Thursday, January 15, 2009

New Set!!



Selamat sejahtera kepada semua pembaca,bertemu lagi kita di ruangan ini. Kali ini saya ingin berkongsi pengalaman saya bersama para pembaca mengenai proses menaiktaraf kembali jentera dua lejang saya ini. Jentera tersebut telah menjalani proses modifikasi menyeluruh di bahagian kemasukan (kaburetor) dan klac.



Pemilik bengkel tersebut mengesyorkan agar jentera tersebut menjalani proses mencari "setting" baru bagi mencapai tork yang sepatutnya dicapai oleh jentera ini.Setelah memberi sepenuh kepercayaan kepada para mekanik yang mahir serta berpengalaman dalam selok belok Yamaha 125Z ini,saya mengambil langkah drastik untuk mengetepikan "setting" sebelum ini dan memberi laluan baru kepada "setting" baru kepada jentera tersebut. Hasil yang mampu di capai setakat ini amat memberangsangkan setelah jentera ini telah membuktikan kemampuannya untuk mencapai kelajuan sehingga 180km/j dalam beberapa saat untuk jarak kurang dari 500m. Perubahan mendadak ini betul-betul membuatkan saya teruja dengan kemampuan baru jentera ini.

Thursday, January 8, 2009

Bile org dh sewel

Bile org dah sewel

wuaaa,aku kna TAG gak ngan bdak Nasrul ni haa
1.What is the relationship of you and her?
Confidential

2.Your 5 impressions towards her.
1) Baik
2) Jujur
3) Matang
4) Suka makan
5) Suka kerja

3.The most memorable things she had done for
SMS

4.The most memorable things she have said to you
sya RENDAH...kui2

5.If she becomes your enemy , you will…
i will not become myself anymore..henshin!!!!huahuahua

6.If she becomes your enemy , the reason is…
Sebab kena virus Resident Evil,dh tkar jdi zombi
huaaarrggghhhh,otak..otak..otak

7.The most desirable thing to do on her is…
bagi sekor pacat yang cute miut

8.The overall impression of her ?
errr...dh bgitau kt dia daaa


8.How do you think the people around you will feel about you ?
Aku kerek
Aku poyo
Aku sewel
itu yg slalu aku dngar
weii,cbalah ckap elok2 skit..kata2 itu doa taw

9.The character of you for yourself is…
Saya suka tidor,tido memang best,bila tido kita dapat rehat

10.The character you hate of yourself is…
suka tido

11.The most ideal person that you want to be is…
nak jadi orang paling best

12.For the people who care about and like you , say something about them?
time kasih yer sume2. kalian baik2 aja dgn gue, kok lu bikin gua makin syang sama kamu,syng bangat sih!!

Pemakaian Cincin


Sekarang ni ramai yang pakai cincin...tapi ikut suka dia je..

sunnah nabi jarang nak ikut ..

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama sep erti memelihara sekandang babi !!!! ..oppss khinzir lembut sikit , jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut.... potonglah kuku anda.

The Truth

Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang
berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan sep erti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang
di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.

Percayalah.

Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

Additional info

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman sep erti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya..

Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali rhu. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari

1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)

dan jangan memakai pada jari
1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.


Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.

p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan jugasaudara- mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat pahala.

Ayang N Abang

--- > 

> memula skali ayang anto kat abang? 
>  
> Dear abang,  
> Ayang nak mintak kebenaran abang untuk bawa anak-anak
> balik ke kampung. abang tak perlu hantar ayang sebab ayang
> mampu untuk bawa anak-anak ke kampung musim cuti sekolah ni
> dengan bas.. abang jagalah diri abang dan kereta abang
> baik-baik... cuma ada perkara yang ingin ayang luahkan
> disini... kereta baru abang tu mahal.. harga mencecah 100k
> barangkali.. sebab tu abang sayangkan kereta abang lebih
> dari ayang.. sampaikan abang dah terlena dalam kereta abang
> tu sejak abang beli 3 bulan yang lalu dah masuk 3 malam...
> abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang, nak tau
> ngape? 
>  
> Harga kereta abang tu lebih mahal dari wang hantaran yang
> ayah ayang letakan masa kita kahwin dulu.. cubahantaran
> ayang lebih mahal dari harga kereta abang? 
>  
> Tiap-tiap pagi abang mesti gosok kereta abang, nak nampak
> berkilat..tapi ayang nak dapat kiss g.morning pun susah 
>  
> Sejak beli kereta tu, sebulan sekali macam-macam aksesori
> abang beli kat kereta, ayang nak dapat hadiah besday
> setahun sekali pun susah.. 
>  
> Kereta sebulan sekali abang servis, abang kata kena jaga
> maintainance...ayang nak dapat pi salon setahun sekali pun
> susah.. 
>  
> Kereta abang make up lawa-lawa.. tapi kalau ayang make up
> lawa-lawa abang kata ayang tak sedar diri kereta abang bagi
> makan minyak mahal-mahal cecah 100 setin pun ada, ayang nak
> makan pizza sekeping jer masa mengidam anak kedua kita
> abang kata ayang mengada-ngada. 
>  
> Kereta abang kalau anak-anak sentuh sikit bodynya abang
> marah anak macam nak makan, ayang jatuh longkang besar
> boleh abang gelak 
>  
> Paling menyedihkan.. ayang tanya ngape tidur dalam kereta?
> abang jawab takut orang curi kereta abang.. kalau ayang kena
> curi?? 
>  
> Ayang nak balik kampung dulu.. anak-anak nak jumpa atuk
> dengan nenek depa.. tak nak naik kereta abang takut calar..
> ayang calar takpe.. jaga diri elok-elok, sarapan ayang dah
> sediakan. ayang pi tak lama sekolah bukak ayang balik lah
> dengan anak-anak.. pesanan ayang.. 
>  
> ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU MASAKKAN MAKAN KESUKAAN
> ABANG 
> ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU BASUHKAN PAKAIAN ABANG 
> ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU GOSOKAN KEMEJA ABANG 
> ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU SIAPKAN AIR MANDI ABANG 
> ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU KEMASKAN RUMAH ABANG 
> ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU URUT-URUT BADAN ABANG 
> ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU TEMANKAN ABANG TIDUR 
>  
> Love, 
> ayang 
>  
> ni abang lak bagi....  
>  
> Dear Ayang,  
> Bukanlah abang sayang keta tu lebih dr ayang.. tapi ayang
> kene faham keta tu keta bos abang. Nanti kalau ilang sapa
> nak ganti.. ayang abang suruh keja ayang xnak, ayang kata
> nak dok umah jaga anak,nak siap kansarapan nak kemas umah
> tapi ayang tiap2 hari bgn tido kul 12.. macam mana nak wat
> keja umah... 
>  
> Cubalah ayang pk mana x abang tido dalam keta.. abang
> balik keja lambat skit ayang dah kunci pintu..bukan nye
> abang gi foya2 kanabang gi keja...lagi satu pasal piza yang
> ayang ngidam tu.. ayang nak piza yg di oder dr jepun.. mana
> lah abang ada duit nak oder.. abang nak bg apam balik yg
> jual kat depan ofis abang ni ayang xnak, ayang nak jugak
> piza dr jepun.. nasib baik abang x belikan kalau x anak
> kedua kita tu mesti muka cam doremon..ish xnak laa abang.. 
>  
>  
> Pasal hadiah kanabang dah belikan tapi abang sembunyi
> kankat dapur.. ayang yang tersalah buang ingatkan
> sampah.... tulah abang suruh kemas umah tu ayang kata umah
> kita dah bersih tapi hadiah dgn sampah pun dah jadi serupa
> jek..hadiah tu mahal tau abang beli untuk ayang.. 
> Sebenarnye abang sayang ayang lebih dr keta tu wlau pun
> hantaran masa kita kawin cuma rm8k..ayang x tau bpe kali
> abang turun naik bank nak wat loan rm8k..tapi demi ayang
> abang wat jugak.. 
> sbb masa tu ayang kalau mekup mmg sebijik maya karin..
> tapi sejak ayang wat rebonding 3 tahun lepas stp kali ayang
> mekup abang terbayang lak muka pontianakdlm citer phsm..
> bukan ayang x cantik tapi kening ayang tu gi cukur wat
> per.. wlau pun abang selalu cukur janggut abang tapi ayang
> xyah laa nak cukur kening ayang tu...pasal morning kis tu,
> ayang bgn pun dah tghri nak morning kis cam mana.. dah laa
> ayang.. abang malas nak citer.. 
>  
> Tapi abang nak bg tau jgk kat sini ayang tetap no 1 dlm
> hati abang..nanti kalau naik bas tu bebaik.. ayang nak
> balik kpg abang izinkan Cuma jgn lupa kim salam kat mak
> ayah kat sana.. kalau ada gulai tempoyak ke nnti jgn lupa
> bwk balik skit.. 
>  
> Kalau ada lembu terlepas ke ayang xyah laa susah2 gi
> kejar lembu tu... biar jek.. nnti abang balik kpg abang
> kejar kan.....bukan apa takut lembu tu tanduk ayang nnti
> bukan stakat calar jek silap2 leh masuk hspital. abang kene
> tanduk xpe.. 
>  
> Jaga anak2 baik2 jgn bagi diorang main kat sungai musim2
> banjir ni.. nak dpt anak bukan senang takut nnti ayang
> ngidam lagi piza jepun lak lagi haru.. baik jaga jek yg
> dah ada tu..ayang pun jaga diri baik2.. jgn sampai jatuh
> longkang lagi... hehe.. abang mmg xnak ketawa masa tu tapi
> nak wat cam mana ayang jatuh kepala dulu yang masuk
> longkang..dah laa rambut ayang masa tu baru lepas
> rebonding.. mmg abang

> ketawa...hahahhahahaha....................................




Mukadimah Alkisah Lembuku


Setelah 4 tahun berkecimpung di dalam arena penternakan lembu ini,banyak pengalaman dan selok belok yang telah saya pelajari. 
Pelbagai dugaan dan cabaran datang silih berganti ditempuhi bersama ahli keluarga saya agar ternakan ini berjaya. 
Kata orang, ternakan lembu banyak risiko dan melibatkan kos yang tinggi. 
Senang naik dan senang pula untuk jatuhnya.

Bagi pengetahuan rakan-rakan sekalian, kaedah penternakan yang digunapakai oleh saya adalah kaedah 'Fidlot', 
dimana lembu-lembu ternakan akan diletakkan didalam kandang dan hanya diberi makan. Teknik ini ternyata mampu 
mempercepatkan proses pengemukan lembu,dimana lembu-lembu dari baka "charolais" menjadi pilihan kami. 
Salah satu sebab mengapa kami memilih lembu dari baka ini adalah kerana daging dari baka lembu ini 
lebih banyak berbanding lembu kacukan india atau nama pasarnya "lembu Kampung" dan juga lembu ini senang untuk dijaga dari segi pemakanan.



Moto Saya

Seperti yang saudara/i lihat, gambar kapcai yang tertera di ruangan ini adalah motorsikalku yang 
masih mampu berkhidmat untukku sehingga sekarang.
Keinginan untuk memiliki motorsikal yang jauh lebih berkuasa sering membuak didalam hati dan sanubari ini. 
Namun harapan itu masih belum mampu tercapai, memandangkan kedudukan 
sekarang yang tidak mampu untuk memiliki motor tersebut, akhirnya ia harus dipendam terlebih dahulu.

Ruangan ini ditulis untuk berkongsi pendapat bersama rakan -rakan yang turut berminat dengan jentera beroda dua ini.

Pertama sekali,saya ingin menceritakan latarbelakang motorsikal saya terlebih dahulu.
Motorsikal ini adalah dari model 125Z keluaran Yamaha yang didaftarkan pada tahun 2003. Motorsikal yang dibekalkan dengan enjin 2-lejang
berkapasiti 124.3 ini mengunakan teknologi perlumbaan. 
Dengan kuasa maksimum 12.8kW@8000rpm serta nisbah mampatan sebanyak 6.5:1 motosikal ini mampu memecut sehingga 180km/j dalam keadaan standard.

Disini saya maklumkan bahagian-bahagian enjin yang telah melalui beberapa modifikasi.
1.Blok
2.Piston
3.Kaburetor
4.Reed Valve dan Reed valve Assy
5.Transmisi
6.klac
7.Bearing

Setakat ini, prestasi yang mampu dicapai oleh motorsikal ini adalah ia mampu memecut sehingga 
120km/j sebelum jarak sejauh 100m dicapai dan semua modifikasi ini adalah hasil pengamatan serta serba sedikit 
ilmu dalam bidang modifikasi.
Mungkin pada masa akan datang, kemampuan enjin ini akan ditingkatkan lagi dari semasa ke semasa.

Sebarang pertanyaan kepada sesiapa yang berminat untuk bertanyakan pendapat dalam modifikasi akan di layan.

-Speed Killing for Non-Speed lovers-