa beliau balik ke rumah dengan selamat

buat yang terbaek yer Hijau~~

kalau beliau mengelar J*J**, Ambo gelar 'Hulk'..same2 ijau gak.

Monday, August 9, 2010

Awa..

Awan,

Cantik sungguh kewujudan kau,

Aku tersenyum sendirian melihat kau,

Kau penenang aku,



Angin,

Kenapa kau bawa pergi Awan itu,

Kenapa kau merubah bentuk Awan yang aku suka tengok,

Kenapa kau sanggup buat camtu,



Matahari,

kenapa buat Awan menangis,

Kau asyik sakitkan Awan dengan terjahan sinaran kau.

Tidakkah kau sedar yang Awan beri teduhan kepada aku.



Awan,

Ketika kau menangis,

Aku rasa kau lah teman paling hampir denganku,

Tangisan kau menjadi peneman esakan aku,



Angin,

Angin menjemput kau pergi untuk jauh dari panahan Matahari,

Supaya kau boleh memberi langit kepadaku,

agar kau dapat membuat aku senyum kembali,



Awan...

Friday, August 6, 2010

Adik Along

Malam -malam camni terase rajin la plak Ambo nak update blog yang dah macam2 sarang kuar. Ayat pon dh jadi cam ayat pasar. Penulisan kali ini Ambo nak citer pasal diri Ambo yg merindui seseorang di sana. Sudah lama tidak dapat menatap wajah beliau. Nak dengar beliau gelak pon tak dpt. Nak kacau beliau tido pon ssah skang ni. Dh konpem Ambo mmang rindu kat dia.

Malam sebelum keberangkatan Ambo ke KL, Ambo pernah menceritakan sesuatu kepada beliau. Ambo menceritakan cerita mimpi buruk Ambo yang Ambo rahsiakan dari ahli keluarga. Ambo menceritakan satu persatu kat Adik Ambo tu, dia senyap jer..sampailah satu ketika tu Ambo cakap kat dia,

"Baby..Along balik KL ni,Baby jaga diri molek deh, kalu ado budok buli Baby lagi, cpat bgtaw Along, biar Along gi tipah palo budok tu"
dia menjawab "emmm...".

"Baby..Along xdok kt umoh ni Baby blajar rajin deh,jgn malas..nnti kalu Along dngar Mama report Baby malas blajar,Along mrah Baby, faham??"
dia menjawab"emmm..."

"Baby...Keto kontrol hok Along beli tu jgn wak punoh deh,nnti Along tok sey beli doh ko Baby" dia menjawab "hoooo..."

"Baby..jaga diri molek deh, Along xdok kt umoh ni Baby jgn main koksir2 kat luar tu deh..nnti ado oghe culik,kalu oghe culik dio jual Baby kt tmpat lain, nnti Along tok leh jupo Baby doh,,Baby jga diri molek deh...Along syang Baby.."
dia senyap..dan terus memeluk Ambo lalu menangis...

Along sayang Baby











Thursday, August 5, 2010

Kelebihan Bersujud



"Dan sebahagian daripada malam, maka bangunlah SUJUD kepadaNya dengan menyucikanNya di sepanjang malam". ( Al-Insan : 26 )

Kadangkala mungkin kita akan merasa kurang selesa sekiranya imam sujud terlalu lama, tetapi tahukah kita bahawa disana ada rahsia 1000 hikmah yang tersembunyi dari sujud yang sering kita lakukan.


Begitu juga perlu kita sedar bahawa tidak ada sesuatu pun ciptaan dan suruhan Allah itu sia-sia malahan setiap ciptaan Allah itu mempunyai kelebihan-kelebihan yang selalunya tidak terjangkal oleh akal manusia. Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk :


  • Sujud fizikal sepertimana ketika bersolat.
  • Sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah dan menjauhi larangannya. Apa yang ditekankan disini adalah sujud fizikal.

Ulamak mengatakan sujud ketika solat adalah waktu yang paling hampir antara kita dengan Allah S.W.T iaitu dengan mengalakkan kita bersujud lama. Dari segi ilmu perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migraine,menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran seterusnya menguatkan mentaliti kita. Menurut DR. MOHD OSMAN NASIR, hikmah sujud antara lain ialah:


1) Melegakan sistem pernafasan (relieved congestion for breathing).

2) Mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.

3) Bernafas ketika sujud akan:

  • Membetulkan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
  • Membetulkan pundi peranakkan yang jatuh (prolapsed uterus / fallenbandwomb)
  • Melegakan sakit hernia.
  • Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
  • Melegakan bahagian paru-paru dari ketegangan (high parts of the lung)
  • Mengurangkan kesakitan pada pesakit APPENDIKS @SPLEEN (limpa)
  • Kedudukan sujud paling baik untuk berehat dan mengimbang lingkungan bahagian belakang tubuh.
  • Meringankan bahagian PELVIS
  • Memberi dorongan untuk mudah tidur.
  • Mengerakkan otot bahu, dada, leher, perut, punggung ketika akan sujud dan bangun darinya.
  • Gerakan otot-otot itu menjadikannya (otot) lebih kuat dan elastik, secara otomatik
  • memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik (smooth blood circulation).
  • Bagi wanita, gerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk
  • menyusukan bayi dan terhindar dari sakit buah dada.
  • Mengurangkan kegemukan (obesity).
  • Gerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar dari sakit bergelombang perut convulsions).
  • Otak manusia (organ terpenting) menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
  • Kesan psikologi adalah dengan merasa rendah diri di hadapan Pencipta, sifat sombong, riak, takabur dapat dikikiskan.
  • Mengelakkan pendarahan otak jika kita tiba-tiba menerima pompa darah ke otak secara kuat dan mengejut terhindarlah penyakit seperti APOPLEXIA RUPTURE OF BLOOD VESSELS DAN ARTE IOSECLEROSIS OF CEREBRUM.
  • Kesan sujud seperti yang diakui fahaman agama lain umpama SIKH di PUNJAB, BUDDHA mengamalkan YOGA yang sujudnya hampir sama dengan cara sujud Islam.


Ride Ke Kuala Sepetang

Bermula dengan plan untuk ride ke Pantai Teluk Kemang Port Dickson, akan tetapi disebabkan beberapa faktor yang tidak boleh di elakkan ride tersebut berakhir kepada penyertaan Ambo dalam ride ke Kuala Sepetang,Perak. Tujuan utama ride ini adalah tidak lain dan tidak bukan untuk menjamah hidangan mee udang yang dikatakan agak terkenal di sana.

Penulisan kali ini akan menceritakan perjalanan kumpulan ride kami bermula dari Kuala Lumpur hingga ke Perak yang sejauh 281km dan mengambil masa lebih kurang 3 hingga 4 jam untuk tiba ke destinasi. Ambo menyertai kumpulan ride yang pertama di RnR Rawang. Sebelum tiba di RnR Rawang, Ambo sudah beberapa kali sesat hingga ke Kuala Selangor. Alhamdullillah, terdapat rakan ride yang sudi untuk menunjuk jalan kepada kami, yang pada ketika itu turut meyertai ride ini adalah sebuah Perodua MyVi.



Meroket(pecut) aje dorang ni

tiba di checkpoint seterusnya

Pada jam 11.30 pagi, kami meneruskan perjalanan menuju ke RnR Tapah,kerana di sana satu lagi kumpulan ride turut menunggu kami. Setibanya disana, kami berhenti berehat dan bersalaman sebagai tanda perkenalan. Ride diteruskan ke tempat perjumpaan yang seterusnya. Ambo lupa nama RnR yang seterusnya kerana tiada sebarang catitan yang di lakukan oleh Ambo sepanjang perjalanan tersebut.


Ride diteruskan ke checkpoint seterusnya


Dari kiri Kawasaki ER6-N, Yamaha FZ150i dan Honda CBR 150


berkumpul untuk menunggu ahli ride yg lain

Perjalanan ride berjalan lancar sepanjang lebuhraya utara-selatan. Kami berhenti rehat serta menunaikan solat di sebuah RnR yang Ambo sendiri sudah lupa namanya. Disana satu lagi group ride akan berkumpul. Semasa perjalanan ride, kami turut terserempak dengan kumpulan ride yang lain. Skuter, Superbike dan pelbagai jenis kenderaan beroda dua lagi. Sebagai tanda hormat, kami sekadar mengangkat tangan sahaja kerana kesuntukan masa untuk berhenti dan bertegur sapa.

Linkungan jam 3 ke 4 petang, kami tiba ke destinasi. Hidangan di pesan dengan kadar segera kerana kami datang dari Kuala Lumpur dengan perut kosong. Dimeja hidangan kami berborak sambil bertukar pendapat dan memperkenalkan diri masing-masing, Ambo tidak ketinggalan untuk merakam detik-detik ini yang sungguh manis untuk Ambo kenang.

Ambo yang ketika itu sedang kekeringan dari segi belanjawan amat terkejut dengan harga semangkuk mee udang itu. Tergamam dan tersenyum comel begitu. Setelah habis menjamu mee udang, kami bersiap sedia untuk ke bandar taiping. Jalan-jalan pusing bandar Taiping. Ambo memerhati keadaan setempat, penuh dengan bangunan bersejarah. Setelah puas pusing-pusing bandar taiping, kami berehat sebentar di kedai untuk minum bagi membasahkan tekak.


tengok harga mee udang spesel tu,meleleh air mata Ambo nengoknyer..



Besar tak udang tu,ni first time Ambo jumpa udang besar camni

Menjamu selera dengan begitu asyik sekali kalian ini semua,kebulur la katakan




haaa,Abg ni balun sampai 2 mangkuk


Berehat sebentar

Jam 6 petang, kumpulan ride sudah bersiap untuk bertolak balik ke Kuala Lumpur. Setelah menunaikan kewajipan di sebuah RnR yang tidak jauh dari bandar Taiping. Kumpulan ride terus memecut jentera masing-masing. Malam hari memang sesuai untuk memecut berikutan suhu yang rendah sekaligus mengurangkan risiko kerosakan enjin dan tayar. Ambo tiba di Kuala Lumpur pada jam 12 tengah malam.


berkumpul untuk bertolak balik ke Kuala Lumpur



Berehat sebentar,letih setelah sehari suntuk meroket.

Pengalaman tersebut meninggalkan pelbagai kenangan kepada Ambo. Secara tidak lansung Ambo boleh merapatkan ukhwah di antara para rider yang lain. Terima Kasih kepada Ben Alem kerana mengajak Ambo untuk turut sama menyertai ride itu di saat akhir. Terima Kasih juga kepada warga Belangrians yang lain serta semua yang menyertai ride tersebut, Nais, Ayie, Hasbul, Abe, Dani, dan Pak Arshad semua yang lain. Maaf,nama tidak sempat hafal,next meet InsyaAllah Ambo ingat.

Awak..

Awak..
Sedih itu adalah permainan perasaan,
tidak salah untuk melayan perasaan itu,
namun jangan seksa diri Awak hanya kerana perasaan sedemikian,

Awak..Saya cuma insan yang memandang dari luar,
Saya tidak tahu apa yang bermain dalam taman hati Awak,
Namun melalui apa yang diluahkan melalui penulisan itu,
Saya dapat bayangkan penderitaan hati dan perasaan yang di tanggung sebelum ini,
Sangat-sangat menyakitkan.

Awak..Sekalipun dunia ini seumpama tidak adil untuk Awak,
Namun tanamlah satu kesedaran yang Awak sedang diduga,
Diduga oleh Pencipta Awak.

Awak..
Jika menangis,menangislah kerana-Nya,
jangan Awak gugurkan air mata itu untuk hal-hal yang tidak sepatutnya,
Awak harus gagah, mesti mahu kuat, mesti mahu yakin,Awak harus berpijak di dunia sendiri.

Awak..
berusahalah untuk meningalkan rona hitam itu jauh sejauh jauhnya,
berhentilah bersedih, berhentilah menangis, berhenti semampu mungkin,
dongak ke langit dan gengam tangan Awak lalu berkata,
Aku adalah Aku,
Aku ada duniaku sendiri,
Aku adalah milik sesiapa yang memilikiku,

Awak..Ukirlah senyuman di wajah comel tu,
kerana senyuman adalah penawar seribu duka.

Senyumlah Awak