Setelah 4 tahun berkecimpung di dalam arena penternakan lembu ini,banyak pengalaman dan selok belok yang telah saya pelajari.
Pelbagai dugaan dan cabaran datang silih berganti ditempuhi bersama ahli keluarga saya agar ternakan ini berjaya.
Kata orang, ternakan lembu banyak risiko dan melibatkan kos yang tinggi.
Senang naik dan senang pula untuk jatuhnya.
Bagi pengetahuan rakan-rakan sekalian, kaedah penternakan yang digunapakai oleh saya adalah kaedah 'Fidlot',
dimana lembu-lembu ternakan akan diletakkan didalam kandang dan hanya diberi makan. Teknik ini ternyata mampu
mempercepatkan proses pengemukan lembu,dimana lembu-lembu dari baka "charolais" menjadi pilihan kami.
Salah satu sebab mengapa kami memilih lembu dari baka ini adalah kerana daging dari baka lembu ini
lebih banyak berbanding lembu kacukan india atau nama pasarnya "lembu Kampung" dan juga lembu ini senang untuk dijaga dari segi pemakanan.
Thursday, January 8, 2009
Mukadimah Alkisah Lembuku
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment