Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati.Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimanahendak mencuci hati.
1) Dirikan solat dan banyakkan berdo'a
Inia dalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turutkatakan "Ya,Allah
jadikan hatiku bersih"
2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w
Paling minima 100 X sebelum tidur, Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan
mencetuskan semua perkara kebaikan.
3) Solat taubat
Selain daripada memohonkeampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
4) Membaca Al-Quran
Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.
5) Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari
Semasa meminta maaf perlu sebutkan.
6) Bisikan kepada diri perkara yang positif
Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)
7) Program minda/cuci minda
Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apayang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan
sepanjang tidur sehingga keesokan harinya -CUBALAH!!
8) Berpuasa
Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.
9) Cuba ingat tentang mati
(Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa)
10) Kekalkan wuduk
11) Bersedekah
12) Belanja orang makan.
13) Jaga makanan
jangan makan makanan yangsubhat
14) Berkawan dengan ulama
15) Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)
16) Pesan pada orang, jadi baik
17) Menjaga pacaindera
(mata, telinga,mulut...dsb), jangan dengar orang mengumpat.
No comments:
Post a Comment