Friday, November 27, 2009

Keburukan Merokok Kepada Orang Lain

Share

Sekiranya seseorang lelaki merokok lebih daripada 20 batang rokok sehari di rumah, maka risiko isteri dan ahli keluarganya yang lain untuk mendapat kanser adalah dua kali ganda. Aras nikotin, karbon monoksida dan bahan kimia lain dalam darah mereka lebih tinggi daripada aras normal.


Pesakit asma mudah mengalami sesak nafas apabila terdedah pada asap rokok sekian lama. Ini adalah kerana bahan kimia dalam asap rokok merangsang salur pernafasan dan lantas boleh mencetus serangan asma. Mereka yang merasa sakit dada mungkin kerana angina lebih mudah mendapat serangan sakit jantung jika berada di tempat yang penuh dengan asap rokok. Karbon monoksida dalam rokok mengurangkan oksigen dalam darah, jesteru menyebabkan sakit jantung.


Kanak-kanak lebih mudah mendapat demam selsema, batuk, bronkitis, pneumonia dan masalah pernafasan lain. Mereka juga terdedah kepada penyakit meningitis dan penyakit jantung kongenital sekiranya tabiat merokok tidak dibendung dari awal.

No comments: