Monday, February 15, 2010

Keistimewaan Anak- Anak

Share
Sejak kebelakangan ni semakin menjadi-jadi masalah buang anak, Ambo sayu melihat apabila kes-kes seperti ini sering menjadi muka depan surat khabar harian..Kenapa manusia sekarang mempunyai hati sedemikian? Kenapa? Kenapa? Tidakkah mereka sedar kehadiran anak itu adalah seperti rezeki serta rahmat dari ALLAH kepada hamba-Nya. Kenapa mereka tidak ingat kepada ALLAH sebelum melakukan perbuatan terkutuk suatu ketika dulu, kenapa mereka sia-siakan pemberian dari-Nya. Ambo merasa terlalu sedih. Si jantan ni pun satu, bukankah tugas kamu melindungi dan memimpin kaum Hawa, tapi kenapa kamu membawa mereka kepada jalan-jalan gelap. Jantan ini memang SIAL. Ambo malu dengan kaum Ambo sendiri. Jangan jadi JANTAN BODOH!!! Kita kaum yang tertinggi, jangan jatuhkan taraf kita macam ni,malu la sikit,sedar la sikit.

Di sini, ingin Ambo kongsi bersama kawan-kawan semua tentang suatu artikel yang Ambo ketika surfing internet tadi, semoga kawan-kawan semua mendapat informasi yang berguna.

" Keistimewaan yang bakal diperoleh apabila anak-anak anda boleh digelar kanak-kanak atau kupu-kupu syurga. Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya. Ciumlah anakmu kerana pahala setiup ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak. Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak. Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama. Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya. Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata; "Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium." Sabda Nabi SAW; "Orang yang tidak menyayang tidak pula akan disayang." Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail. Seorang lelaki bertanya; "Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti?" Jawab baginda; "Berbaktilah kepada ibu bapamu." Kata lelaki itu lagi; "Ibu bapaku sudah tiada lagi." Sabda Nabi SAW; "Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu." Wallahualam bissawab. "

Tidakkah anda mahu melihat anak-anakmu membesar dan membalas jasamu suatu ketika nanti..

Tidakkah anda mahu melihat cucu kamu memanggil Tok.. Nek..

Sayangilah dan kasihilah anak-anak Anda sebaik yang mungkin, didik lah mereka dengan ilmu yang akan memimpin mereka ke jalan yang lurus.


20 comments:

Nadiene said...

kepala otak xde sape yg buang anak...

orang yg dah kawen tu sanggup habis beribu semate nak wat anak,, hmmm

kak gojes said...

yang buang anak bakar anak tu...bahlol...mudah2an dorg tak leh beranak lagik!

PrinCe_TopEx said...

nice entryyy brooo..truzkn...

Cikgu Khairul Arif said...

orang buang anak ni pikir sronok je..lepas tu,tak pikir ape nak jadi..t.t.jgn salahkan ibu mengandung(eh..betul ke ni?)


p/s:menerjah!!

1tomyam said...

salam entah setan jenis apa lah yg merespa dalm tubuh manusia yg sanggup bakar anak tu...adulah

aku Zaty said...

manusia skrg lagi zalim berbanding manusia zmn jahilliah dulu..
haih..
yg kesian nye kat baby2 tuh..
T_____T

Sang SyaffeQ said...

fiD:

itulah.mereka sanggop berhabis demi seorang anak..

namun manusia yg merajakan nafu tu cuma taw buang aje..!!

Sang SyaffeQ said...

eryati:

kerana di dorong perasaan takut,mereka tidak mampu lagi untul berfikiran waras seperti manusia normal..

Sang SyaffeQ said...

prince topex:

thanX,,akan diteruskan :)

Sang SyaffeQ said...

kouru ichibuna:

tu salah JANTAN x guna gak tu,,

p/s:terjahan anda telah berjaya arr Bro!!

Sang SyaffeQ said...

1tomyam:

setan jenis suka buang anak kot..

Sang SyaffeQ said...

aku zaty:

:),manusia akhir zaman la katakan..

author faethal said...

Alhamdulillah SyaffeQ,
Satu info yang sangat baik untuk renungan...
Jikalau boleh,sumber hadis dapat disertakan sekali..
Terima kasih.

Azam Shah said...

geram bile dengar kes buang anak..
latest ni bako anak lak..
keji tol manusia yg buat tuh..

Sang SyaffeQ said...

author faethal:

Terima kasih atas teguran/cadangan tersebut,akan diguna pakai pada masa akan datang :)

Alhamdullillah,berguna juga entri kali ni nak bagi informasi kepada kawan-kawan yang lain.:)

Sang SyaffeQ said...

Azam shah:

nak cakap manusia berhati binatang..binatang pun tahu kasihi anak dorang..

ntahla nk pnggil ape orng camni..sedih sngat~~

itula..umat akhir zaman camnila..

Fadzli said...

apabila akal dikalahkan oleh nafsu menyebabkan diorang tak dapat membezakan yang betul dan salah..... syaitan semakin akhir zaman semakin berkuasa dalam menyesatkan kita..

Sang SyaffeQ said...

Umar akhir zaman la katakan ..

ummizarra said...

taw buat anak tapi dok humban ntah mne2.. sian budak yg xberdosa tuh... bak mai ank tu kasi jaga lg baguih...

Sang SyaffeQ said...

Lovillea :

buat anak ngan cara tak sah mmg camni la jadinya..x sanggup nak tanggung malu,ambil nyawa anak pon jadila..begitulah fikiran mereka2 ini ..

di harap kepada blogger lain blh mndapat ikhtibar dari semua ni..