Tahun Baru sudah berkunjung tiba.Di Malaysia,tahun masihi di sambut penuh gemilang dan meriah tidak seperti tahun baru Islam dimana rata-rata penduduk di Malaysia merupakan penganut Islam. Pelbagai aktiviti yang menjurus kepada maksiat di anggap perkara biasa.
Setiap insan mahu menanam azam baru,namun adakah mereka mampu mendisiplinkan diri mereka untuk terus mengangkat azam mereka? Mampukah mereka melaksanakan azam mereka? Adakah azam mereka menuju kepada kebaikan dan peningkatan kendiri? atau ia hanya sekadar kata-kata kosong untuk menunjukkan bahawa mereka sebenarnya ingin berubah atau kata lain..menunjuk-nunjuk. Sekiranya mereka serius dalam hal seperti ini, mengapa tidak membuat azam pada tahun hijrah? Atau pengertian itu hanya setakat tahun haji sahaja.
Arus globalisasi kini kian memberi impak yang menjurus kepada kehancuran generasi zaman sekarang. Hingga adab agama juga tiada sempadan, yang jahil dianggap moden,yang soleh dianggap kuno. Salah siapa sebenarnya? Jangan salahkan satu pihak sahaja,kerana untuk menjadi kuat kita harus bersama-sama memperbaiki kelemahan. Generasi muda pada masa kini adalah generasi pembela,pemimpin dan pembangun kaum serta negara kita.
Jadi,saya tanya pembaca-pembaca semua..mahukah anda berubah sepenuhnya untuk diri sendiri? Mahukah anda menjadi sentiasa ke depan dalam setiap perkara yang anda lakukan? Adakah tahun baru masihi ini akan memberi nafas baru kepada anda sekiranya anda sendiri tidak berusaha mengubahnya.
Renungkanlah..
No comments:
Post a Comment