Wednesday, December 15, 2010

Kursus Kahwin Saya Berjaya

Share

Alhamdullillah, saya sudah selesai menghadiri kursus perkahwinan yang berlansung pada 14 & 15 bulan 12 di mana ia dilansungkan di Dewan peladang Inn, Machang Kelantan. Banyak yang di ajari serta dipelajari sempena kursus tersebut. Semuanya mengenai persiapan menghadapi alam rumahtangga dan cara-cara untuk membentuk keluarga yang baik.

Sudah semestinya langkah ini mendatangkan banyak faedah kepada bakal suami isteri yang akan mendirikan rumahtangga. Informasi yang di salurkan sekaligus membantu mereka-mereka yang kurang arif dalam hal rumahtangga seperti saya untuk menyiapkan diri masing-masing agar bersedia untuk menempuh dunia berkeluarga kelak.

Terima kasih jua di ucapkan kepada tunang saya yang sering mengingatkan saya untuk menjalani kursus tersebut, kerana jika mengharapkan saya untuk pergi sudah tentu bermacam jenis alasan saya keluarkan untuk menangguh perkara yang baik seperti ini.

Terima kasih jua kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program seumpama ini. Di harap program ini dapat melahirkan keluarga yang bahagia serta mendapat ketenangan dari Allah S.W.T untuk dijadikan role model kepada mereka yang sepatutnya.

2 comments:

Lia3003 said...

rugi saya tak amik kursus kawin masa zaman U dulu.. =(

miss lolly a.k.a luvfareda said...

Hohaaaaaaai dah tunang ke ?

Eh tak tahu p0m. Oo tak bagitahu eh ? OO pkara baik tak bt0w nih haip.

kawen t jemput taw :)