Friday, December 31, 2010

Lentok Lentik Di Tahun 2010





2010...

macam-macam hal dah aku lalui dan hadapi, ada yang manis dan ada yang pahit. Tapi aku rasa itu sememangnya ragam dunia..orang tua-tua kata,hidup ibarat roda..sentiasa berpusing dan kembali kepada yang titik yang asal,cuma yang membezakan roda tu adalah berapa inch roda yang di pakai..17 inch ke..18 inch ke.. ada kemungkinan datuk nenek kita pakai roda saiz 21 inch...biasalah, orang yang terlebih dahulu merasa asam garam kehidupan.

2010..

tak lama lagi, angka kat belakang tu akan di gantikan dengan angka satu..usia semakin meningkat,harus maju kehadapan,yang belakang kita tinggalkan dan ambil sebagai ikhtibar dan pedoman.. aku yang masih memikul tanggungjawab selaku pelajar kenalah memulas throttle pemikiran ini untuk maju beberapa langkah lagi ke hadapan. Aku ni boleh dianggap sebagai Proton Wira tahun 94,buruk,takde harga dan lembab.. namun disebabkan part-part JDM(Japan Domestic Car) yang melimpah ruah dia kedai-kedai potong sekarang serta pelbagai teknik pengubahsuaian enjin.. aku dah mampu mendabik dada untuk bangun setara mereka-mereka yang moden dan ala-ala moden...*perumpamaan semata-mata




2010..

Tahun di mana aku menjumpai seorang permata yang menyinari hidup ini kembali, membuat aku merasa gembira..gembira seolah-olah berterbangan di awangan yang damai bertemankan sang burung yang galak bermain bersama teman-temannya..bebas. Perasaan nyaman ini ditambahkan lagi dengan persiapan selaku "bakal raja sehari" akan datang.. Aku ingin senyum selebarnya. Aku ingin menghembus nafas lega. Aku ingin berimaginasi ke kayangan.

2010..

Kau beri pelbagai jenis peninggalan baik dari segi memori dan lahiriah..semoga ia akan menjadi kenangan yang terindah buat semua insani di dunia ini..

2011..
Aku ingin lebih dewasa
Aku ingin lebih baik dari hari-hari sebelumnya..
Aku ingin berjaya dalam hidupku dan hidup si dia..
Aku ingin menjadi Aku..



Tuesday, December 28, 2010

Perkahwinan : Pemilihan Calon Isteri

Artikel kali ini menyentuh kepada pemilihan calon isteri berasaskan kriteria berikut:
  1. Agama
  2. Keturunan
  3. Kecantikan
  4. Harta
  5. Anak dara
  6. Berakhlak mulia
  7. Perempuan yang tiada pertalian kekeluargaan yang dekat.
  8. Keturunan yang ramai anak:-
Sabda Rasullullah S.A.W

... kamu kahwinilah wanita-wanita yang subur dan pengasih kerana sesungguhnya aku bangga dengan umat yang ramai. (Riwayat Abu Daud)

Sabda Rasulullulah S.A.W:

Dikahwini akan perempuan itu kerana empat perkara: hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah dari kalangan mereka yang beragama nescaya kamu akan selamat.

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


gambar hiasan

Thursday, December 23, 2010

Khas untuk mereka yang bajet comel

Sering kali kita lihat pelbagai pose telah di tonjolkan oleh segelintir pelayan laman sosial pada masa kini. Lidah terjelir, simbol peace, rambut terburai..yang pacak pun apa kurangnya, baju lurah..dan pelbagai lagi. Apa tujuan sebenar disebalik setiap usaha ini. Adakah ingin tampil cantik, manis, cute atau sebagainya. Tapi apa-apapun saya pasti tujuannya adalah untuk menutup setiap part-part yang 'kurang comel' dalam diri mereka.

Mengapa usaha sedemikian rupa harus dilaksanakan, mengapa tidak tampil dengan identiti yang tersendiri sahaja. Anda tidak bangga dengan diri anda?? Cermin-cermin lah diri. Be original, Keep Originality. Contohi insan berani seperti di bawah.


Tahniah untuk beliau..ekekeke

Wednesday, December 22, 2010

Cuba perah sikit otak tu..

Entri kali ni mengisahkan tentang sikap segelintir manusia yang hanya mementingkan diri sendiri tanpa menghiraukan tentang orang lain. Aku percaya ada segelintir antara kita ini yang sudah biasa dengan sikap segelintir orang seperti ini. Nak di jadikan cerita, semalam aku ke supermarket untuk shopping barang2 rumah..bawalah adik-adik dan Mama aku. Supermarket ni takdela sesuper yang di sangka, laluan memberi barang hanya muat untuk satu troli sahaja..


keluasan antara rak barang dengan rak barang yang lain..

Jadi, memang agak sukar bagi pelanggan untuk men'drift' troli mereka semua. Sebenarnya itu tidak menjadi masalah bagi aku, tapi yang menjadi masalah bagi aku adalah segelintir pelanggan yang tak reti-reti nak plan setiap apa yang mereka nak buat. Ini bukannya supermarket yang seluas tesco atau giant. Supermarket ini boleh di umpama seperti sekankang kera jer keluasannya. Jadi kenapa perlu mengunakan troli untuk mengangkat cuma 6,7 barang jer.. mungkin ada kebenaran orang yang mengatakan peratus terbesar penduduk di malaysia ini masih pada takuk mentaliti tahap 3 sahaja.. fikir kesenangan sendiri tanpa fikirkan keadaan orang lain. Bakul ada tapi tetap nak guna troli, apekes??? Aku harap,para pembaca yang lain semua boleh ambil ikhtibar dari kisah yang tak seberapa ini.



Ini adalah beberapa troli yang berjaya di snap..

Friday, December 17, 2010

Kenapa perlu sombong

Sejauh mana kehebatan kamu yang suka sangat nak berlagak,meninggi diri serta menderhaka kepada Insan yang menjaga kamu dari kecil..

Sedarkah kamu, di mana kamu berpijak sekarang ?

Sedarkah kamu, siapa yang melengkap tempat tidur dan pakaian kamu ?

Sedarkah kamu siapa yang melahirkan kamu ?

Sedarkah kamu siapa yang sanggup lakukan apa sahaja bila kamu berada di hospital terlantar sehingga sebulan??

Sedarkah kamu akan semua itu ??

Mampukah kamu hidup bersendirian jika Beliau tidak mengendahkan kamu. Memang betul, Beliau sering marah terhadap kamu, namun sedarkah kamu apa salah kamu??

Janganlah kamu berbangga dengan ilmu yang kamu ada sekarang..kerana jika tidak di redhai..adakah ilmu itu diberkati...

Kamu memang degil, suka meninggi diri.. aku biarkan sahaja melihat gelagat kamu dan sehingga kini aku hanya memandang mu umpama remaja belasan tahun. Aku harapkan suatu hari nanti kamu akan menjadi orang yang sesuai untuk usia kamu. Janganlah melawan cakap orang tua..kerana..sejauh mana pun kamu pergi,kamu tidak dapat mampu menyaingi apa yang orang tua kamu telah lakukan kepada kamu.

dan ingatlah..kehidupan di dunia ini seolah-olah roda..apa yang kita buat pada hari ini akan di balas pada suatu masa kelak,mungkin kamu akan tersengih bila membaca penulisan ini..tapi ingatlah..hari itu akan tiba,dan kamu akan menyesal.



Jika Dulu..

Jika Dulu..

Saya terlalu meminati memiliki kereta berpretasi tinggi untuk dijadikan sebagai kereta persendirian. Apa kelebihan kereta-kereta seperti ini..sudah tentu keseronokan dalam memandu. Kepuasan hati yang tak terkata..tapi itu sebenarnya perlu di lihat pada diri seseorang itu jugak. Kereta-kereta sebegini ada pengikutnya masing-masing. Kereta yang di lengkapi dengan fulltime 4WD, pengecas turbo, punyai 6 gear, daya pecutan yang tinggi, sistem suspensi yang mampu melekat di jalanan..semuanya ini amat menyeronok kepada pemandu seperti saya. Ingin saya berkongsi di sini beberapa model kereta yang menjadi pilihan saya keesokan hari.


Mitsubishi Evo 10


Subaru Impreza STi v10


Mitsubishi Evo 9
Subaru Impreza v.10

Mitsubishi Evo 9

Dan setelah menyedari yang saya akan memasuki alam rumahtangga bersama tunang tersayang, selera saya terus berubah..saya sudah mula fokus kepada kenderaan dari jenis MPV (Multi Purpose Vehicle). Saya inginkan kereta yang luas untuk keluarga saya kelak..tambahan pula family di belah tunang saya lebih ramai jumlahnya..jadi kereta jenis ini adalah yang paling sesuai bagi saya. Senang untuk kami bergerak kemana-mana dalam jumlah yang ramai. Jadi kereta-kereta yang menjadi pilihan suatu hari nanti adalah seperti berikut.


Perodua Alza--pilihan utama


Perodua Alza - gambar yang ini adalah
model sebenar bagi Alza (Malaysia) yang kini berada di jepun


Honda Stream RS-Z


Honda Stream

Nissan Livina Impul

Nissan Livina Impul

Thursday, December 16, 2010

Orang Tua Yang Asyik Nak Cepat jer

Pagi tadi semasa sedang aku asyik menunggu nasi bungkusku siap untuk di bungkus, lantas datang seorang Packik Tua memandu masuk ke kawasan kedai makan tersebut, mata aku lantas memandang setiap gerak geri Pakcik itu. Sebab aku ni pantang tengok orang tua, biasalah nak belajar adat-adat hidup ni kena banyak tengok gerak-geri dari orang yang dah lama makan garam ni. Semasa memparking kereta beliau, Pakcik Tua ni sedar yang dia menghalang laluan keluar masuk jalan rumah orang. Jadi dengan segera dia mengalihkan kenderaannya itu ke tepi. Dengan berpakaian baju melayu, berkain pelikat lusuh dan berkopiah kekuningan dia memberi salam serta menegur tuan kedai tu. Pagi-pagi lagi dia dah mensedekahkan senyuman kepada semua yang ada di kedai. Lebih dari tu, dia memberi sedikit buah tangan kepada tuan kedai.

Kemudian, selang beberapa ketika selepas itu, datang pula seorang Pakcik Tua menaiki Van. Dengan laju dia mem'parking' kereta beliau dan menghalang laluan keluar masuk. Semua mata yang berada di kedai pada ketika itu memandang Pakcik Tua yang baru saja turun dari Van buruk beliau. Dengan berpakain yang sangat selekeh yang mencapai tahap pemakaian ntah pape, Beliau datang kepada tuan kedai dengan keadaan termengah-mengah terus memesan.. "Wak mari 4 bungkus nasi,derah skit ambo lorat nih(tolong bungkus nasi 4 bungkus,cepat sikit aku nak cepat)" Tuan kedai tanpa berkata apa-apa terus membungkus nasi Pakcik ini.Saya namakan beliau dgn Pakcik B.

Walaupun Pakcik B ni datang lewat namun tuan kedai terpaksa menyiapkan nasi beliau terlebih dahulu. Dengan pantas, Pakcik B ni melemparkan duit bernilai RM6 kepada tuan kedai seraya berkata "ambik pitih ni (ambil duit ni)". Aku dapat sedari ramai pelanggan yang kurang selesa dengan apa yang berlaku di depan mata mereka,begitu juga aku,..berasap gak..Tanpa berkata panjang, Pakcik B ni terus berlalu begitu sahaja tanpa sebarang lafaz jual beli. Lalu tuan kedai bersuara.."Ambo beraso dio ni lamo doh duk beli sini,dio dok tahu nasi loni rego RM 2 sebungkus?"

Lantas mulut aku terngaga comel...

Ada gak orang tua camni..lansung tak boleh di buat contoh walau sikit pon. Aku boleh cakap yang perangai Pakcik memang tak secomel ngaga aku tadi..sape sokong??


Inspira VS Lancer

Fenomena copy&paste juga telah berjaya di terapkan di dalam pembinaan kereta. Namun sejauh mana pencapaian mereka itu, adakah kualiti,mutu serta prestasi menyamai model yang di ditiru. Baru-baru ini kita telah digemparkan dengan kejayaan Proton dalam meniru model keluaran Mitsubishi iaitu Lancer yang di beri nama Inspira. Namun Proton telah mengeluarkan kereta konsep yang mengunakan Inspira sebagai model asas. Model itu telah di beri nama Jebat. Agak mengagumkan jika dilihat pada rekabentuk yang diketengah oleh pihak proton.

Namun, sejauh mana kepercayaan kita terhadap kualiti kereta tersebut. Sudah sekian lama kita mengetahui janji manis pihak Proton dalam menghasilkan kereta-kereta yang bermutu dari segi iklan dan percakapan sahaja. Kami selaku penguna bijak,inginkan sebuah produk yang mampu memuaskan hati kami. Mampukah pengeluaran Inspira ini menepis segala tanggapan buruk setiap pengkritik kereta Proton?

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai model terbaru proton ini, anda boleh lah melawati laman sesawang dengan sini.


Proton Jebat
Muka depan

Proton Jebat
Facelift terbaru yang mungkina boleh dipakaiguna oleh Proton Inspira

Proton Jebat
Jebat mengetengahkan konsep "Wide Bodykit"

Proton Jebat Recaro
Seat Recaro??

Proton Jebat Clarion
Touch Screen sudah menjadi trend pada masa kini

Evolution 10
Ini lah model asal kepada Proton Inspira

Dosa yang lebih besar dari penzina




Artikel ini di ambil terus dari seorang sahabat,semoga apa yang di kongsi ini mampu sedikit sebanyak mengundang perasaan sedar dan insaf di kalangan rakan-rakan ISLAM.

Pada suatu senja yang lenggang, terlihat seorang wanita berjalanterhuyung-huyung. Pakaianya yang serba hitam menandakan bahwa iaberada dalam dukacita yang mencekam. Kerudungnya menangkup rapat hampir seluruh wajahnya. Tanpa hias muka atau perhiasan menempel di tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan roman mukanya yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang tengah merosakkan hidupnya.Ia melangkah terseret-seret mendekati kediaman rumah Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu pelan-pelan sambil mengucapkan salam.

Maka terdengarlah ucapan dari dalam "Silakan masuk".

Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terusmerunduk. Air matanya berderai tatkala ia berkata,

"Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya. Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya."

"Apakah dosamu wahai wanita ayu?" tanya Nabi Musa a.s. terkejut.

"Saya takut mengatakannya."jawab wanita cantik.

"Katakanlah jangan ragu-ragu!" desak Nabi Musa.

Maka perempuan itu pun terpatah bercerita,

"Saya...........telah berzina".

Kepala Nabi Musa terangkat, hatinya tersentak.

Perempuan itu meneruskan,

"Dari perzinaan itu saya pun... lantas hamil. Setelah anak itu lahir, langsung saya... cekik lehernya sampai... mati,"

Ucap wanita itu seraya menangis sejadi-jadinya.

Nabi Musa berapi-api matanya. Dengan muka berang ia mengherdik,

"Perempuan bejad, nyah kamu dari sini! Agar siksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku karena perbuatanmu. Pergi!"... teriak NabiMusa sambil memalingkan mata karena jijik.

Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu, hancur luluh segera bangkit dan melangkah surut. Dia terantuk-hantuk keluar dari dalam rumah Nabi Musa. Ratap tangisnya amat memilukan. Ia tak tahu harus kemana lagi hendak mengadu. Bahkan ia tak tahu mau dibawa ke mana lagi kaki-kakinya. Bila seorang Nabi saja sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya.Ia tidak tahu bahwa sepeninggalnya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa.

Sang Ruhul Amin Jibril lalu bertanya ckp Nabi Musa,

"Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari berlakunya zina ada kau mengetahui bahawa ada dosa yang lebih besar daripada berzina dan membunuh ? " Nabi Musa terperanjat.

"Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita pezina dan pembunuh itu?" maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril.

"Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?"

"Ada!" jawab Jibril dengan tegas.

"Dosa apakah itu?" tanya Musa kian penasaran.

"Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar daripada seribu kali berzina"

Mendengar penjelasan ini Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk menghadap kembali kepadanya. Ia mengangkat tangan dengankhusuk untuk memohonkan ampunan kepada Allah untuk perempuan tersebut. Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahwa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya. Berarti ia seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tidak punya hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya. Sedang orang yang bertobat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh berarti masih mempunyai iman di dadanya dan yakin bahwa Allah itu berada di jalan ketaatan kepada-Nya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mau menerima kedatangannya.

(Dikutip dari buku 30 kisah teladan - KH Abdurrahman Arroisy)

Dalam hadis Nabi SAW disebutkan : Orang yang meninggalkan sholat lebih besar dosanya dibanding dengan orang yang membakar 70 buah Al-Qur'an,membunuh 70 nabi dan bersetubuh dengan ibunya di dalam Ka'bah. Dalam hadis yang lain disebutkan bahwa orang yang meninggalkan sholat sehingga terlewat waktu, kemudian ia mengqadanya,

maka ia akan disiksa dalam neraka selama satu huqub. Satu huqub adalah delapan puluh tahun. Satu tahun terdiri dari 360 hari,sedangkan satu hari di akhirat perbandingannya adalah seribu tahun di dunia. Demikianlah kisah Nabi Musa dan wanita pezina dan dua hadis Nabi, mudah-mudahan menjadi pelajaran bagi kita dan timbul niat untuk melaksanakan kewajiban sholat dengan istiqomah.

Tolong sebarkan kepada saudara-saudara kita yang belum

mengetahui.

Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaa ilaaha illa anta,

astaghfiruka wa atuubuilaiik.

Wassalam

Orang berlaku penzinaan tidak bererti kamu tidak boleh menunaikan sembahyang lima waktu sehari semalam . Kita sebagai umat Islam wajib melakukan sembahyang lima waktu sehari semalam kerana kita sudah bersumpah dengan Allah S.W.T . Apabila kita melakukan penzinaan kita cuma terhapus pahala kita sahaja . Kalau kita tidak menunaikan sembahyang maka pada hari tersebut kita tidak Islam . Cuma lihat dibawah ini .

I = Isyak

S = Subuh

L = Luhur @ Zohor

A = Asar

M = Maghrib

Ketahuilah sekiranya kita meningalkan salah satu solat sembahyang lima waktu bermakna kita tidak Islam pada hari tersebut sebagai contoh kita meninngalkan solat Subuh dan Solat Asar Kita akan menjadi ILM . Ianya menjadi sedemikian kerana anda meninggalakan Solat Subuh dan Solat Asar. Begitulah sebaliknya anda meninggalakan solat LIma waktu sehari semalam . Sepatutnya kita menjadi ISLAM pada hari tersebut .

Takutilah Hari Pembalasan Kita Di Akhirat Kelak

Hitunglah Amal Kita Di Dunia Ini..

Adakah Anda Terfikir Semua Nikmat Yang Allah Berikan Pada Setiap Hari , Dapatkah Kita Membalas NikmatNYa Ketika Anda Di Dalam Akhirat Kelak dengan Semua Amalan Kita Semasa Di Bumi . Ingatlah Wahai Umat Islam Kita Di Dunia Ini Adalah Seorang Musafir sahaja ..........

Bukannya Kita Hidup Kekal Buat Selama - lamanya Sepertimana Anggapan Orang Yahudi Dan Nasrani

....Setiap Yang HIdup Akan Mati ...........

Baju Kegembiraan

Wahai Hati yang gelap..
Jika dulu kau sering saja bermurung
Jika dulu kau sering saja bersendirian
Jika dulu kau sering saja comot

Wahai Hati yang gelap..
mengapa kau menyeksa diri kau sedemikian rupa..
mengapa perlu kau hiasi diri kau dengan pakaian yang buruk seperti itu
sedangkan kau masih punya pakaian yang cantik yang masih tersimpan di almarimu
ambil lah ia dan sarungkanlah pada dirimu

Wahai Hati yang gelap..
linangan air yang membasahi dirimu itu sudah tidak layak lagi..
bangunlah dan cari kembali baju yang cantik itu
semoga kau mampu tampil dengan kecantikan serta kegagahan yang unggul
yang mampu menolak dan menepis segala jenis cobaan yang mendatang

Wahai Hati yang gelap..
berhentilah untuk hanya duduk dan cuma menanti apa yang telah pergi meninggalkan kau
dongak dan pandanglah ke langit
tidak kah indah pemandangan di situ
namun sedarkah kau bahawa keindahan kau lebih tinggi berbanding keindahan di langit itu


Wednesday, December 15, 2010

Kursus Kahwin Saya Berjaya


Alhamdullillah, saya sudah selesai menghadiri kursus perkahwinan yang berlansung pada 14 & 15 bulan 12 di mana ia dilansungkan di Dewan peladang Inn, Machang Kelantan. Banyak yang di ajari serta dipelajari sempena kursus tersebut. Semuanya mengenai persiapan menghadapi alam rumahtangga dan cara-cara untuk membentuk keluarga yang baik.

Sudah semestinya langkah ini mendatangkan banyak faedah kepada bakal suami isteri yang akan mendirikan rumahtangga. Informasi yang di salurkan sekaligus membantu mereka-mereka yang kurang arif dalam hal rumahtangga seperti saya untuk menyiapkan diri masing-masing agar bersedia untuk menempuh dunia berkeluarga kelak.

Terima kasih jua di ucapkan kepada tunang saya yang sering mengingatkan saya untuk menjalani kursus tersebut, kerana jika mengharapkan saya untuk pergi sudah tentu bermacam jenis alasan saya keluarkan untuk menangguh perkara yang baik seperti ini.

Terima kasih jua kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program seumpama ini. Di harap program ini dapat melahirkan keluarga yang bahagia serta mendapat ketenangan dari Allah S.W.T untuk dijadikan role model kepada mereka yang sepatutnya.

Sunday, December 12, 2010

Dambaanku..

Honey..

Dear inginkan satu kejujuran yang utuh dari Honey..
Dan Honey telah hadiahkan kemanisan kepada Dear..

Dear inginkan kasih dan sayang dari Honey..
Dan Honey berusaha sedaya mungkin untuk membalas yang terbaik untuk Dear..

Dear inginkan perhatian yang lebih dari Honey..
Dan Honeybersungguh untuk menyayangi Dear seikhlas hati Honey..

Dear inginkan cinta yang murni dari Honey..
Dan Honey menjaga Dear dengan kasih sayang,kejujuran dan perhatian yang tak berbelah bagi..

Terima Kasih Honey...
Terima Kasih kerana menjadi ratu di hati Dear..
Terima Kasih kerana menjadi pendamping di hati Dear..

Semoga apa yang kita alami selama ini akan mengukuhkan lagi hubungan kita hingga ke akhir hayat..


~Love You Honey~



Tuesday, December 7, 2010

Dua bulan Sebelas Dua ribu Sepuloh

Honey..

bermula di bangku sekolah lagi, hati ini tidak dapat menipu perasaan sebenar kepada Honey..

sering ingin bersama Honey.. melihat senyum tawa gembira di wajah Honey pada ketika itu..

namun Dear cuma mampu memandang dalam mengintai setiap kemanisan gelak tawa Honey..

Dear pernah berangan untuk menjadi pendamping kepada Honey pada ketika itu..

namun Dear sedar yang diri ini mungkin tidak sesuai untuk memenuhi ruang hati Honey pada ketika itu.

perpisahan yang berlaku dalam jarak yang sangat panjang itu kadang kala mematahkan semangat Dear untuk terus berharap akan kehadiran Honey dalam hidup ini..

akan tetapi, Dear cukup bersyukur apabila pertemuan kita yang terjadi di alam maya telah membawa kepada seribu macam perasaan..

Dear tak mampu untuk menjelaskan bagaimana perasaan Dear pada ketika itu..ternyata cuma air mata menjadi penyambut..bukan kerana kesedihan tetapi kegembiraan yang amat nyata..

Honey...

Jika dulu Dear tidak berani meluahkan perasaan yang lama terpendam dalam diri ini, tapi sekarang..Dear cuba menyatakan isi hati Dear yang sejelasnya kepada Honey..

Dear cintakan Honey

Dear sayangkan Honey


dan pada 2.11.2010.. Dear berjaya menyatakan perasaan tersebut Dear pada Honey

Honey..terima kasih kerana menerima cinta Dear..