Monday, June 7, 2010

Jelaskan lah perasaanmu..


Setiap insan punyai perasaan untuk menyayangi dan di sayangi, sebegiitu juga dgn Ambo selaku seorang manusia biasa bernama lelaki yang tak lari ketidaksempurnaan. Coretan kali ini, Ambo ingin luahkan perasaan ambo dalam penulisan ni. Perasaan pada seorang insan yang Ambo kenal hanya melalui alam maya namun jatuh ke hati hanya pada pandangan yang pertama Ambo kepada insan tersebut. Perasaan yang telah lama Ambo simpan tu kembali berputik setelah terlihatkan akan beliau. Usaha Ambo untuk cuba jauhkn diri dari insan itu ternyata gagal. Ambo akui, Ambo sangat meminati beliau. Entah mengapa dan kenapa,itu masih lagi menjadi tanda tanya kepada segala persoalan di benak fikiran Ambo.

Kenapa Ambo meminati dia

Kenapa Ambo menyukai dia


Ambo beranikan diri untuk meluahkan perasaan Ambo, namun insan tersebut hanya memberi 'clue' sahaja yg sehingga luahan ini ditulis masih belum ketemui jawapannya. Ambo yakin dengan perasaan Ambo dan begitu juga disebaliknya terhadap insan tersebut. Tapi mengapa Ambo tidak berani untuk hadapinya..apa yang menghalang untuk maju selangkah untuk memenangi hati n sanubari insan tersebut. Andaian Ambo senang sahaja...

Adakah dia sudah berpunya..

Adakah Ambo hanya 'syok' sendiri...

Adakah Ambo yang keterlaluan dalam mengenalinya..

Adakah Ambo insan yg sesuai untuk diri beliau..

Semua ini sering menjadi penghalang untuk Ambo menghampiri beliau. Ambo akui bahawa insan itu sememangnya punyai ramai peminat dan mgkin Ambo cuma sorang kerdil yang terselit di celahan kelompok peminat tersebut. Ambo harus sedar akan situasi itu.

Ambo dapati insan ini adalah yg teristimewa untuk Ambo. Sorang yang mmpu mmbuat Ambo tersenyum keseorangan. Sorang yang mmpu buat hari2 Ambo bersinar kembali. Sorang yg mmpu mmbuat Ambo gelak. Sorang yg mmpu utk mmbuatkn Ambo tercuit hati dgan gelagatnya. Sorang yg tahu asal usulnya.

Ambo cuma ingin menjadi satu dari sejuta dalam hidupnya.