Keluarga adalah merupakan struktur asas bagi keseluruhan sistem sosial dan kebudayaan di dalam Islam. Ia adalah merupakan satu institusi yang menjamin kestabilan sosial dan kebudayaan masyarakat keseluruhannya. Ia mengekalkan kehidupan manusia dan kebudayaan, meneruskan peranan manusia sebagai khalifah Allah di atas muka bumi ini bergantung kepada berkesannya jentera yang menjamin pembiakan umat manusia.
Saban hari kita melihat institusi kekeluargaan menjadi makin porak peranda. Yang terbaru kisah bekas Menteri Kesihatan Malaysia yang terpaksa menelan kepahitan akibat perbuatan zinanya yang menyebabkan seluruh keluarganya menerima tamparan yang cukup hebat. Semua agama tidak membenarkan 'sex before mariage'. Apakah lagi Islam yang syumul mewajibkan hukuman yang setimpal kepada penzina ini bagi menjaga institusi kekeluargaan.
Di dalam konteks masyarakat pula, negara dikejutkan dengan kehilangan adik Sharlini, rentetan kepada kisah adik Nurin Jazlin yang masih tidak berkesudahan. Dari aspek kekeluargaan yang diterbitkan melalui institusi kemasyarakatan, rakyat negara ini sudah terhakis nilai 'sikap ambil tahu' yang membawa kepada kepunahan kepada masyarakat itu sendiri.
Fungsi kekeluargaan tidak dapat sempurna tanpa adanya pendidikan, pembentukan keperibadian, pembinaan nilai dan pengarahan ke arah ciri ciri keagamaan dan kebudayaan. Tidak ada institusi atau kumpulan institusi institusi lain yang dapat mengambil alih peranan ini daripada institusi keluarga secara menyeluruh. Ini adalah kerana peranan yang dimainkan oleh institusi keluarga adalah merangkumi dan berterusan. la diasaskan kepada rasa tanggungjawab di kalangan setiap ahli keluarga.
Sebab itulah kita dituntut untuk mengembalikan semula nilai kekeluargaan ini bagi membawa kehidupan seharian mengikut fitrah yang telah ditetapkan olehe Pencipta manusia itu sendiri, Allah s.w.t. Jikalau kita menkaji sirah Rasulullah itu sendiri, Baginda dilahirkan dari sebuah masyarakat yang tebal dengan fahaman asbiyyah (kekeluargaan) kerana peranan keluarga sangat penting untuk menyebarkan dakwah itu sendiri.
"Hai orang orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu daripada apt neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu.." (Al Tahrim: 6)
"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikan kami imam bagi orang orang yang bertaqwa." (Al Furqan: 74)
"Ya Tuhan kami, jadikanlah aku dan anak cucuku orang orang yang tetap mendirikan salat, ya Tuhan kami, perkenankanlah do'a ku. Ya Tuhan kami, beri ampunlah aku dan kedua ibu bapaku dan sekalian orang orang mu'min pada hari hisab." (Ibrahim: 40-41)
No comments:
Post a Comment