Thursday, December 16, 2010

Orang Tua Yang Asyik Nak Cepat jer

Share
Pagi tadi semasa sedang aku asyik menunggu nasi bungkusku siap untuk di bungkus, lantas datang seorang Packik Tua memandu masuk ke kawasan kedai makan tersebut, mata aku lantas memandang setiap gerak geri Pakcik itu. Sebab aku ni pantang tengok orang tua, biasalah nak belajar adat-adat hidup ni kena banyak tengok gerak-geri dari orang yang dah lama makan garam ni. Semasa memparking kereta beliau, Pakcik Tua ni sedar yang dia menghalang laluan keluar masuk jalan rumah orang. Jadi dengan segera dia mengalihkan kenderaannya itu ke tepi. Dengan berpakaian baju melayu, berkain pelikat lusuh dan berkopiah kekuningan dia memberi salam serta menegur tuan kedai tu. Pagi-pagi lagi dia dah mensedekahkan senyuman kepada semua yang ada di kedai. Lebih dari tu, dia memberi sedikit buah tangan kepada tuan kedai.

Kemudian, selang beberapa ketika selepas itu, datang pula seorang Pakcik Tua menaiki Van. Dengan laju dia mem'parking' kereta beliau dan menghalang laluan keluar masuk. Semua mata yang berada di kedai pada ketika itu memandang Pakcik Tua yang baru saja turun dari Van buruk beliau. Dengan berpakain yang sangat selekeh yang mencapai tahap pemakaian ntah pape, Beliau datang kepada tuan kedai dengan keadaan termengah-mengah terus memesan.. "Wak mari 4 bungkus nasi,derah skit ambo lorat nih(tolong bungkus nasi 4 bungkus,cepat sikit aku nak cepat)" Tuan kedai tanpa berkata apa-apa terus membungkus nasi Pakcik ini.Saya namakan beliau dgn Pakcik B.

Walaupun Pakcik B ni datang lewat namun tuan kedai terpaksa menyiapkan nasi beliau terlebih dahulu. Dengan pantas, Pakcik B ni melemparkan duit bernilai RM6 kepada tuan kedai seraya berkata "ambik pitih ni (ambil duit ni)". Aku dapat sedari ramai pelanggan yang kurang selesa dengan apa yang berlaku di depan mata mereka,begitu juga aku,..berasap gak..Tanpa berkata panjang, Pakcik B ni terus berlalu begitu sahaja tanpa sebarang lafaz jual beli. Lalu tuan kedai bersuara.."Ambo beraso dio ni lamo doh duk beli sini,dio dok tahu nasi loni rego RM 2 sebungkus?"

Lantas mulut aku terngaga comel...

Ada gak orang tua camni..lansung tak boleh di buat contoh walau sikit pon. Aku boleh cakap yang perangai Pakcik memang tak secomel ngaga aku tadi..sape sokong??


No comments: