Friday, October 23, 2009

Mengapa..

Mengapa sukar untuk seseorang itu untuk jujur

Mengapa sukar untuk mempercayai kejujuran

Jujur adalah satu anugerah..

Jujur adalah tanda kepercayaan yang luhur

Satu perasaan yang wujud dari hati

Hati seorang insan yang menghambakan perasaannya kepada insan lain

Perasaan yang wujud apabila hati terasa dekat dengan insan yang dipuja

Namun..dalam diam..perasaan ini boleh membunuh..

Membunuh setiap perasaan yang sedang dibina

Dan akhirnya..nilai kejujuran itu hanyalah sehelai daun kering yang berguguran



Monday, October 19, 2009

Khusyuk dalam solat.Bagaiman caranya?



Khusyuk di dalam solat sgt di tuntut Allah, seperti firmannya,


yang bermaksud “Telah berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu orang-orang yang khusyuk dalam sembahyangnya”[Surah Al-Mukminun : ayat 1-2]. Firman-Nya lagi:-

“Peliharalah segala sembah yangmu dan peliharalah sembahyang utama (Asar, Subuh) dan berdirilah untuk Allah (melalui solatmu) dengan khusyuk” [Surah Al-Baqarah : ayat 238] dan ketahuilah, solat adalah ibadah utama yang akan dihisab terlebih dahulu di akhirat oleh Allah SWT, berbanding dengan amalan-amalan yang lain. Sekiranya solat seseorang itu dalam keadaan sempurna, maka barulah dihitung pula amalan yang lain. Firman Allah lagi:-
yang bermaksud : “Maka kecelakaanlah bagi orang-orang solat, (iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya.” [Surah Al-Ma'un : ayat 4-5]

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud “Berapa banyak orang yang mendirikan solat, tetapi yang di perolehi hanya penat dan letih, kerana mereka itu lalai dalam sembahyangnya.” Nabi s.a.w bersabda lagi yang bermaksud : “Tidak ada habuan bagi seseorang hamba dalam sembahyangnya kecuali sekadar mana yang ia ingat.” Hadis lain dari Rasulullah s.a.w. “Aku selalu mengingati mati dalam sembahyang”. serta “Apabila kamu sembahyang anggaplah sembahyang ini sembahyang perpisahan”. Yang dikatakan khusyuk itu ialah hati sentiasa hidup, untuk mengekalkan sembahyang yang khusyuk, amalan berikut perlulah diamalkan dan diperhatikan oleh setiap orang yang mengerjakan sembahyang:

1. Menjaga makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain supaya datang dari punca yang halal tanpa syubhah.

2. Agar pemikiran tidak liar, sebelum solat lintaskan kematian seakan-akan amat hampir dengan kita serta solat tersebut merupakan sholat terakhir dan perlulah dijadikan yang terbaik.

3. Mendirikan sembahyang di awal waktu atau pertengahan waktu supaya tidak gopoh apakala masa hampir luput.

4. Membaca dengan baik (Khusnul Qori’ah), berusaha untuk memahami, mengerti bacaan dalam solat termasuk ayat Al-Quran yang dibacakan itu terutama sekali Al Fatihah, gerakan dan maknanya (Tafakhum). Ini kerana bacaan-bacaan dalam solat mengandungi banyak makna yang halus yang patut dimengertikan oleh orang yang melaksanakannya.

5. Rukun-rukun solat dilakukan secara tertib. Berusaha konsentrasi (Khudunul Kolbih), menyedari bahawa Allah memperhatikan sembahyang itu.

6. Rasa Malu (Haya’) perasaan malu terhadap Allah s.w.t., rasa takut (Khauf) kepada kekuasaan Allah.

7. Berharap serta yakin (Optimis) Allah menerima solat dan amal kita.

8. Hati diajak hadir/ikut, kehadiran hati dalam solat iaitu mengosongkan hati dari segala urusan yang boleh mengganggu dan yang tidak berkaitan dengan solat.

9. Membesarkan Allah dalam solat, merasakan kehebatan Allah dalam solat.

10. Menggunakan sejadah yang tidak terlalu banyak gambar yang akan menghayalkan pemikiran.

11. Mendirikan sembahyang secara berjemaah.

12. Mengambil wuduk dengan sempurna.

13. Mengurangkan pergerakan anggota-anggota seperti tangan, kaki dan juga Mata ditumpukan kepada tempat sujud dan ketika tasahut melihat anak jari.

14. Azan dan iqamat terlebih dahulu walaupun mendirikan sembahyang bersendirian ataupun sekurang-kurangnya iqamat sahaja.

15. Ditegah bersembahyang dengan pakaian yang ada gambar, berwarna warni, bertulis, lukisan dan lain-lain kerana ia juga membuat orang lain hilang kekhusyukan ketika berjemaah.

Walau apapun syarat khusyu’ yang paling utama ialah kemantapan iman dalam diri terhadap Allah SWT. Oleh sebab itu, berusahalah untuk mengenali Allah dan memperteguhkan keimanan kepadaNya. Sebenarnya, khusyuk di dalam sembahyang bermula dari khusyuk di luar sembahyang. Kalau di luar sembahyang hati tidak khusyuk dengan Allah, memang payah untuk khusyuk di dalam sembahyang. Imam Al-Ghazali menyatakan bahawa orang yang tidak khusyuk solatnya adalah dikira sia-sia belaka, kerana tujuan solat itu selain untuk mengingati Allah SWT, ia juga berfungsi sebagai alat pencegah dari perbuatan keji dan mungkar.

Apabila lalai ketika menunaikan solat bererti orang tersebut tidak akan berasa gerun ketika melakukan perkara keji dan mungkar. Menurutnya lagi bahawa solat itu merupakan “munajat” (berdialog dan berbisik) seorang hamba terhadap Tuhannya. Sayidina Ali k.w. boleh khusyuk dalam sembahyangnya hingga waktu orang mencabut panah di betisnya, dia tidak terasa apa-apa. Sayidina Umar Al Khattab pernah berkata, “Khusyuk itu bukan tundukkan kepala, tapi khusyuk itu dalam hati.”

Kesimpulannya orang-orang yang takut kepada penciptanya dan menyedari ia hanyalah hamba akan patuh apasaja yang diperintahkan dan disampaikan oleh rasul serta akan khusyuk mendapat nikmat solat seperti firman Allah yang bermaksud:

“Jadikanlah Sabar dan Solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk. (Yakni) orang-orang yang meyakini, bahawa mereka akan menemui Tuhannya dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya” [Surah Al-Baqarah : ayat 45-46].


post ini dicopy-paste dari satu sumber yang lain. Pemilik hanya ingin berkongsi serta mengingatkan rakan-rakan muslim yang lain.

Kelebihan Berwudhu


"Dan dirikan solat. Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan-perbuatan keji dan mungkar"
(Al-Ankabut: 45)
Apakah keajaiban di sebalik kita berwudhu? Kini telah ramai pakar perubatan moden yang mengkaji kebaikan berwudhu'.wudhu merupakan senjata orang mukmin









.Allah berfirman:
"Hai orang-orang yang beriman,apabila kamu hendak mengerjakan solat maka basuhlah mukamu dan tanganmu hingga ke siku dan sapulah kepalamu dan basuh kakimu ke dua-dua mata kaki, jika kamu junub maka mandilah, jika kamu sakit atau dalam perjalanan dalam kembali dari tempat buang air atau menyentuh perempuan, lalu kamu tidak memperoleh air, maka bertayamumlah dengan tanah yang baik, sapulah mukamu dan tanganmu dengan tanah itu. Allah tidak hendak menyusahkan kamu tetapi dia hendak membersihkan kamu dan menyempurnakan nikmat-Nya bagimu, supaya kamu bersyukur"
(Al-Mai'dah:6)

Wudhu' tidak hanya sekadar membersikan anggota badan yang zahir dan bukan sekadar menyucikan badan yang dilakukan secara berulang kali setiap hari. Pengaruh kejiwaan dan kemuliaan rohani dan dirasakan seorang muslim setelah berwudhu' lebih besar daripada hanya sekadar diungkapkan dengan kata-kata, terutama apabila dia telah melakukan wudhu' dengan sempurna dan baik.

Wudhu' memiliki peranan yang besar bagi kehidupan seorang muslim kerana wudhu' akan menjadikannya selalu sedar dan bertenaga dalam hidupnya. Perkara ini sebagaimana dinyatakan sabda Nabi S.A.W yang diriwayatkan oleh Muslim:-
"Siapa yang berwudhu', dengan sempurna, maka dosa-dosanya keluar dari badan hingga ada yang keluar dari bawah kukunya."

"Siapa yang berwudhu' kemudian dia menyempurnakan dengan membasuh kedua-dua tangan, wajahnya, menyapu kepalanya dan kedua telinga, lalu dia berdiri melaksanakan solat wajib, maka dosanya diampuni pada hari itu. Dosanya diampuni selama dia menjaga kemana kakinya berjalan, menjaga apa yang dipegang tangan yang didengar telinga, yang dilihat matanya dan selama dia mencegah dirinya terjerumus ke dalam keburukan."
(H.R Ahamad dari Abu Umamah)


Membasuh anggota wudhu' yang berfungsi menghilangkan debu di badan tertentu tidak diragui lagi manfaatnya sangat besar bagi
kesihatan secara umum. Hal ini disebabkan oleh anggaota badan sepanjang hari selalu dihinggap jutaan bakteria yang berasal dari setiap ruang cubic udara. Bakteria selamanya menyerang badan melalui kulit dan di tempat-tempat yang terbuka.Hal ini dengan berwudhu', dengan berwudhu' bakteria akan hilang dengan sendiri dari permukaan kulit yang di sirami dengan air, terutama apabila diiringi dengan memijak-mijak secara baik dan menyiramkan air secara merata seperti yang diajar oleh Rasulullah S.A.W, sehingga setelah berwudhu' tidak ada lagi kotoran dan bakteria yang melekat di badan, kecuali Alllah S.W.T menghendakinya .

a) Berkumur-kumur
Kajian moden menetapkan berkumjur-kumur dapat menjaga mulut dan kerongkong dari radang dan menjaganya dari terjadi radang gusi. Hal ini keraan berkumur-kumur berfungsi memelihara gigi dan menbersihkannya dari sisa-sisa makanan yang masih melekat. Manfaat lain yang sangat penting adalah dapat menguatkan sebahagian urat wajah dan menjaga kebersihannya. Hal ini merupakan sesuatu latihan penting yang telah dikenali oleh para pakar pendidikan olah raga.
Latihan ini juga bermanfaat mencipta ketenangan jiwa bagi seseorang, apabila dia benar-benar dalam keadaan menggerakkaan urat-urat mulutnya ketika berkumur-kumur.

b) Membasuh hidung
Kajian yang dilakukan sekumpulan doktor di Universiti Alexandria menetapkan ppada umumnya, orang-orang yang erwudhu' secara berterusan hidungnya bersih dari debu, kuman dan bakteria. Sebagaimana diketahui jika kita membersihkan lubang hidung dari tempat-tempat yang biasanya menjadi sarang bakteria dan kuman, lalu dibersihkan secara berterusan, maka akan menjadikan lubang hidung bersih dan aman daripada gangguan radang dan kuman. Hal ini berpengaruh kepada kesihat badan sacara keseluruhan kerana menumpuknya bakteria di lubang hidung dapa menyebabkan bahaya bagi anggota badan lain.

c) Mambasuh wajah dan kedua-dua tangan
Membasuh wajah dan kedua-dua tangan hingga kedua-dua siku memiliki manfaat yang sangat besar dalam menghilangkan debu dan bakteria, lebih-lebih lagi dalam keadaan menghilangkan peluh dari permukaan kulit. Air wudhu' juga berfungsi membersihkan kulit dari kandungan minyak yang tersimnap dari kelenjar kulit. Pada umumnya, kelejar kulit dari kandungan minyak yang tersimbap menjadi tempat yang baik bagi pembiakan kuman.So, kalau kita dah basuh InsyaAllah dah bersih

d) Kedua-dua belah kaki
Adapun membasuh kedua-dua kaki sambil memerhati dengan baik akan menciptakan perasaan tenagn dan nyaman kerana di kakilah terletak semua urat yang berhubungan dengan seluruh anggota badan. Apabila seseorang berwudhu' dengan melihat kedua-dua kakinya dengan penuh perhatian, dia seolah-olah melihat anggota badannya secara bersama. Perkara inilah antara sebab yang akan memberikan perasaan tenang dan nyaman bagi setiap muslim setelah berwudhu'

Subaahanallah!
Maha Suci Allah yang tiada sia-sia akan penciptaan-Nya..

Tahu tak macam mana nak
kurangkan masalah selsema atau flu?
Hasil kajian doktor mengesahkan bahawa dengan berkumur-kumur dengan air setiap kali dapat mengatasi diserangnya penyakit kesejukan dan demam selsema. Walaupun dalam wudhu' tu sunat tetapi ianya amat bermanfaat. Cuba bayangkan semua benda rukun yang telah Allah tetapkan,
Subhanallah...

Kepala dari sesuatu perkara ialah Islam, tiangnya adalah solat dan puncaknya adalah jidad
(H.R. At-Tirmizi)

Semoga kita tetap beristiqamah menunaikan apaa yang telah difardhukan ke atas kita.

Wallahua'lam...

Sunday, October 18, 2009

I just...


I just want to tell her..


I'm not the bad guy..


I don't meant to hurt anybody..


I'll try my best to fix this problem


and make it clear..


I'll trying my best...please forgive me of what i've done


I feel really sad right now without her..


miss to see this icon again...


:-B



Apa harusku lakukan..

Apa harus aku lakukan sekarang,
Aku rasa semakin dibenci,
kenapa tiada yang cuba bertanya mengapa aku berbuat demikian,
hanya kesalahan sahaja yang diendahkan,
kenapa harus begini,
Aku hanya ingin memperbetulkan keadaan
Ya ALLAH Ya Tuhanku,
Bantulah HambaMu ini Ya ALLAH
:-(

Saturday, October 17, 2009

Aku terus bersalah Lagi...

Usahaku untuk menjernihkan keadaan rupanya telah tersalah arah,
Aku dihimpit kebimbangan
bimbang jika aku kesalahan ini makin mengeruhkan keadaan
Niatku untuk perbetulkan keadaan tidak disangka makin memburukkan keadaan
Kebodohan aku menjatuhkan aku
aku hanya ingin lihat dia berada dalam kesenangan
tapi aku semakin membuat dia semakin tiada arah

Friday, October 16, 2009

Aku selitkan Dirimu Dalam Setiap Doaku

Berdoa meminta semoga Ditenangkan fikiranmu,hatimu serta perasaanmu

Berdoa meminta semoga dilembutkan hatimu

Semata - mata hanya untuk melihat Dirimu sentiasa tenang

Agar Dirimu senang menjalani hari - harimu

Agar Dirimu mampu menjalankan tugasmu dengan baik

Agar Dirimu mampu mengukir senyuman yang manis

Asalkan Dirimu Sentiasa Ceria

Aku tidak endahkan pulangan apa yang bakal Aku dapat

Namun..permintaanku padamu

Janganlah Dirimu mencemuhku

Walaupun diriku kini sangat dibenci olehmu

Sehingga seolah-olah sampah bagimu

Janganlah hina perasaanku ini padamu

Hanya kerana aku lelaki yang mengemis perhatian dan kasih sayangmu

Aku hanya lelaki biasa yang punya hati dan perasaan

Yang juga Seorang Hamba Allah yang lemah

Sejujur dan seikhlas..Aku masih mengharapkan mu

masih menyayangimu..

hanya itu..

Maafkan Aku..

M..

Thursday, October 15, 2009

Doa Buat Sidia







Ya ALLAH Ya Tuhanku

seandainya telah Kau catatkan Dia milikku,

tercipta untuk diriku

Satukanlah hatinya dengan hatiku

Titipkanlah kebahagiaan Ya Allah,


ku mohon Apa yang telah Kau takdirkan

Ku harap dia adalah yang terbaik buatku

Kerana Engkau tahu segala isi hatiku

Pelihara daku dari kemurkaanMu Ya Tuhanku,

yang Maha Pemurah


Beri kekuatan jua harapan

Membina diri yang lesu tak bermaya

Semaikan setulus kasih di jiwa

Ku pasrah kepadaMu

Kurniakanlah aku Pasangan yang beriman

Bisa menemani aku

Supaya ku dan dia

Dapat melayar bahtera

Ke muara cinta yang Engkau redhai

Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih Engkau sahaja pemeliharaku

Dengarkan rintihan hambaMu ini

Jangan Engkau biarkan ku sendiri

Agarku bisa bahagia

Walau tanpa bersamanya

Gantikanlah yang hilang

Tumbuhkan yang telah patah

Ku inginkan bahagia

Di dunia dan akhirat

PadaMu Ya ALLAH ku mohon segala















Wednesday, October 14, 2009

.

Kemanisan perkenalan dulu semakin tawar


Keriangan Gelak Tawanya Kini Jarang Dapat Ku Dengar


Perhatian Dia Sudah Lama Tidakku Rasa


Suara Sudah Lama tidak bermain Di Telingaku


Kata-katanya yang selama ini menjadi ilhamku sudah lama tidak kudengar


Cuma Kepahitan Yang Dapat Ku Terima


Namun, Aku terima semua itu


kerna..Aku amat menyayanginya


Di Tika Ini Aku Merasa seperti sebuah Boneka


Boneka Berisikan Roh Semata-mata


Boneka Yang Cuma Punya Perasaan Mengharap


Dia Semakin Jauh dariku


Makin Jauh Meninggalkanku


Aku Cuba Mengejar Dia




Namun Jarak Itu Seperti Tiada Titik Akhir


Aku makin merasa kesunyian kembali


Cahaya Yang Dulu Selalu Menemaniku


Kini seolah sudah berubah arah


Aku cuma boneka yang mendapat cahaya samar


boneka yang cuma tunggu untuk pecah


boneka yang tidak lagi mampu menyeri hidup dia


kerana boneka ini sudah tiada nilai lagi di hati dia


dan tidak layak lagi mendapat cahaya Dia


Akulah boneka yang terpinggir...

Tuesday, October 13, 2009

Tenangkanlah Hati Anda

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati.Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimanahendak mencuci hati.

1) Dirikan solat dan banyakkan berdo'a

Inia dalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turutkatakan "Ya,Allah
jadikan hatiku bersih"

2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w

Paling minima 100 X sebelum tidur, Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan
mencetuskan semua perkara kebaikan.

3) Solat taubat

Selain daripada memohonkeampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4) Membaca Al-Quran

Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.

5) Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari

Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6) Bisikan kepada diri perkara yang positif

Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)

7) Program minda/cuci minda

Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apayang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan
sepanjang tidur sehingga keesokan harinya -CUBALAH!!

8) Berpuasa

Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9) Cuba ingat tentang mati

(Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa)

10) Kekalkan wuduk

11) Bersedekah

12) Belanja orang makan.

13) Jaga makanan

jangan makan makanan yangsubhat

14) Berkawan dengan ulama

15) Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)

16) Pesan pada orang, jadi baik

17) Menjaga pacaindera

(mata, telinga,mulut...dsb), jangan dengar orang mengumpat.

Kenapa

Kenapa aku berperasaan seperti ini

Ada sesuatu yang tidak kena

Aku sekali lagi berperasaan seperti tidak di endahkan

Memang sedih dan menyakitkan hati jika diperlakukan sedemikian

Tapi mengapa Aku masih menyimpan perasaan pada sidia

Adakah Aku yang buta

Adakah Aku yang bodoh

Adakah Aku yang tidak sedar diri

Adakah semua persaan serba salah ini berpunca dari Aku

Apa yang aku tahu sekarang cuma terus menyayangi dan mencintai dia

Walaupun perasaan ini tidak akan berbalas..

Sunday, October 11, 2009

Hari Indah..

Hari Indah yang buruk buatku..

Setelah apa yang aku luahkan semuanya seperti tiada sebarang makna

Aku makin lemah

perasaan masih tidak dapat dibendung lagi

Apa perlu Aku buat lagi

Sidia makin menjauhkan diri dari Aku

Saturday, October 10, 2009

Siapa Aku..

Aku baru sahaja mengapai kegembiraan pada malam hari,

Namun di pagi hari,hatiku terdetik untuk berkata-kata tentang perasaan siDia terhadapku,

adakah Aku peneman dikala siDia kesunyian,

adakah Aku penyeri dikala siDia kemurungan,

adakah Aku pembela dikala siDia berada dalam keadaan serba salah,

atau Aku hanya sekadar penyibuk dalam hidup siDia,

atau Aku adalah perosak kegembiraan siDia,

atau Aku penyalah kepada setiap perbuatan siDia,

siapa Aku sebenarnya pada siDia



Friday, October 9, 2009

Sorang-Sorang jer aku

Sorang-sorang jer aku merasa,
merasa perasaan yang sering memakan hatiku,
hatiku yang tersedia ada rapuh makin tenat kurasa,
tenat dimainkan oleh keadaan yang ku lalui sekarang,


Sorang-sorang jer aku melayan setiap karenah perasaan ni,
aku harus kuat untuk tempuhi serta hadapi semua ni,
kerana masih banyak lagi cabaranku pada masa akan datang,
Aku simpan perasaan ini hanya untuk sidia,
Hanya sidia yang mampu membuka pintu
hatiku dan mengubahnya,


Sorang-sorang jer aku fikirkan hal ni,
hujan menjadi teman tika hatiku galak bersedih,
apa perlu ku lakukan sekarang..
pabila hatiku jatuh padanya,
ntah bersambut atau tidak..
tapi harapanku agar bersambut dan dibaluti
dengan kejujuran dan keikhlasan,






Thursday, October 8, 2009


Dalam sebuah hadis menerangkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda :
"Barangsiapa yang mengabaikan solat secara berjemaah maka Allah S.W.T akan mengenakan 12 tindakan yang merbahaya ke atasnya.

Tiga darinya akan dirasainya semasa di dunia ini antaranya :-


1.Allah S.W.T akan menghilangkan berkat dari usahanya dan begitu juga terhadap rezekinya.

2.Allah S.W.T mencabut nur orang-orang mukmin daripadanya.


3.Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman.


Tiga macam bahaya adalah ketika dia hendak mati, antaranya :


1.Roh dicabut ketika dia di dalam keadaan yang sangat haus walaupun ia telah meminum seluruh air laut.

2.Dia akan merasa yang amat pedih ketika roh dicabut keluar.


3.Dia akan dirisaukan akan hilang imannya.



Tiga macam bahaya yang akan dihadapinya ketika berada di dalam kubur, antaranya :-


1.Dia akan merasa susah terhadap pertanyaan malaikat mungkar dan nakir yang sangat menggerunkan.


2.Kuburnya akan menjadi cukup gelap.

3.Kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang rusuknya berkumpul (seperti jari bertemu jari).


Tiga lagi azab nanti di hari kiamat, antaranya :


1. Hisab ke atsanya menjadi sangat berat.


2. Allah S.W.T sangat murka kepadanya.


3. Allah S.W.T akan menyiksanya dengan api neraka.

Apa nak jadi..


Aku sering berkata-kata pada diriku, mengapa perasaanku terhadap sidia terlalu kuat walaupun dia telah berkali-kali berkata jangan terlalu mengharap,serta sidia juga tidak mampu memberi jawapan kepada setiap soalanku mengenai hubungan kami.. aku telah pun cuba untuk melupakan sidia,dan yang paling teruk aku buat adalah cuba belajar untuk membencinya..namun..perasaanku terhadapnya masih kuat..aku kadang kala benci dengan diriku bila keadaan seperti ini berlaku terhadapku..aku menjadi tidak tentu arah.apa nak jadi!!

Aku tidak pernah melayan seorang kaum hawa dengan sebegini baik,tapi kenapa dengan sidia...ahh!!apa nak jadi ni..Aku cuba kawal perasaanku,tindakanku serta pemikiranku..namun semua itu hanya mendekatkan ku kepada kepura-puraan..aku benci sifat ni!! aku benci berpura-pura terhadap diri sendiri!! apa nak jadi??

Walaupunku sedar,layanan sidia terhadapku tidak seindah yang aku sangka, tetapi aku tetap mahu mendekatinya..adakah aku dah dilanda demam 'cinta'..damn!!dulu aku lansung tidak percaya akan perasaan ni,adakah betul aku dilanda dengan simptom ni..apa nak jadi skang...sidia sering berpesan padaku.."suatu hari aku akan bosan dengan sikapnya".."suatu hari dia akan bersama dengan orang lain"..tapi kenapa aku ni tak faham-faham lagi???kenapa!!

Aku ikhlas menyayanginya..ikhlas menyukai sidia..namun..semua tu hanya akan menambah bebanan pemikiran dia..maaf..

Hari Ini Saya Merasa Serba Tak Kena


Hari ini hari khamis, dipagi hari lagi diriku merasa sangat

pelik...terlalu banyak kerja yang perlu diselesaikan,tapi nasib

baiklah aku dah merancang jadualku.

Selepas ini, aku perlu fokus untuk menyiapkan beberapa

report untuk pembentanganku.

Malam ni plak perlu ke rumah Bob utk majlis rumah terbuka

beliau..waahhh!! segan,malu,malas n macam2 perasaan lagi.

Tpi kesian plak kt dia kalo tak pegi sbb member tu dah

berulang kali pesan.."pegi open house aku nnti ek",,lebih

kurang camtu la bunyinya..haha. Membazir plak makanan kat umah dia nanti kalau kitaorang

sume tak pegi. Jadi arini perlu menyediakan perut.perut..perut..huhu makin kedepan lah dikau.

Apa2 pun tanpa melengahkan masa,saya mencabutkan diri dulu yaa!!! see yaa

Tuesday, October 6, 2009

Salahku..

Mengapa kecelaruan datang di ketika ini,

Keselesaan yang ku kecapi ketika ini semakin pudar,

Meskipun setiap detik aku sedar akan ujian yang kan mendatangiku

Namun, tetap jua perasaan ini datang mengetuk pintu hatiku,

Mengetuk dengan penuh getaran,

Bagaimana harusku leraikan teka-teki ini,

Harus sampai bila drama ini..

Sampai bila..

Sampai bila harusku simpan perasaan serta pemikiran ini?

Aku mengharapkan sesuatu dari dia yang masih belum ada kepastian

Namun,ironinya aku melihat jauh ke destinasi yang ingin ku capai bersama dia..

Telahku sediakan petanda yang akan dia lalui,

Telahku bimbing dia untuk melalui jalan-jalan itu,

tetapi aku sendiri yang menyesatkan dia,

sesatkan dia dengan sifatku yang sebegini,

sifatku yang telah lukakan hati dia,

Tidak mampu untuk ku katakan apa-apa lagi setelah hatinya telah tawar untuk menerimaku..

Hanya mampu berdiri disisinya seolah boneka yang dicipta untuk menitiskan air mata..

mmendengar gelak tawanya, gurau sendanya..

Kuterima semua ini..

kerana...memang salah aku...

Tips Mengekalkan Hubungan



Saling memberi kebebasan
Persahabatan memberi kita ruang untuk berkongsi suka duka bersama dan bukannya untuk saling menyakiti dan membenci di antara satu sama lain. Tetapi menjadi sahabat baik juga tidak bermakna kamu harus memiliki seluruh ruang hidupnya. Misalnya, melarang temanmu membuat itu dan ini. Malah kamu juga sibuk mengatur perjalanan hidupnya. Ini jelas menunjukkan kamu terlalu mementingkan perasaan sendiri tanpa mempedulikan perasaan orang lain. Apalah salahnya jika kamu saling menghormati hak kebebasan dirinya. Dan apa yang penting, si dia jujur pada persahabatannya.

Saling menahan rasa cemburu
Ramai yang berkata cemburu itu bunganya cinta. Tanpa cemburu persahabatan yang dibina tak adalah ‘thrill’nya. Tetapi cemburu yang membabi buta boleh menjejaskan hubungan. Ada baiknya sebelum api cemburumu memuncak, cuba selidiki dahulu kebenarannya. Jika ada yang tak kena, tanyalah temanmu itu dengan baik tanpa bersikap marah dan menuduh. Usahakan untuk berbicara dengan fikiran yang matang dan tenang. Sebenarnya perasaan cemburu ini tidak perlu terlalu ditonjolkan kerana ini boleh membuatkan temanmu itu naik tocang. Dia akan mempergunakan kelemahan kamu itu untuk membuat kamu berasa cemburu dengan berulang kali. Tentu menyakitkan

Saling memahami
Untuk menjadi sahabat yang baik kamu harus berusaha memahami dan mengenali diri sendiri serta permasalahannya dengan lebih mendalam. Misalnya temanmu itu menolak ajakanmu untuk keluar menonton wayang bersama, kamu tidak boleh membuat tanggapan yang bukan-bukan tentang dirinya. Mungkin dia mempunyai urusan yang mesti diselesaikan terlebih dahulu. Adalah lebih baik kamu mencari hiburan sendiri lagipun esok masih ada masa untuk kamu bertemu dia.

Saling mengalah
Demi menyelamatkan hubungan, tidak ada ruginya sekali sekala kamu bersikap mengalah. Kamu dan si dia sering bercanggah pendapat. Seperti menonton wayang, kamu sukakan filem romantik tetapi dia pula suka filem aksi. Oleh kerana sayangkan tali persahabatan yang telah terbina sekian lama maka si dia sentiasa menuruti segala kemahuanmu semata-mata mahu menjaga hati dan perasaanmu. Tetapi bila difikirkan semula, apalah salahnya sekali sekala kamu pula yang beralah dan cuba belajar memahami minatnya. Situasi ini tentu akan membuat si dia berasa bahagia dan lebih menyayangi dirimu.

Saling memberi kemaafan
Memaafkan perlu tetapi tidak mudah selagi perasaan kesal dan kecewa menguasai diri. Tetapi sebagai insan biasa, kita tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan dan kesilapan. Lagipun, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula kita sesama sendiri. Belajar menjadi seorang teman yang sudi memberi kemaafan kepada orang lain biarpun kamu sendiri tahu perkara itu bukanlah berpunca dari kesalahan atau kesilapan dirimu.

Bagaimana Mengekalkan Perubahan Positif Dalam Diri Anda

Tekad untuk bersikap positif
Berfikiran positif sepanjang masa. Elak segala yang negatif walaupun sedikit ( cakapan negatif, fikiran negatif, sikap negatif, tindakan negatif). Unsur negatif yang sedikit akan menghilangkan sikap positif serta merta.

Sikap positif akan membuat Anda dapat mengekalkan perubahan dalam diri lantas menyerapnya menjadi sebahagian daripada tabiat biasa.

Sikap negatif, walaupun sedikit, akan melunturkan perubahan yang dibina. Selagi sikap negatif tidak dikurangkan, selagi itu kita akan mengalami kesukaran untuk mengekalan kesan perubahan.

Disiplin.

Jaga disiplin, latih diri berdisiplin dalam mengekalkan perubahan yang dicipta. Sesudah berubah, jika perubahan, kekalkannya dengan disiplin. Disiplin yang terjaga akan membentuk peribadi tersendiri.

Ransang diri dengan cakapan-cakapan positif di dalam hati.

Ingat kisah-kisah kejayaan orang lain yang pernah Anda baca.

Bayangkan bagaimana kecekalan mereka. Jika mereka boleh membentuk kecekalan hati, bermakna Anda juga boleh. Jika orang lain boleh buat, Anda juga boleh. Fikirkan boleh!

Gambarkan imej diri yang diinginkan.

Jika Anda tekad nak merubah diri menjadi rajin, gambarkan diri Anda sebagai orang rajin di dalam imaginasi minda. Bayangkan sekerap mungkin imej tu difikiran, seolah-olah ia adalah gambar pegun yang terpampang di depan mata Anda.

Jika Anda nak merubah diri menjadi orang yang kaya dengan idea, bijak berkomunikasi, bayangkan diri Anda menjadi orang sedemikian. Lama kelamaan bila Anda selalu melakukan teknik ini, Anda akan terbiasa dengan sikap tersebut, menjadikannya perubahan yang dicipta kekal dalam diri.

Sebab, minda separa sedar akan menangkap bayangkan minda yang ada difikiran Anda lantas mengatur sistem saraf, otot dan bahan kimia dalam badan supaya menjadi seperi yang Anda bayangkan.

Apa yang kita fikirkan tentang diri kita, itulah yang akan jadi tanpa kita sendiri sedari.

Thanks Pijie!!!



Gambar di atas telah berjaya di edit oleh salah seorang sahabatku, Pijie.

Terima kasih tak terhingga di atas usaha beliau untuk menghasilkan teknik editing yang amat baik sangat memuaskan.

Kalau tak silap saya, saudara Pijie mengunakan perisian Adobe Photoshop..versi yang mana satu masih belum diketahui.

Apa-apa pun thanks to Pijie, saya sangat suka gamabar ni!!sangat-sangat suka!!

New 2009 Bike Comparison





Here’s the list of bikes:
2009 Ducati 1198
2009 Kawasaki ZX-10R
2009 Suzuki GSX-R1000
2009 Aprilia RSV4
2009 BMW S1000RR
2009 Honda CBR1000RR
2009 Yamaha R1
2009 KTM RC8

Let break it down:
Curb Weight (kg)

Aprilia RSV4 – 190
BMW S1000RR – 190*
Ducati 1198 – 195*
KTM RC8 – 198
Honda CBR1000RR – 199
Suzuki GSX-R1000 – 203
Yamaha R1 – 206
Kawasaki ZX-10R – 208
Power (bhp)

Suzuki GSX-R1000 – 191
Aprilia RSV4 – 190*
BMW S1000RR – 190*
Kawasaki ZX-10R – 185
Yamaha R1 – 180
Honda CBR1000RR – 176
Ducati 1198 – 170*
KTM RC8 – 152
Torque (lb/ft)

Ducati 1198 – 94*
KTM RC8 – 88.5
BMW S1000RR – 87*
Suzuki GSX-R1000 – 85
Aprilia RSV4 – 85*
Yamaha R1 – 85
Kawasaki ZX-10R – 83.2
Honda CBR1000RR – 83
Power to Weight (bhp:kg)

Aprilia RSV4 – 1:1*
BMW S1000RR – 1:1*
Suzuki GSX-R1000 – .94:1
Kawasaki ZX-10R – .89:1
Honda CBR1000RR – .88:1
Yamaha R1 – .87:1
Ducati 1198 – .87:1*
KTM RC8 – .77:1
Torque to Weight (lb/ft:kg)

Ducati 1198 – .48*
KTM RC8 – .45
Aprilia RSV4 – .45*
BMW S1000RR – .45*
Honda CBR1000RR – .42
Suzuki GSX-R100 – .41
Yamaha R1 – .41
Kawasaki ZX10-R – .41

Keserasian Dalam Hubungan..



Orang-orang tua kita sering menghubungkan hari dan tarikh kelahiran serta urutan kelahiran anak-anak muda sekarang sebagai pengukur dalam hal yang menyentuh jodoh dan keserasian pasangan. Sekiranya tidak sesuai, dengan cepat mereka akan mengatakan pasangan yang kamu minati itu bukanlah pasangan yang sesuai. Bak kata melayu lama "Orang Tua Lebih Dahulu makan Garam"..

Benarkah demikian?

Penulisan hanya sebagai rujukan serta bacaan ringan di masa lapang, tak ada salahnya anda mengetahui kombinasi seperti apakah yang baik menurut para orang-orang tua a.k.a veteran..

Siapa tahu ada persamaan dengan hubungan anda dan si dia yang meminati anda pada saat ini.

Kononnya, kombinasi hubungan yang sesuai adalah anak tunggal berpasangan dengan si bungsu, si sulung dengan si bungsu, si tengah dengan si bungsu. Kombinasi lainnya adalah sebagai berikut:



Si Sulung dengan si Sulung

Konon katanya pasangan ini akan mengalami masalah-masalah dan kesulitan untuk menuju pada hubungan yang lebih baik mahupun yang lebih menyenangkan.


Si Sulung dengan si Tengah

Katanya si tengah memiliki kepandaian untuk menyenangkan pasangannya. Selain itu juga si tengah ini merupakan pasangan yang secocok bagi siapa saja dan mudah diajak berbincang

Si Tengah dengan si Tengah

Memiliki potensi untuk serasi di antara satu sama lain. Meskipun keduanya si tengah, namun bila salah satu lebih cenderung bersikap sulung dan yang lainnya agak kebungsuan, keduanya merupakan pasangan yang serasi.

Si Tengah dengan si Bungsu

Keduanya akan menjadi pasangan serasi bila si tengah memiliki kecenderungan ke sulung. Jika si tengah memiliki sikap tengah, mungkin saja dia akan terpengaruh dengan gaya hidup si bungsu yang suka akan keseronokan serta menimbulkan masalah seperti pernikahan si bungsu dengan si bungsu.

Si Sulung dengan si Bungsu

Kombinasi paling bagus, si sulung dapat mengajar si bungsu bagaimana mengurus hidup dengan lebih baik dan serius. Si bungsu akan dapat mengajarkan si sulung bahawa wajar saja bersenang sekali-kali.

Si Bungsu dengan si Bungsu

Berhati-hatilah kerana anda berdua memiliki kecenderungan yang sama, iaitu suka bersenang-senang. Tapi jika anda berdua sudah melewati batas kawalan, maka hubungan anda berdua tidak akan berjaya.


Anak Tunggal dengan anak Tunggal


Keduanya akan memiliki keegoan tinggi sehingga diperlukan banyak waktu untuk hidup rukun dan saling mendukung.



Semoga anda semua bahagia disamping pasangan masing-masing.Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Definisi Cinta

1. Cinta itu KOMITMEN.
Cinta, tak boleh main-main. Cinta perlu komitmen. Bukan main campak buang semacam. Perlu dirancang dan dilaksana sebaik mungkin.Tak bolehlah nak bergaduh, paksa-paksa dan mengabaikan tanggungjawab pada pasangan. Untuk yang dah berkahwin, nafkah wajib dipenuhi. Amanah sebagai suami isteri kena ditunaikan sebaiknya. Komited sebagai suami yang mithali, ummi yang solehah, agar dapat melahirkan anak-anak yang afiq, yang arif, yang anis, yang santun. Menjadikan rumahtangga dipenuhi mahabbah, mawaddah dan sakinah.

2. Cinta itu intuitive: NALURI.
Cinta itu sifatnya naluri. Apa tu orang kata, “cinta itu di hati”. Bercinta yang hangat bila kita dapat merasai apa yang dirasai oleh orang yang kita sayang.
Jika taknak disakiti, kita tak menyakitkan hati orang lain. Jika nak disayang, kita akan memberi kasih sayang seluhurnya. Jika ada rasa bimbang, seringnya kita akan dapat merasa. Macam cinta ibu pada anak-anak. Sering mereka dapat rasa apa yang anak-anak mereka buat, yang baik atau tak baik untuk anak-anak, kan?

3. Cinta itu sebahagian nature: FITRAH
Cinta itu fitrah. Betul. Bila Nabi Adam dicipta, baginda rasa kesunyian. Allah ciptakan Hawa sebagai peneman. Rasa ingin disayangi dan menyayangi tu fitrah manusia. Yang perempuan minat pada seorang lelaki. Ada lelaki jatuh cinta pada seorang wanita. Cinta itu benar dan suci.

4. Cinta sering terletak di puncak: TOP
Bila ada rasa cinta, kita akan sama-sama bekerjasama, saling mengasihi. Itulah nilai yang mengikat kita semua untuk terus bersatu. Sekuat cinta Tuhan yang memberikan pelbagai nikmat hidup, cinta itu di puncak kehidupan.

5. Cinta itu sifatnya ALTRUISTIC
Altruistik maknanya melebihkan orang lain dari diri sendiri. Dalam lughah disebut al-itsar. Ertinya pengorbanan di sini. Bila cinta, kita sanggup berkorban untuk yang kita cinta dan kasihi.Bila ada niat untuk membahagiakan yang lain, maka kita akan usahakan yang terbaik untuk memenuhi kehidupannya dengan bahagia dan sempurna.

Maaf Dipinta kepada semua pengunjung blog saya

Assalammualaikum dan salam sejahtera
Dikesempatan ini, saya ingin memohon seribu kemaafan kerana terlalu lama tidak mengemaskini blog ini. Mungkin tidak lama lagi, saya akan aktif semula menulis blog dalam masa terdekat. Jadi,diharap pengunjung dapat bersabar kerana 'mungkin' ada citer yang menarik yang bakal diceritakan oleh saya kepada anda.