Thursday, September 16, 2010

Keunikan Kaum Lelaki..

Share
Jika melihat kepada adat sensasi di ketika ini, banyak terdapat artikel serta entri tentang info dalam mengajar kaum Adam untuk memahami kaum Hawa. Itu adalah tugas paling mencabar. Ambo sendiri akui. Namun sifat serta sikap kaum Hawa yang sering disamaertikan dengan Hipokrit sering menjadi tanggapan yang mudah oleh sesetengah kaum Adam yang kurang bijak dalam menghakimi kaum Hawa. Ambo tidak berpihak pada mana-mana jantina, bukan menegak benang yang basah, serta bukan juga untuk menjatuhkan martabat kedua-dua jantina. Ambo jua seorang lelaki yang turut menyimpan hati pada golongan wanita. Artikel kali ini, Ambo rasa elok kalau kita sama-sama jadikan panduan masing-masing terutama sekali kaum Hawa. Cubalah belajar memahami kaum Adam pulak yer. Jom sama-sama kita godek info yang mungkin best untuk dikomen, di kutuk,di baca dan macam-macam lagi. Selamat semua!!

Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin).


Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.


Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.


Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.


Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita…


Lelaki memang dilahirkan dgn perasaan yg kuat terhadap wanita..sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool.


Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama!


Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.


Bila lelaki cakap..”Emm. tengoklah dulu”..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.


Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya..


Kebanyakan lelaki yang nampak ‘desperate’, datang dari sekolah all boys....


Adalah biasa bagi seorang lelaki untuk cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.


Lelaki tidak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata-mata. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan..dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini…


Kadang-kadang lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.


Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan ‘flirting’ dengan ramai wanita..dia tetap hanya ada seorang teman wanita yang istimewa…yang lain hanya kawan.. Very Happy


Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari…maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak sengaja….Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah!


Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.


Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti…


Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.


Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.


Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan!

Syaffeq ZainGambar interprem semata-mata, cadangan hiasan semata-mata

8 comments:

Lia3003 said...

erm, nice info.. ni dari pengalaman sendiri eh! saya suka baca.. next time cerita sal lelaki kena romantik ke.. or bila keluar dating, laki ke perempuan yang kena keluar duit.. saya betul2 nak tau pandangan lelaki pasal ni. if dah buat, inform saya k.. tatatatata.

Sang SyaffeQ said...

Secara jujurnya idea ni di ambil dari satu sumber tapi di olah dan berlaku sedikit penambahan bersesuaian ngan pengalaman penulis. boleh juga dikatakan setiap apa yang di kongsi di sini adalah 99.99% dari hasil pengalaman penulis a.k.a sya sendri :)

idea Liyana tu akan saya pergunakan untuk entri seterusnya!! thanks coz bagi idea bernas tu :)

pemanas cerita said...

"Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang."
aku setuju tu.walaupun x tunjuk depan orang, tapi lelaki biasanya lebih teruk kecewa banding perempuan.buktinya lebih ramai lelaki bunuh diri bila putus cinta.
...gaya je macho

Sang SyaffeQ said...

yup!! ini pun aku stuju gak,manelh nk tunjuk,simpan sndri2 sudah.

tpi itula..ramai yg bt benda yg tak sepatutnya tu.uhuuu~~

bandingkn lagu pon da ckup,klau love song dari laki2 rasenyer lgi menyentuh perasaan..adekah itu benar??OMG.

Sharifah ZaaRa Sophea Hayat said...

Teringat kisah cinta Nabi Muhammad s.a.w kepada seorang wanita sebalum baginda bernikah dengan saidatina Khadijah binti Khuawalid

Kisah baginda dan Saidatina Khadijah
Kisah baginda dan Saidatina Aisyah

Memang benar lelaki itu unik

Sang SyaffeQ said...

terima kasih Ani :)

belum pernah tahu tentang hal percintaan Baginda Rasullullah. Adakah ia satu percintaan selepas perkahwinan atau sebaliknya ?

boleh x kongsi info ni kat entri Ani yg seterusnya?

Sharifah ZaaRa Sophea Hayat said...

insya Allah...Rasulullah pernah cinta seorang wanita pada zaman jahiliyyah dan telah meminangnya,namun bukan jodoh mereka, kemudian meminangnya lagi setelah wanita itu memeluk Islam namun setelah wanita tersebut menjadi balu..tetapi pinangan ditolak atas sebab2 tertentu
kisah bersama khadijah dan aisyah sangat menarik
cinta baginda pada para isterinya sgt menyentuh hati

Sang SyaffeQ said...

sangat menarik entri Ani yg mnceritakn akan kisah baginda Rasullullah S.A.W yg meminang Ummu Hani sbnyk 2 kali disebabkn perasaan baginda pada Ummu Hani.