Monday, August 25, 2008

Itu Saya


Alhamdullillah, sekali lagi hasil karya aku berjaya disiapkan. Rekaan kali ini sekadar sederhana sahaja. Lembut dan sedap mata memandang. Haha. Skang baru berjinak dengan teknik Lens Flare, Lighting dan Blur

Monday, August 11, 2008

Memories in GOTHIC



Dalam proses kali ni,aku cuba mendalami cara untuk mewarnakan mata,tengok mata tu,hijau kan..haha.Effect yang ditekankn di dalam penghasilan gambar kali ni adalah berkenaan klasik moden(ni definasi sendiri,My Theory My Sytle).

Gambar ni juga masih mengunakan teknik yang same seperti penghasilan gambar di atas.


Salam kawan-kawan semua,

Kali ini aku cuba mendekati satu gaya yang menjurus kepada kegelapan yang dikenali sebagai GOHTIC. Idea ini aku dapat setelah termimpi pada malam tu.Memang tidak maasuk akal.Tapi itulah kenyataan..

SENYUM


Salam semua,

Gambar ini disnap dengan hanya mengunakan phone's camera, mutu gambar kurang memuaskan.Jadi misi kali ini cuma nak touch-up gambar ini dengan sebaik mungkin.Sekian.

Sunday, August 10, 2008

BLACK AND WHITE

Kali ini,aku cuba bawa kesan blur dan sharp shot. Ini sekaligus membentuk kesan  imej monochrome.Kawan-kawan semua rase,macam mana dengan tulisan tu? Dah ok lom?

Friday, August 8, 2008


Salam semua,gambar kali ini mempunyai tema dan gaya yang berbeza daripada karya(chewah..haha) aku yang sebelum ini.Leen jadi model!!hehe.Muka fotogenik tu.

 



yg ni plak...err,penekanan lebih kepada susun atur perkataan.Anda boleh komen susunan perkataan yang aku design ni.

Saturday, August 2, 2008

DinneR

Di restoran ini,kami menyambut hari lahir Mak Saudara aku dengan dijamu dengan beberapa hidangan yang tentu menjilat jari dan sudu oleh tuan punya kedai,Bro Halim.Kami telah disajikan dengan hidangan istimewa di mana resepinya adalah hasil rekaan tuan kedai itu sendiri iaitu Nasi Goreng Cendana.Semasa kami semua sedang menjamu selera, tukang masak turut sama berbual bersama kami, dan ternyata mereka terlalu inginkan pendapat kami akan mutu masakan mereka.Hidangan disini memang memuaskan, saya cadangkan pembaca harus memcuba Mee Bandung restoran ini.



Disini aku selitkan beberapa shoot dalam kedai ni sebagai tatapan rakan-rakan. Rakan - rakan semua boleh meniliti gambar- gambar yang tersedia ini.Aku suka dengan dekorasi yang ditampilkan oleh pemilik restoran tersebut.Dekorasi tersebut lebih bersifat sederhana yang moden.


Restoran ini juga ada menyediakan perkhidmatan 'catering'..betul ke aku eja ni?Di sini juga aku boleh mengasah kemahiran aku dalam photoshoot,hehe..level average lgi..jom kita kongsi!





Model di atas adalah adik sedara aku.Dia berjaya memberi posing yang paling sempoi.haha.Restoran ni terletak di wangsa maju berhadapan dengan Carefour Wangsa Maju n sebaris dengan Maybank,so kalau ada yang berminat boleh lah singgah di restoran ni untuk menjamu selera.Masakan kampung juga disediakan!!!

Friday, August 1, 2008

Sekilas Pandang


Gambar ni aku ambil guna kamera telefon 1.3megapixel.Semasa penghasilan gambar ni aku mengunakan pendekatan komersial.Ilham untuk menghasilkan style ni datang tetiba semasa aku mendengar lagu dari dendangan Peterpan-Langit Tak Mendengar.Ditambah plak dengan konsep fotogenik,maka terhasillah gambar yang sedemikian rupa ni. 







Gambar ni plak aku mengunakan sepenuhnya kesan visual dari Photoshop.Nampak kurang menarik, tapi itulah hasil aku sebagai seorang pengedit gambar yang sekarang di tahap permulaan. 

Pertama Kali


Alhamdullillah, ini blog pertama aku.Tujuan blog ini adalah agar rakan-rakan yang lain dapat berkongsi kemahiran masing-masing dalam proses mengedit gambar. Aku mula meminati bidang edit ini semenjak di bangku sekolah lagi, tapi memandangkan peralatan pada masa itu masih belum mencukupi. Bermula dengan pen marker yang berharga RM 4.50, aku mula mengedit gambar - gambar majalah dan surat khabar.Namun hobi aku ini ditentang hebat oleh kedua orang tua tersayang.hahaha..

Dan sekarang,aku sudah mula mengenali dunia photography.Dengan berbekalkan kamera handphone,aku mengambil gambar dan mengedit gambar tu dengan kemahiran yang aku sendiri pelajari.

My theory is My Style

Aku berpegang pada prinsip ini semasa mengedit gambar sambil mendengar lagu-lagu puisi.