Friday, January 29, 2010

Tenyeh Saya

Wednesday, January 27, 2010

Ambo Marah!!!

Setibanya Ambo kat ofis, selepas parking moto dan kunci elok-elok moto tu, datanglah sorang pakcik ni, Ambo tak kenal pon, cuma Ambo blh senyum dan angguk2 skit. Camtu la cara Ambo nak bertegur sapa ngan orang yang Ambo tak kenal. Seperti biasa Ambo taw, senyuman murah Ambo kompen tak berbalas..cisss..

Pakcik ni dtng dekat ngan moto Ambo..ditilik2 moto Ambo..skali dia buat gaya cam ngah pegang handle moto..apekes pakcik ni *dalam hati Ambo berkata..tiba-tiba keluar satu ayat yang paling Ambo tak suka dan paling Ambo benci.."REMPIT"kah..snyuman yg terukir kt muka Amb masa tu Ambo tarik balik ngan muka masam mencuka..xde da muka chomel,muka monster plak!!! Dlam hati, nak jer Ambo hentak kepala pakcik ni ngan helmet..

Ambo bkan Mat Rempit jahanam tu, Ambo cuma sorang penunggang yg sukakan jentera beroda dua ni..tapi kenapa pandangn masyarakt umum akan lihat Ambo sbgai "Mat Rempit"..Ambo sangat benci!! Ambo tahu mcm mna kehidupan Mat Rempit. Ambo sndri pernah bergaul dgn golongn ni, tpi kesedaran Ambo mengembalikan Ambo ke landasan yg betul..bohsia,dadah,gengster..itu semua perkara biasa bgi dorang. Ambo tak nak termasuk dalam golongan tu. Itulah sebabnya,Ambo sangat2 marah kalau masyarakat umum samakan Ambo ngan Mat Rempit.

Ambo bukan Mat Rempit okeeeeyyy!!!!!!!! faham tak pakcik???? DAMN!

Perasaanku Tentang Perasaanku...

hai cinta dengarkanlah..
aku ingin bicara.
tentang aku dan kamu..
tentang cintaku padamu

aku memang laki laki..
yang pernah mencintai
seribu wanita dan misterinya..
tapi sekarang begitu berbeda
bersamamu aku merasakan cinta yang lain

BERSAMAMU..
KURASAKAN CINTA..A..
BERSAMAMU..
KUMERASA RINDU..U..
BERSAMAMU..KU BISAJATUH HATI..
BERSAMAMU..KURASAKAN SESUATU
YANG TAK PERNAH KURASAKAN ...SEBELUMNYA...

ini hanya teriakan perasaanku..
tentang perasaan ku kepada dirimu
yang semakin hari semakin menjadi jadi
hatiku sudah memilih kamu menjadi

separuh nafasku dan separuh jiwaku..
kamu menjadi bagian hidupku..

aku memang laki laki..
yang pernah mencintai
seribu wanita dan misterinya..
tapi sekarang begitu berbeda
bersamamu aku merasakan cinta yang lain

Tuesday, January 26, 2010

(~~,) Lu Kena Beb (~~,)

Masa ngah lunch sorang-sorang tadi, tetiba Ambo terimbas kembali kisah zaman muda2 Ambo masa Diploma kat UiTM Dungun dulu,Ambo nak cerita kat kawan-kawan pasal prank call yang Ambo plan bersama sahabat Ambo terhadap junior Ambo..hehe.Ikuti cerita selanjutnya k..

Ceritanya bermula macam ni, pada suatu hari..Ambo keluar ambil angin dengan motor bersama tiga sahabat Ambo yg terdiri dari Ambo,sahabat Ambo dengan junior Ambo. Masa tu rase seronok sangat, angin sempoi jer maklumlah,jalan raya tepi pantai..syookknyer..hihi,dalam ngah melayan blues memasing, tetiba junior Ambo ni terbuat lah aksi lagak yang tak seberapa ngeri...beliau pecut skuter beliau dengan sepantas yang beliau nak..Ambo yang tengah bonceng sahabat Ambo jauh tercicir ke belakang. Nak kejar junior Ambo tu mmg dah tak sempat. Jadi nak tak nak, ambo cuma mampu mengekalkan tahap cool yang begitu sukses skali *cittt pooooooraaa

Sampai jer kat bilik, Ambo ngan sahabat Ambo ni memang cukup tak puas hati ngan junior tu, tapi kitaorng takde lah sampai membenci atau menyimpan sebarang perasaan yang kurang baik. Tengah duk rehat, sahabat Ambo ni tetiba minta no fon si junior tu..Ambo yang tengah hairan ni,dengan segera memberi apa yang diminta. Sahabat Ambo cepat mendail no fon junior tu..

Sahabat :Hello,boleh saya bercakap dengan Mohd Syazwan

Junior :errr..saya bercakap,ni sapo nih?

Sahabat :Adakah benar motor yang bernombor pendaftaran DAA **** adalah motorsikal
kamu?

Junior :betul Tuan..knape Tuan?

Sahabat :Saya Inspektor Samad dari bahagian trafik Dungun, kami telah mendapati anda telah
melanggar peraturan lalu lintas dengan memecut secara merbahaya di jalan sura
menuju ke UiTM. Adakah ia benar?

Junior : *terdiam sebentar

Sahabat :Baiklah kami ingin meminta kerjasama dari kamu untuk turun ke bilik 101, kami
perlukan sedikit maklumat dan penjelasan dari kamu berhubung kes ini atau kami
sendiri menghantar pasukan kami untuk 'menjemput' kamu.

Junior : Saya turun sekarang Tuan..

Seketika kemudian, pintu bilik kami dikuak dengan kuat skali,dengan muka yang pucat dan ketakutan, junior Ambo masuk dan memberitahu yang polis akan datang sebentar lagi, beliau yang masih tidak tahu akan aktiviti 'prank call'tersebut terus mengelabah tak tentu arah..he he sahabat Ambo tadi segera menyuruh junior Ambo ni duduk dan bertenang..Ambo pada ketika itu sedang berpura-pura tido..haha haha *ketawa jahat

selang beberapa minit kemudian,junior ambo tadi bertanya

junior :Due,lagu mano kes kito ni,kawe runsing arr..kalu kawe tahu jdi gini kawe tok gilo gi
pereh muto derah2 sakni..
(translate: Due,macam mana dengan masalah kita ni, saya dah risau ni..kalau saya tahu
akibatnya macam ni saya tak akan bawa moto laju2 macam tadi)

Sahabat : * menahan gelak..

junior : Bakpo demo suko?
(translate: kenapa awak ketawa?)

Ambo yang dah memang tak boleh tahan terus bangun n gelak berdekah-dekah!! HAHAHAHAHAHAHA

junior tu dengan muka 'blank' terus tanya,kenapa gelak....Ambo terus jawab... Lu Kena Beb!!!!!

junior : Wat ta F**K, F**K!!! $%^&%^*^&*^*#@$%$

Ambo dengan sahabat Ambo gelak besar,si junior ni plak hanya mampu tunduk sambil geleng kepala..

So kepada kawan2 yang merasa diri tu masih junior,cubalah hormat senior kamu..howwkeeyy!!!

MIAAAAAAHAHAHAHAHAHA

Sunday, January 24, 2010

Ayah Terhebat

Ni ade satu citer rekaan yang Ambo nak kongsi ngan kawan sume,harap kawan-kawan semua gembira membaca ceritera ni yer..

Pada suatu hari ada tiga orang kanak-kanak sedang melepak di McD sambil saling cerita-menceritakan tentang kehebatan ayah mereka..

Shuid :Ayah saya ada beberapa banglo yang besar

Capiq :Ayah saye plak lagi hebat taw..dia seorang pengarah urusan di sebuah hotel 5 bintang di
Amerika...

Capiq :Apa pula pekerjaan Ayah awak, Lolly?

Lolly :Ayah kite dapat menahan sebuah bas besar dengan hanya mengunakan satu tangan
sahaja *muka selamba jer..

Shuid :WoW! Hebat dan berkuasa, Ayah Lolly kerje ape?

Lolly :Polis Trafik..hik hik

*cerita kat atas sekadar suka2 sahaja, tiada niat untuk memperkecilkan hati sape2

Saturday, January 23, 2010

Tugu Peringatan..

Meh Ambo nak citer satu kisah lucu yg Ambo baca dari satu majalh temaptan..jom kita sama2 baca

Pada suatu hari ade sorang doktor pakar jantung telah pun meninggal dunia. Sebagai mengenang jasanya, keluarga si doktor tu berpakat untuk membuatkan sebuah tugu peringatan berbentuk jantung kepadanya. Upacara pengebumian pun berjalan dengan lancar. Sebulan kemudian seorang doktor pakar mata pula meninggal dunia. Ahli keluarganya pula spekat untuk membuat tugu berbentuk mata sebagai mengingati jasanya. Upacara pengebumian pun berjalan lancar.Naseb baekk..

Setelah selesai, para hadirin berangkat pulang dan tinggallah seorang saja yg masih merenung sendirian di pinggir makam si doktor itu. Salah seorang doktor yg lain melihatnya dan segera menghampirinya.

"Sudahlah, yang berlalu biarlah berlalu. tak usah kau fikirkan lagi" kata si doktor

"Saya tidak tahu apa yang harus saya katakan kepadamu,"kata lelaki itu

"mengapa pula,mana tahu mungkin saya dapat membantu" jawab si doktor itu.

"Saya sedang memikirkan bagaimana pula upacara pengebumian saya nanti" kata lelaki itu..

"Mengapa pula ?" tanya doktor tersebut

"Saya seorang doktor pakar penyakit kelamin" jawab lelaki itu ngan nada perlahan..

amacam ade baek tak ceritera ni??

miaaaahahahahahaha

Friday, January 22, 2010

Akhirnya..Cyberjaya.. Howyeaaa!!

haaa!!! Lega...

arini leh gak pegi cyberjaya ngan selesa dan selamat :)

semalam Ambo risau sngt2 sbb terlalu fikirkan camne care yg terbaek n selamat untuk
ke Cyberjaya..tpi naseb bek ade sorang sahabt riang Ambo ni pujuk n bgi
cdangan utk tangani perasaan gundah gulana Ambo..thanks ML :)

sebenarnya, arini ada majlis kesyukuran kat sana bersempena pembukaan ofis baru..

jadi Ambo turut dijemput hadir sama.

Pada mulanya,Ambo terpaksa pegi ke sana secara sorang diri bertemankan motor cabuk Ambo.Tapi pagi2 lagi lepas tlong Akak2 staff kat sini baiki internet dorang,dorang pun pelawa Ambo utk tumpangkan Ambo ke sana.. Alhamdullillah

ahhhh..lega ati Ambo..barulh leh senyum.. :-D

Lepas jer Solat Jumaat,Ambo terus bertolak ke Cyberjaya bersama Akak2 ni..

keta Akak Azila..candid ajeee.. weee


semasa perjalanan ke sana Ambo yg ada kt blakang ni leh la curi2 tido...rehat2 skit.

sampai kat sana dalam pkul 0245,majlis dh pun bermula..

selepas majlis tu,kami semua dihidangkan ngan nasi ayam

Ambo ngan member Ambo si Haris tak makan sbb ktaorang tak "lapar"

dah siap membuntal sesi fotografi pon rancak bermula,mcm2 aksi ade..ha ha ha

blh kata,hari tu Ambo leh mengeratkan hubungan ngan staff2 pompuan kat sana.

Rupanya ada hikmah disebalik kehadiran Ambo ke sana, leh kenal lagi ngan staff teknikal yg lain..

Akhir kata dari Ambo..LMS,thanks krana memberi kesempatan mcm ni..hepi sesangat!!


ni lah Akak2 yg tumpangkn Ambo,walaupun cam gediks jer,tpi dorang sume baek2 punyerrr..he he

MIAAAAHAHAHAHAHAHA

Wednesday, January 20, 2010

Terase ingin berbini..

Hari ini Ambo cukup tersentuh dengan kata2 dari Abah Ambo..

Mana tidaknya,anak jantan dia ni boleh plak buat gila

Gila yang macm mna tu?? toink toink toink

Ambo datang gila nak berbini bersama SiDia kekasih hati Ambo yang sudah sekian lama Ambo idamkan dan impikan

SiDia punyai setiap ciri2 yang Ambo impikan selama ini..

Ambo jatuh cinta pandang pertama bersama SiDia..

Namun setelah berbincang bersama2 Abah Ambo,maka kata putus telah di capai dan dipersetujui oleh kedua pihak..

beginilah SMS yang dihantar oleh Abah Ambo untuk memujuk hati Ambo yang sedang
bergelora untuk berbini ngan SiDia yang tercinta.

Along belajar la dulu sungguh2 agar dapat keputusan yg baik seterusnya dapat jawatan yg baik apabila kerja nanti. Selepas itu Along beli apa yg Along mampu. Abah kerja untuk anak2 tapi bukan nak bg benda2 bkn2. Adik ramai lagi yang perlu kpda kewangan yg bnyk. Abah harap Along faham..

begitulh SMS yg dihantar oleh Abah Ambo kpda Ambo utk meredakan gelora nafsu Ambo
untuk berbinikan SiDia..

Ambo terpaksa akur ngan kata2 Abah Ambo. Namun Ambo tetap akan menyimpan azam untuk berbini bersama SiDia suatu hari nanti..

Sebagai tatapan kawan2,Ambo sisipkan skali post gambar SiDia disini sebagai tatapan kawan semua,SiDia sangatlah comel..




Haishh bukan yang ni la,tapi yang ni..Haaaa..yang ni baru betul kekasih buah hati Ambo muax muax muax..wow seksinyerrr



Honda CB400 Super VTEC..LoVe YoU

Tuan gambo harap jgn grrrr k..he he

Pesan Roh Kepada Manusia

Salam Kawan2 Semua..Kali ni Ambo nak berkongsi satu artikel yang diambil dari akhbar Metro bersama dengan kawan2 semua,kerana Ambo merasa artikel kali ini boleh sama2 mengingatkan kita tentang kehidupan di akhirat kelak...renungkan lah kawan2..

APABILA roh keluar daripada jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya, kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata:

"Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan, sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut". Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu: "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh daripada tubuh".


Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu: "Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh". Selepas dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengkafan kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai hari kiamat.


Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan: "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meninggalkan isteriku menjadi balu. Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku menjadi yatim dan janganlah kalian menyakiti mereka.


“Sesungguhnya pada hari ini aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya.” Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.


Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: "Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikanaku.


"Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku. Adapun di dunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku."

Tuesday, January 19, 2010

Kisah Couple Paling DAMN!!

Citer couple Ambo yg hendak diceritakan kali ni bermula semasa Ambo berada di tingkatan 5
Ambo kenal si gadis ni selaku seorang kawan rapat Ambo setelah berkawan lebih kurang setahun mmg ramai yg tak puas hati bila kami couple,apa sebabnya Ambo sendri tak tahu..
Ambo heran jugak orang yg xde rupa cam Ambo ni ade gak orang nak jadi Ambo pun senang la di sisi dia,slalu call..sms xde lagi mase tu.. makin erat lah hubungan sampai Abah Ambo pun dapat tahu..kali ni dia tak marah,cuma dia berpesan jaga si gadis tu elok2,jgn buat benda tak
betul,Ambo faham dan ikut cakap Abah Ambo.Bila dah dapat result SPM,kitaorng terpaksa la berjauhan,,Ambo dapat tawaran meneruskn pengajian di peringkat Diploma kat UiTM Dungun..masa tu si gadis tu nanges gak la,sbb terpaksa duk jauh..

bila dh blajar jauh ni Ambo blajar2 la gak cmne nk jujur..Ambo masih lgi kwan ngan girl lain,tpi hati ni tetap ngan si gadis. si gadis masuk tingkatan 6,dan apabila si gadis dh tamat tingkatan 6,si gadis bekerja sementara menuggu keputusan keluar. Hbungan kami masih lagi seperti biasa,cuma di sebelah Ambo makin bertambah la sayang tu kat dia. cuma Ambo tak tunjuk pon kat dia..dia slalu merajuk..ha ha,kesian..

kisah ni bermula camni,bila dah lama bercouple tu,Ambo makin sedar si gadis dah mula menjauhkan diri..mula seminggu tak call,pastu sebulan,,SMS dh tak berbalas..kalau Ambo call, tak angkat,terpaksa call Mak dia bertanya hal sebenar..tapi Ambo tak simpan apa2 syak wasangka yg bukan2 sbb Ambo letak sepenuh kepercayaan kt dia. Tak lama lepas tu, dia dah mula keluar ngan laki2 lain,si gadis ni memang minta kebenaran nak kluar ngan laki2 ni dari Ambo,Ambo ckap klau Mak dia benarkan Ambo pun benarkan. Ambo sedar Ambo ni sape,bkn ade ape2 certificate pon nak control hidup dia,cukup sebagai penyokong dan penyayang suda laa..

Tak lama lepas tu,Ambo semakin sedar akan perubahan dia..Ambo cuba bertanyakan kenapa?
Namun soalan Ambo x berbalas..makin lama makin menjadi2..last2 kami pun bergaduh la..
first time gaduh besar selama 3 tahun perkenalan..Akhirnya si gadis minta putus..adoyaiii
putus lagiii...sedih kali ni mmg tahap teruk,berat badan susut,prestasi belajar turun, dan Ambo hampir di buang Universiti.Sedih sangat la masa tu..Ambo citerkan kepada Abah Ambo mengenai masalah Ambo..dia marah sbb anak laki2 dia ni lemah..lemah ngan pompuan..pasal couple akademik Ambo turun secara mendadak.

Sampai satu masa,kawan baik si gadis ingin berjumpa Ambo. Kwan baik si gadis ni Ambo kenalkn sbagai D. Jadi malam tu D dtng utk menceritakn sesuatu kpda Ambo..Ambo dengar dgn tenang satu persatu. Setelah habis semuanya..barulah Ambo tahu hal sebenar..

rupanya..si gadis sudah pun ade orang baru,Ambo ni dia tolak jauh2,janji manis sebelum ni cuma tinggal janji..Ambo tak sangka si gadis snggup buat camtu. Ambo tak pernah berlaku curang kt blakang dia,tpi knapa dia buat camtu? Mgkin btul gak kata orang, perasaan manusia ni akan sentiasa berubah2. herrmmm..kuciwa kuciwa..

selepas kejadian tu, Ambo sudah hilang rse hormat kpada kaum hawa..Ambo couple pon sekadar suka2,tak pernah serius..cuma untuk mengisi kekosongan..Ambo dah mula buat aktiviti tak berfaedah macam lumba motor,pkul orang dan bnyak lagi.Tapi Ambo tak pernah bergelumang ngan najis dadah. Secara jujur,memang dah ramai gadis yg Ambo kecewakn,sehinggalh satu msa,Ambo ditegur oleh Mama dan AbahAmbo..

Along,macam mana kalau orang buat macam ni kat Adik Perempuan awak..apa awak rasa?

Pesanan Mama dan Abah Ambo tu berjaya menyedarkan dan mengubah hidup Ambo..Ambo tak nak jadi orang yg takde haluan hidup disebabkan hal kecik camni. Ambo nekad untuk berubah dan cuba perbaiki diri sendiri. Ambo harus yakin dan kuatkn semangat Ambo. Ambo anak sulung, perlu tunjuk tauladan yang baik kat adik2!! Barulah Adik2 boleh respek Ambo!!Ambo KUAT!!!yessss!!!








Kesian Betina Ni...

Salam kawan2 semua...

Ni ade satu citer,hal ni berlaku masa Ambo n member Ambo ngah lunch kat satu kedai

Ambo ada terpandang satu awek yang bajet HOT..

first time nampak,memang Ambo pandang bese2 jer..tapi bila sampai satu tahap,Ambo dah makin meluat..

ape tak nya,gedik dia tu sampai orang sekeliling blh perasan,

buat2 comel la konon...biarlh muka stok cam HULK




atau pon cam yang kat bawah ni







last2 skali,Ambo pun tanyalah member Ambo si Haris ni..

Ambo : Haris ko ade prasan x pompuan yg duk kt meja yg ko duduk tadi..

Haris : Ooo..dia tu,menyampah tol aku,,bajet HOT jer..tpi..(beliau menghentikn perbualan tu..)


Ambo agak terkejut gak ngan apa si Haris tu ckap..terus sama2 gelak..

mane tidaknya,si 'betina' tu memang tahap gedik yg menjelikkan..

Member Ambo si Haris ada beritahu Ambo yang si 'betina' tu mmg prangai dia camtu

bajet HOT,prasan lawo,isap rokok..pakaian plak dah stok cam telanjang

dh rupa mcam 'bitch' plak.

Ambo termenung sekejap sambil pandang ke arah 'betina' tu..

camne lah dunia dia...camne hidup dia..camne dia nk tepuh hari akhirat dia nnti..

Ambo tak mampu nak cakap ape2,cuma mampu tunjuk muka benci jer...

kesimpulan yang Ambo leh buat adalh 'betina' tu mmg HODOH sangt2!!! Ambo benci 'betina' camtu..

Jadi kawan Ambo khasnya kaum Hawa, Ambo tidak bermaksud untuk perkecilkan Kaum Hawa,cuma sekadar berkongsi pandangan Ambo bersama kawan-kawan semua,semoga kita sama2 dapat mengambil iktibar dan dalam masa yang sama kita sama2 mengingatkan.

Bagi pendapat Ambo

Gadis yang cantik adalah gadis yang pandai menjaga diri dan kehormatan mereka..



Sunday, January 17, 2010

Cinta Babun Ambo Masa Sekolah

Ni ceritera cinta babun Ambo msa zaman sekolah..

Masa Ambo dalam tingkatan 2 dulu,Ambo ada minat sorang gadis ni..

Ambo dengan malu,cuba nak dekat2 ngan dia..

usaha pnya usaha,last2 leh la kwan..

ktaorang slalu jumpa masa aktiviti Kokurikulum

sembang sme2,gelak sme2..jadi makin rapat la hubungan tu orang kata..

x lame lepas tu,saling tukar surat sbb zaman tu mmg tak mampu nak beli phone(nokia 3310 pon x kuar agi)...haissshhh

sampai stu ari tu..dia ada hantar surat..baca2 pnya baca last2 kt bwah tu dia tulis.. I Love U Forever..

dalam hati ni tak payah cakap la..hepi sesangat..Ambo pn blas dlam surat lain... I Love You Too..

Kawan2 nak taw,pernah sekali surat yg si gadis tu bagi kat Ambo smpai kt tangan Abah Ambo..

mengamuk Abah Ambo sampai Ambo kena kejar ngan dia satu umah!!!

"Kecik-kecik lagi nok bergewe(bercinta kalau bahasa kelantn),awak tu kijo pn xdok lagi,hingus pun Mama tlong lap,ahh nk bergewe teh!!awak tu mari sining!!"

piiiiiaaaappppppp!! sedas rotan mendarat kat betis..adduihhh..sakitnyer..

tapi Ambo yg memang terkenal ngan sikap keras kepala tu, cuba couple sembunyi2..

alaa bese la kan ceritera cinta babun..You Lab I, I plak Lab You..hek elehhh

jadi,bercouple la Ambo ngan si gadis tu secara sembunyi..

setelah sekian lme bercouple, maka si gadis tu dah brani ajak dating..

berderau darah Ambo...lepas taw si gadis ajak pegi jogging kat satu bukit

Bukit tu memang Ambo kenal sangat ,sangat sunyi..

Ambo bagi mcam2 alasan,jga umah la,kaki sakit la,lewat bangun la...

Nasib baek Ambo terlepas,tak brani Ambo nak kuar..

Sampai satu masa, kat sekolah Ambo iaitu SMK Dato MAhmud Paduka Raja 1 ada buat Spot Check..

benda paling mengerunkan di kalangan budak2 sekolah..

Ambo disabit kesalahan menyimpan rambut panjang...

hahaha,kena gunting depan Si gadis,,Ambo senyum jer kat si gadis tapi si gadis buat2 tak tahu..

jadi Ambo nampak rambut Ambo kurang lawa,pendek sini,,panjang sna..Ambo ambil keptusan,botak terus!!!

miahahahahahaha..

selang 2,3 hari Ambo prasan si Gadis suda mula berjauhan dari diri Ambo..

Ambo hantar surat,tapi kali ni mengunakan orang pengantara...namun surat tu lansung tak berbalas..

Ambo cuba berdepan ngan dia...dan kat sini la..baru la Ambo tahu citer sebenar,,

member2 si gadis memberitahu kat Ambo yang si gadis minta putus

bila Ambo tanya sebab ape..member2 si gadis jawab camni

1) Awak HODOH
2) Awak BOTAK
2) Awak PENDEK
3) Awak TAK SESUAI
4) Awak takde moto,miskin..naik beskal pegi skolah

Jadi Ambo yang terkedu kejap..mula la tunduk..orang sekeliling yang dengar dah berdekah2 gelak..

Ambo pusing dan terus bla..sedih x yah cakap la kan,hahaha..kata2 dorang sehingga kini Ambo ingat..

terima Kasih sbb ckap camtu..memang betul2 ceritera cinta babun..babun terbilang..haisssshhhh,,xmo cedih2,citer da lama daaa,,da bersarang pon..hahahaha

Saturday, January 16, 2010

Baju punya pasal...perot Ambo kosong..

Salam kawan2

citer baru!!!!!!citer baru!!!!!nk dengar x???

hehe,mesti semua mau dengar kn

hoowkey!!! citer ni mulanya camni

kejadian ni sbnarnya dh berlaku hampir 2 hari yg lalu,tapi disebabkn tiada kesempatan nk menghupdate blog,Ambo dgn bangga mempostponed sehinggalh hari ni.

ade satu pagi ni,Ambo nak bersiap ke tempat keje, mse bgun nak gosok bju tu,Ambo mencari2 baju yg nak dipkai ke tempat keje, Ambo terkejut!!! satu helai baju pun takde..sangt pelik..takkan ilang lgi kot..

Untuk pengetahuan kawan2,ade sorang Nenek berumur dlam 60-an..dia bukan mcm kite,ade kureng skit..dia tak boleh cakp..dia tak boleh dengar..camtula halnya mengenai watak si Nenek ni.

Jadi Ambo cepat2 tanye Nenek kerana kebiasaanya Nenek yang selalu angkat baju di jemuran masa Ambo ada kat oafis..Nenek ni akan faham apa yang kita ckap melalui gerak bibir..hebatkan!!!(Nak buat dialog kat bwah pun rase cam tak sesuai jer..hehe)..tanya pnya tnya Nenek ni,dia bgi isyarat angkat bahu...aaaaa,shuuudaaah..sngat pelik..Ambo bergegas naik atas balik untuk cari skali lgi baju2 Ambo,mne taw kot2 ade yg terlepas pandang..herm...kompem mmg takde..

jadi Ambo segera memikirkan alternatif lain, last skali Ambo buat keputusan, Ambo nak pkai baju kemeja Ambo yg biasenya Ambo pkai utk melawa.. psal baju ni,satu jer Ambo kurang gemor..Baju ni panas sbb fabrik dia dibuat khas utk cuaca di Jepun..nk tak nk,Ambo terpaksa la pkai gak.. panas dan kurang selesa..

masa tak tunggu Ambo, selepas semua hal dijamin gerenti siap.. Ambo capai semua barang2 Ambo,sedia motor dan terus pegi ke tempat keje..

nasib baik sempat sampai awal kat ofis..badan da berpeluh..huhu..lepas rehat sebentar,Ambo sambung balik apa yang perlu diselesaikan sebagai seorang budak praktikal kt kompeni tu..budak praktikal jer..

howkey!! tengahari sudah menjelma...msa untuk makan!!! Ambo paling awal bersiap nak pegi makan..dalam kegembiraan nak pegi rehat..tetiba kesedihan melanda.. dompet Ambo tertinggal..member ofis da panggil ajak turun makan..last2 terpaksa bagitaw dorang,cancel makan tenghari ngan alasan pwot masih kenyang makan roti lagi dan takut mengantuk sebab kenyang sangat..ha ha ha..berlapar la Ambo untuk hari tu..

Hari yang paling sibuk..melayan karenah staff..dengan perut yang kosong..namun Ambo tetap cuba kerjakn semua tugas Ambo dgn penuh SABOR..

Ofis hour da hbis,Ambo cepat2 balik..sbb nak mkan..bila sampai jer kat umah,Ambo tengok baju Ambo ada dalam bakul kat tepi tangga umah...berasap kepala Ambo..tpi disebabkan letih dan lapar,Ambo mals nk layan perasaan amarah tu. Jumpa jer Nenek tu,senyum2 jer dia kt Ambo..haisshhhh,Nenek,Nenek..


habishhhh!!!

Peristiwa Subuh

Salam KAwan-Kawan sume..hari ini,saya teringin nak kongsi ngan kawan satu lirik lagu yang dari dulu lagi menyentuh jiwa saya..

terasa menusuk dalam kalbu..

sekaligus menginsafi kesalahan kita sebagai hamba ALLAH..

Jadi kawan-kawan,sya post lirik ni di sini

Lagu yang bertajuk Peristiwa Subuh ini dinyayikan oleh Raihan

Tabuh berbunyi gemparkan alam sunyi
Berkumandang suara adzan
Mendayu memecah sepi
Selang seli sahutan ayam

Tetapi insan kalaupun ada hanya
Mata yang jelek dipejam lagi
Hatinya penuh benci
Berdengkurlah kembali

Begitulah peristiwa di Subuh hari
Suara insan di alam mimpi

Ayo bangunlah tunaikan perintah Allah
Sujud mengharap keampunanNya
Bersyukurlah, bangkitlah segera
Moga mendapat keridhoannya

Begitulah peristiwa di Subuh hari
Setiap pagi, setiap hari

Tuesday, January 12, 2010

Hobi baru Ambo

hye hye,,kabare kawan2 sumer!!!

miaaahahahaha,kali ni Ambo nak kongsi hobi baru Ambo bersama kawan sumer..

hobi ni berputik di sebabkn minat Ambo yg sangt mendalam kepada alam modifikasi kereta

selain tu, Ambo turut terpengaruh dengan satu rancangan kt Astro bertajuk Overhaulin channel 734

Ambo mmg berkenan sangat ngan rancangn ni

Ambo takkan terlepas untuk menonton setiap episod baru..

nak tahu lebih lanjut tentang latarbelakang rancangan ni klik di sini atau sini

ok!!! kembali kepada tajuk Ambo kat atas,apa hobi baru Ambo????

he he he he heAdd Image
tengok ek...




































































yaaaa!!!!!itu dia...Ambo kumpul keta mainan!!!

ha ha ha ha ha

pelik kan??

umur dah camni pon masih main keta lagi...miaaahahahaha

buat masa ni bru 5 biji yg berjaya Ambo kumpul

itu sbb Ambo terlalu memilih model2 kreta yg di beli

nak taw sbb ape??

haaaa!!! ini sbb, Ambo sangt teruja dengan model2 old skool

knape?? sbb Ambo jenis sentimental skit..suka bnda2 lama..

tambah2 lagi,overhaulin' slalu gak mengambil kreta2 old skool utk dijadikan projek mereka

skali lagi Ambo terpengaruh..hehehe





Bila dia berbicara...

jika dilihat pada post Ambo sebelum ni yang berbunyi "Ade ke patut tauke tu bt camni...", sepupuku telah mencoret sedikit luahan serta pendapat di dalam note Ambo,dia curik2 tuliss,,hahaha..tpi xpe,Ambo x kesah..bila terbaca penulisan dia dlam note Ambo,Ambo pn terfikir sejenak..ape yg dia cakap mmg ada betulnya dan blh dibuat tauladan..jadi ambo ambil jlan,copy semua penulisan dia n paste jer kat blog Ambo ni..so kawan2,jom ikuti kata2 dari beliau...

my pendapat.. biler dah mcm nie...along mmg dat wat gud job!..sabar..bagus... n masih mnjage air muke dye..n masih mnjage nilai perkauman..baguis!! TAPI...

ika raselah..n if ika yg kena..
ika akan buat...maybe la.. ika akan..atleast TEGOR r.. or even marah n tahu dye marah atleast dgn sedikit sindiran.. 'tauke, lu nak marah apesal?..' -eish, ir rase ape yg dikatee akn mendapat balingan maut dri tauke 2..ok kte tukar care ckp.. 'tauke, jgn ar baling2..lu pk nie ape..gua beli care baek lu bagi care baek.." -ok tak?.. ' tauke, lu x bace berita ke?..kiter bukan ke kna amalkn 'budi bhase, budaye kita?'.. -heh..boring la plak ckp mcm nie..kan?..' 'tauke, lu apsal marah?..x payah la baling2..ckp la elok2..bukannye saye pekak.. kalo ini macam laa jangan harap la org nak dtg kedai lu..x payah marah tauke..elok2 la..' -if ika, kalo ade keberanian..ckp la mcm nie..tapi x der ah marah..cakab besa r..tapi pandai2 ah.. if dye 2 garang..cakap slow..

TAPI YG PENTING CAKAP!!'.. OK X?..ENTAHLA..TAPI IF IKA,

sabar mmg sabar..tapi maruah pon kena jage gak.ape dye ingt kiter kecik
kiter lemah r..sorie!!..lagipon along, if kiter x cakap, dye x kan tahu kesilapan dye.. biar la kna tengking balik ke..sindir ke..alang2 dah kena bek truskan gak atleast kite meluahkan gak ape kiter x puas haty n atleast kite menegor .. if ALLAH bukak haty-Nya..even dye kafir pon..atleast dye dapat brubah..sape yg untung??..along gak.. kan,,hehehe if x suke care kasar or x suka wat kecoh..ckp baek.. n if takot dye kejar ke.. ble dah habis bayar n dye dah bagi brg 2 n along siap2 nak kuar, bru along ckp la bnda 2 .. mksud ika, along tegor la.. if nampak dye marah n nak smash along..ape agy bukak langkah la..LARIII!.. haa..if mcm nie..bez cket...hati puas c0z dapt luahkan pe yg x puas aty n dapt tegor tauke tue..ok x?.. if ika, ika akn wat mcm 2.. tgk la gaye yg seswai.. tapii..IKA TETAP AKN TEGOR N CKP GAK!!.. well,

LEMBUT X SEMESTINYER LEMAH..

DIAM X SEMESTINYER MENERIMA..

SENYUM X SEMESTINYE SUKA..

OK?..


sabar itu ada batasan..
biar RENDAH EGO, Jangan RENDAHKN MARUAH.. ego rendah x bererti maruah seorang lelaki itu rendah jgak..kan?.. seorang lelaki selalu merasakn perlunyer ego yang tinggi.. tapi as seorang hamba n maybe girls kat luar sane.. bgus ade ego..tpi ble terlalu sgt tinggi egonyer..huh!..bye2.. tapi seorang hamba n islam.. pasti memandang tinggi apbile dye mempertahankan maruahnyer.. tp, tgk keadaan la..n tgk ape yg kter perjuangkn..kan?..) hahhaa..pangjang la plaks..opss..sowie! itu pendapat ika la..trpulang camner along menerima.. so. ape pendapat along plak dgn pndapat ika.. truk x if ika wat mcm 2.. if x ok..tegor k.. oh luper..sorie..mencer0boh la plaks!!hahah k..wassalam..=)

so,camne pendapat kawan2 sumer..agak2 apa komen anda ngan sepupu Ambo ni,bgi Ambo dia ni mmg tegas,brani n bijak..apa yang beliau perkatakan tu mmg betul caranya,cuma Ambo kdang2 terlalu bertolak ansur dgn sesape jer smpaikn hal2 mcm ni pun Ambo "just forget it", so sape2 yg nak kenal dia leh la klik sini,beliau mmg suka punyai ramai kawan.. so Adiossss,

Tabik Jetak utk IKA

Terase,Merase,Dirase...

Arini ambo teringin sangat nak mem"post" sesuatu yg baru..sbb,nak ping dalam geng blogger..sejak semenjak dua menjak ni,Ambo makin rajin plak nk menghupdate,,mcm2 plak Ambo buat...add nuffang laa,join itu,join sana,smua kerana Ambo nak tambah kenalan n nak kongsi citer2 menarik Ambo ngan kawan2 yang sudi n setia ikut perkembngan blog Ambo,

Sebenarnya,dah 3 tahun blog Ambo ni bertapak..tapi disebabkn Ambo x tahu camne nak guna blog ni,maka coretan2 disini hanya sekadar berkonsepkan ilmiah..lansung xde bacaan ringan..Ambo mula sedar,jadi Ambo cuba mmbuat satu perubahan!!! yesshhhhhh!!! perubahan yg merupakn evolusi Ambo dlm arena blogger ni semakin rancak dijalankan..ha ha ha,rasa cam karangn yang terpesong,mmg ini yang slalu terjadi pada Ambo masa ambil SPM muda2 dulu..miiahahahaha

Jadi,harap2 kawan2 sumer yg mne ngah baca citer yg ntah pape ni,diharap dpat menahan sebarang gelakan..kerana Ambo sedar yang coretan Ambo pada kali ini mmg ntah pape daaa....aagogogogogogo


Monday, January 11, 2010

Blogger We Care


Sila klik gambar di atas untuk mengetahui tentang perihal lambang tersebut dengan lebih lanjut..
sama2 lah kita menderma..
hermm..doakan smoga kehidupan En. Megat mndapat keredhaan dripa ALLAH..

Gunung Angsi




Salam kawan sumer..

sperti yg dijanjikna Ambo nak citer pengalaman Ambo bersama 5 orang kwan2 dan sepupu Ambo dari UIA mendaki Gunung Angsi yang terletak di Negeri Sembilan..

Ok sebelum tu,biarlah Ambo citor sedikit sebnyk pasal latar blakang gunung ni ..

Gunung Angsi yang berketinggian hanya 825m merupakan gunung yang sngt senang di daki,ia terletak di Ulu Bendul Negeri Sembilan. Kalau kwan2 sume nak taw,ada khabar mengatakn Gunung Angsi terkenal ngan “mendahagakan” pendaki. Jadi lain kali, klau ada kawan2 kita yang teringin nak mendaki gunung ni perlu la bwa air lebih.

Perjalanan dari KL menuju ke destinasi mengambil masa selama 2 jam.Sampai jer kat situ,kami terpaksa bergegas siap untuk memulakan pendakian. Lepas jer buat beberapa bnda wajib sblum mendaki,tepat jam 11 pagi,kami memulakan ekspidisi mendaki kami. Trek fasa pertama, pendaki hanya perlu berjalan pada permukaan rata selama satu jam itu pun paling perlahan kami buat..seney smeset jahh..hahaha

Jalan pnya jalan,akhirnya sampi gak kat fasa pendakian. Trek mendaki dipenuhi dengan akar2 pokok dan permukaan tanah sangt licin,banyak jga trek yang terpaksa ditutup akibat pokok tumbang. Jdi kami perlu lebih berhati2 semasa pendakian..

Mak aihh..mmg dahaga gak naik Gunung Angsi ni,2 botol air pun x ckup..nsib baik beg ringan,kalo x..pancitla Ambo masa mendaki.ha ha ha,minta2 jauh sume tu..

Macm2 yg kami terpaksa lalui, mendaki sambil memanjat..trek yg licin..hari dh mkin panas,nsib baik atas gunung tu sejuk. Tepat jam 2.30, kami selamat smpai di puncak. Kat atas kami rehat puas2 sambil citer pengalamn mendaki msing2,smbil2 tu menjamu selera ala2 kadar jer..roti,air mineral n cokelat..bila dh selesai, bermulalah sesi fotografi,hahaha,dorang ni mmg sume nak ambil gmbar,nak msuk facebook la konon..termasuklh ambo,haha.

Jam 3 ptang,kami bersiap untuk turun..permukaan trek yg licin menyukarkan kami untuk bergerak pantas,ade kawan2 Ambo yg jatuh tergelincir,tapi disambut dgn gelak ketawa..haha,kesian.

Jam 4 petang kami berjaya menghabiskan fasa pendakian di mana selepas ni kami cuma perlu berjalan shja. Kami tiba di kaki gunung tepat pada pkul 5. Setelah membersihkn diri,kami solat serta menjamu selera skali lagi..lapaaaarrrr..

Jam 6 kami bertolak balik ke KL dan tiba sekitar jam 8 malam..Kami semua mmg gembira sakan sbb dh lama ketagih nk pnjat gunung. Ha ha.Salute untuk GENG sbb berjaya menawan puncak Gunung Angsi yg keberapa kali..ntah la.



Tabik Jetak!!!!

Sunday, January 10, 2010

Ade ke patut tauke tu bt camni...

Ade satu citer ni

bertempat kat kedai yang menjual tepon,top up dan CD Software n Games

Apa yang nak diceritakan pada kali ini adelah bagaimana contoh seorang peniaga yang kurang mesra bersama pelangannya

ikuti dialog yang berjaya diluahkan n masih segar di dalam benak Ambo

Tuan Kedai :oii,mau apa?

Ambo :bagi saya topup RM# 2 keping..sya nak kad

Tuan Kedai :yela,nk bagi kad la ni(masa tu dia dh nk msukkan kredit melalui phone)

Ambo :Ok

Dalam beberapa saat kemudian,tuan kedai datang dan membaling kad top up ke arah Ambo kemudian meminta wang dengan segera

Ambo terkejut dan ada sedikit perasaan marah, tapi tetap ambil kad topup tu..(sabar lagi)

Kemudian smasa mmbayar,Ambo tersalah bagi duit..tauke tu marah Ambo

Tuan Kedai :Woii,mna cukup ni

Ambo :Sori,ni duitnya..

Kemudian,tuan kedai tu bercakap dalam bahasa dia. (Tuan kedai bukn dri kalngan kaum melayu)

Selepas mmbeli topup Ambo beralih untuk beli CD Software..

Melihat CD Software yg Ambo nak beli tdak dijual Ambo beralih kepada CD Games

Tetiba dtang anak tuan kedai tu..

Anak tuan kedai :mau apa?

Ambo :sya nak CD game yg ni..(sambil menunjuk ke arah CD tu)

Anak tuan kedai :ooo..ini suda habis..

Lepas tu bdak tu terus choww...tetiba datang bapak dia plak,ngan muka kemerahan

Tuan Kedai :kau cari apa? itu budak x tahu apa2.

Ambo :sya nk cd game ni?tapi dia ckap dh hbis..

Tuan Kedai :mna bolh hbis,ini kdai aku punya,aku taw la..

Ambo :ok

Tuan Kedai :Ada maa..


sekali lagi CD tu dibaling ke arah Ambo,Ambo yg sememangnya tengah marah makin bertambah2 marah

dalam ati Ambo berkata,celaka punya tauke kedai!!!

Ambo tetap bersabar dan tidak menunjukkan sebarang perubahan air muka

belum sempat Ambo nak hulur duit,tauke tu terus merebut wang dari tangan Ambo

Ambo hanya mampu senyum..selepas semua selesai Ambo terus keluar dari kedai..

jadi Ambo buat keputusan, lpas ni jgn harap Ambo datng kdai manusia tu lagi...

Jadi, nak tanya lh pendapt kwan2 sume..mcam mna cra terbaik nak layan orang cam ni??

Citer Stesen Minyak

Alkisah..

ini citer kat stesen minyak

kawan Ambo ni lama sangat menunggu kat kaunter

tunggu giliran nk bayor

kitaorng sume dah letih nak tnggu dia

bila dia masuk keta,ktaorng tnyalah dia,apesal lmbat benor..

kwan Ambo tu pun mula lah citer dia

Pakcik :sya nak isi minyak

cashier :pump mna satu pakcik

Pakcik :entahla pakcik tak tahu
pump mna satu..


Cashier :brape nombor plat keta pakcik

Pakcik :Pakcik tak ingatla,tu haa,
yang warna merah tu


Cashier :ooo,yg itu yer pakcik,brape
ringgit nak isi?


pakcik :ni haa,cuba kira brape duit
singgit2 ni..


adeeeehh,tenat gak pakcik ni jap agi..

tapi kitaorng yang dengar mmg gelak kaw2 dalam keta

memang lucu

apedaa pakcik tu,kalo ade sepuluh orang customer camni

rasanya blh koma cashier tu

Kawanku Mengajar Daku Gelak

Miaaaahahahahahaha

Agogogogogogogogo

apa yang diatas ni adelah cara gelak yg terbaru di ajar oleh salah seorang sahabat Ambo dari Facebook

Ambo terkejut dengan post beliau di Facebook Ambo, mempromote cara gelak terbaru

beliau memang periang n ceria

so dia punya gelak pon memang meriah

salute untuk beliau skali lagi!!!

Tabik Jetak!!!



Kemas Umah

Salam semua,

Haippp,waaahhh

Arini,pagi2 lagi pakcik Ambo ajak kemas umah...

Ambo kena "bertugas" di luar umah

tugas Ambo tanam pegaga.

ha ha ha ha ha

Ambo menurut sahaja titah beliau.

Gembur tanah...cabut pokok yang menyibuk..

Tanam balik pegaga tu..

Letak baja...

Siram air..

Tadaaaa...SHIAAAP!!!!

So,leh naik atas pastu update blog..

coming soon...Ekpidisi mendaki Gunung Angsi..



Friday, January 8, 2010

ho ho ho..

nampak gaya ade orang tegur ambo,blog ambo ni agak formal. bagush!!!maju setapak kedepan..kita bt ala2 sempoi2 plak..ha ha ha,x yah nak pura2 kan.

hurrmmm...camne nak sempoi,,,haaa!!!dlu ade sorang gadis ni,dia ajar ambo jadi sendri,so sampai skang ambo cuba bertapak di alam nyata,walaupun sudah lama ambo di tolak dari idup dia tapi ambo tetap ingat sampai skang kata2 ngan pesan dia. mmg beliau bagi kesan mendalam dalam idup ambo.thanks.

lagi satu,ambo suda pandai blajar menerima kenyataan,bagushh untuk diri ambo..harap2 dngan keadaan ambo mcm ni,ambo blh tambah lagi banyak kawan,tak kira kat mne.

Waaaaahhhh,hepi bila dh jadi diri sendri,mission lepas ni..buat orang gelak tak kering gusi plak..ha ha ha..

okla,stakat ni jer rentetan ambo buat msa ni..tabik jetak skit!!! ha ha

salam sume...

Thursday, January 7, 2010

Nak cepat punya pasal...

Alkisah..

begini cerita ambo semalam. Pada jam 9 malam,ambo keluar atas urusan tertentu.
Disebabkan malam sudah makin jauh,ambo cuba percepatkan segala urusan ambo.
Bila dah siap semua urusan tu,ambo singgah la di kedai utk beli sedikit minuman.
Ambo sangat dahaga...

Nak dijadikan cerita,masa bayar tu ambo dapat tahu,dompet ambo takde dlam poket.
Cuak punya pasal, Ambo pusing2 la depan kaunter kedai tu.
tetiba ade sorang brother ni sapa ambo,,

Bro :Bang..

Ambo: Gapo?

Bro :ni Abg pnya ke?

Ambo: haaa...sori sori..jupo mano ni?

Dengan menunding jari kerah pintu masuk kedai,Bro yang baik ati tadi pun tunjuk....terbeliak mata ambo lepas melihat bahawa masih banyak lagi barang2 ambo yang tercicir dalam perjalanan masuk ke kedai tu lepas parking moto.

termasuklah dompet ambo..

rupa-rupanya ambo terlupa nak zip beg ambo, itu sebab semua barang2 ambo tercicir. Alhamdullillah,tiada kemalangan jiwa berlaku.haha...pengajaran kepada ambo mlam tu...

Wednesday, January 6, 2010

Apaku rasa di pagi hari yang cerah

Dipagi hari ni,rase semcam bersemngat brbanding hari-hari sebelum ni. Hari ni sudah masuk hari ke-3 aku praktikal di syarikat LMS. LMS merupakan sebuah syarikat preseller untuk peralatan network. Jadi di sini aku berkesempatan untuk merasa beberapa peralatan baru untuk tujuan network. Merasa suasana kerja yang sibuk, bergaul bersama staff yang expert dan mcm2 lgi. Mereka semua baik hati untuk mengajarku,membuka mindaku serta menjawab pertanyaanku tentang tekonologi network ni dengan baik dan jelas. tidak cukup itu,sedikit demotrasi juga ada diberi untuk memberi lebih kefahaman kepada manusia benak sepertiku..

Projek untuk latihan praktikal, yang diberikan kepadaku juga amat menarik. Projek tersebut adalah mengenai sebuah sistem pengesan di dalam bilik server. Untuk pengetahunan kawan-kawan, bilik server adalah sebuah bilik dimana terdapat pelbagai komponen komputer dan network bertujuan untuk menyimpan segala maklumat serta data-data penguna diseluruh Malaysia,mungkin data perbankan anda juga ada disini. Pengesan yang dimaksudkan adalah,pengesan haba dan pengesan banjir. Bilik server perlu berada di dalam suhu 20-25 darjah celcius. Jadi sekiranya suhu tersebut melebihi suhu darjah maksimum yang ditetapkan maka satu amaran berupa email dan SMS akan dihantar kepada engineer yang menjaga bilik tersebut.

Jadi mungkin setakat ni sahaja untuk kali ni,lain kali citer lagi,supervisor aku da masuk..he he,chiiiioooowww,salam semua..

Monday, January 4, 2010

Nilai Sebuah Kejujuran

Sejajar dengan pengertian “jujur” yang memiliki erti : tidak bohong; lurus hati; dapat dipercaya kata-katanya; tidak khianat.

Sedangkan kata “bohong” yang memiliki arti : tidak sesuai dengan bukti dan kebenaran; tidak sesuai dengan kenyataan; dusta. Sedangkan kata “dusta” sendiri memiliki arti : bohong dan ingkar.

Sesuai kitab suci al Qur’an pengertian “jujur” terkandung dalam surat 5 ayat 8 :
“Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan”.

Sedangkan kata “dusta/ bohong” dalam al Qur’an terkandung dalam surat 16 ayat 116 :
“Dan janganlah kamu mengatakan terhadap apa yang disebut-sebut oleh lidahmu secara dusta "ini halal dan ini haram," untuk mengada-adakan kebohongan terhadap Allah. Sesungguhnya orang-orang yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah tiadalah beruntung”.
Dari definisi diatas, maka pengertian jujur/ kejujuran akan tercermin dalam perilaku yang diikuti dengan hati yang lurus (ikhlas), berbicara sesuai kenyataan, berbuat sesuai bukti dan kebenaran.

Berbicara sesuai kenyataan dan berbuat sesuai bukti & kebenaran dapat dibuktikan dan dapat dilihat oleh mata. Berperilaku dengan hati yang lurus siapa yang tahu?. Ada.
Ada, yaitu sesuai peringatan Allah Swt yang terkandung dalam al Qur’an surat 29 ayat 3 dengan firmannya :
“Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta”


Proses Belajar Kebohongan

Proses belajar bohong adalah sangat mudah. Bohong sekali akan ditutupi dengan bohong tingkat kedua. Bohong tingkat kedua akan ditutupi dengan bohong tingkat ketiga, demikian seterusnya.
Kenapa mudah melakukan kebohongan. Karena dalam hidup dan kehidupan ini banyak aturan yang harus dipatuhi. Terhadap aturan yang dilanggar, dibutuhkan alasan untuk pembenaran.

Alasan pembenaran yang paling mudah adalah kebohongan.
Karena setiap hari belajar bohong dan berbohong maka makin tua seseorang makin padai dan lihai berbohong.

Nilai Kejujuran (amanah)
Nilai kejujuran merupakan satu dari 5 nilai moral Islam. Nilai moral Islam meliputi :

Nilai Pembebasan
Nilai Keluarga
Nilai Kemanusiaan
Nilai Keadilan
Nilai Kejujuran

Nilai kejujuran dalam moral islam meliputi :
Penuhilah janji Allah. Yang demikian itu diperintahkan Allah kepadamu agar kamu ingat,
· dan bahwa (yang Kami perintahkan) ini adalah jalan-Ku yang lurus, maka ikutilah dia; dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain), karena jalan-jalan itu mencerai-beraikan kamu dari jalan-Nya. Yang demikian itu diperintahkan Allah kepadamu agar kamu bertakwa.

Kesimpulan
1. Kejujuran adalah landasan dan dasar dari perilaku manusia yang baik

2. Kejujuran dan kebohongan pasti menuai hasilnya

3. Berbuat dan bekerja dengan hati yang lurus akan memenuhi nilai kejujuran

Kepentingan Kekeluargaan Menurut Islam

Keluarga adalah merupakan struktur asas bagi keseluruhan sistem sosial dan kebudayaan di dalam Islam. Ia adalah merupakan satu institusi yang menjamin kestabilan sosial dan kebudayaan masyarakat keseluruhannya. Ia mengekalkan kehidupan manusia dan kebudayaan, meneruskan peranan manusia sebagai khalifah Allah di atas muka bumi ini bergantung kepada berkesannya jentera yang menjamin pembiakan umat manusia.

Saban hari kita melihat institusi kekeluargaan menjadi makin porak peranda. Yang terbaru kisah bekas Menteri Kesihatan Malaysia yang terpaksa menelan kepahitan akibat perbuatan zinanya yang menyebabkan seluruh keluarganya menerima tamparan yang cukup hebat. Semua agama tidak membenarkan 'sex before mariage'. Apakah lagi Islam yang syumul mewajibkan hukuman yang setimpal kepada penzina ini bagi menjaga institusi kekeluargaan.

Di dalam konteks masyarakat pula, negara dikejutkan dengan kehilangan adik Sharlini, rentetan kepada kisah adik Nurin Jazlin yang masih tidak berkesudahan. Dari aspek kekeluargaan yang diterbitkan melalui institusi kemasyarakatan, rakyat negara ini sudah terhakis nilai 'sikap ambil tahu' yang membawa kepada kepunahan kepada masyarakat itu sendiri.

Fungsi kekeluargaan tidak dapat sempurna tanpa adanya pendidikan, pembentukan keperibadian, pembinaan nilai dan pengarahan ke arah ciri ciri keagamaan dan kebudayaan. Tidak ada institusi atau kumpulan institusi institusi lain yang dapat mengambil alih peranan ini daripada institusi keluarga secara menyeluruh. Ini adalah kerana peranan yang dimainkan oleh institusi keluarga adalah merangkumi dan berterusan. la diasaskan kepada rasa tanggungjawab di kalangan setiap ahli keluarga.

Sebab itulah kita dituntut untuk mengembalikan semula nilai kekeluargaan ini bagi membawa kehidupan seharian mengikut fitrah yang telah ditetapkan olehe Pencipta manusia itu sendiri, Allah s.w.t. Jikalau kita menkaji sirah Rasulullah itu sendiri, Baginda dilahirkan dari sebuah masyarakat yang tebal dengan fahaman asbiyyah (kekeluargaan) kerana peranan keluarga sangat penting untuk menyebarkan dakwah itu sendiri.

"Hai orang orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu daripada apt neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu.." (Al Tahrim: 6)

"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikan kami imam bagi orang orang yang bertaqwa." (Al Furqan: 74)

"Ya Tuhan kami, jadikanlah aku dan anak cucuku orang orang yang tetap mendirikan salat, ya Tuhan kami, perkenankanlah do'a ku. Ya Tuhan kami, beri ampunlah aku dan kedua ibu bapaku dan sekalian orang orang mu'min pada hari hisab." (Ibrahim: 40-41)