Monday, July 19, 2010

Azam untuk semestar baru

Sudah masuk 7 semestar Ambo melalui pahit getir selaku seorang yang bergelar pelajar di Universiti Kuala Lumpur. Pelbagai ragam manusia telah Ambo pelajari dan teladani untuk mengajar diri Ambo agar menjadi lebih dewasa. Keadaan pelajar di UniKL masih seperti dahulu. Terdapat sesetengah pelajar yang tidak mampu untuk mengikuti setiap garis panduan pemakaian yang telah di sebarkan ke serata UniKL malahan juga di dalam E-Citie setiap pelajar juga. Ambo tergelak kecil apabila memikirkan apa sebenarnya yang dikejar oleh mereka.

Kembali kepada topik asal, permulaan untuk hari ini sudah cukup membuatkan Ambo merasa sedikit kecewa. Ambo kecewa dengan sikap pelajar-pelajar di UniKL MIIT ini. Disiplin terang-terangan di abaikan. Pelajar baru membuat Ambo sedikit kelu untuk berkata-kata. Maka tidak lama lagi akan kedengaran lagi gelaran "Budak Poyo", "Sombong" dan yang paling teruk pernah Ambo dapat "gay" berikutan Ambo yang jarang bergaul dengan golongan hawa. Ambo tidak kisah, kerana orang akan cakap apa sahaja kerana mereka cuma mengenali kita dari luaran dan bukan menilai dari dalaman.



Disebalik kekecewaan ni Ambo tanamkan suatu azam dalam hati Ambo. Ambo akan belajar bersungguh-sungguh untuk perolehi kembali gelaran DL yang telah sekian lama tidak Ambo gengami. Ini bukanlah suatu janji yang dibuat semata-mata untuk Ambo, tapi untuk Keluarga Ambo di kampung. Along minta maaf jika sebelum ini Along selalu melawan kata-kata Mama dan Abah. Along dah berubah. Along nak sangat jadi anak dan abang yang baik. Along nak sangat jadi anak yang boleh sejukkan hati Mama dan Abah serta Along nak jadi pembela kepada nasib adik-adik Along. Semoga Allah akan sentiasa memelihara Along berkat hasil doa Mama dan Abah. Lihatlah anakmu yang degil ini, dia akan membawa balik seribu kemanisan berupa kejayaan sebagai pengubat susah payah Mama dan Abah yang membesarkan Along.



Thursday, July 15, 2010

Kad Kredit di kaunter TOL

Semalam perjalanan balik dari KLIA bersama kawan Ambo, Ambo terlekat di satu tol disebabkan oleh pemandu yang seperti ada masalah dengan kaunter pembayaran. Jurutol plak mundar mandir dari satu tol ke satu tol, Ambo bersama sahabat Ambo tu sudah mula kehairanan. Apa yang nak dibuat oleh jurutol tu. Kenapa dia perlu mundar mandir sedemikian rupa. Apa dah jadi? Simbol tanda tanya kat kepala Ambo makin galak keluar. Lantas Ambo menajamkan pandangan dan melihat menerusi cermin pandang sisi Toyota Innova tersebut. Rupa-rupanya, pemandu tersebut adalah warga asing yang mungkin datang melancong ke Malaysia.


Pandangan Ambo tertumpu kepada satu sudut dimana pemandu itu menghulurkan satu kad berwarna keemasan kepada jurutol tersebut. Kad itu tak lain dan tak bukan adalah kad kredit citibank. Jurutol itu mengambil dan mengembalikan semula kad tersebut. Agak lama juga drama tersebut berlarutan dan akhirnya jurutol itu mungkin terpaksa akur dan melepaskan pemandu tersebut tanpa sebarang caj!! (agak menyirap di situ). Pabila tiba giliran Ambo untuk membuat pembayaran, Ambo pula yang terpaksa menunggu lama di tol tersebut. Setelah bayaran sudah dibayar,dan 'gate' sudah dibuka, Ambo mula untuk memecut pergi, tiba-tiba jurutol itu menjerit. "Dik tunggu!!!" Dengan pantas gate tol tiba-tiba terturun. Ambo terkejut dan mengucap panjang. Nasib baik kereta sahabat Ambo selamat dari sebarang kerosakan. Ambo menoleh ke arah jurutol dan cuba mencari masalah yang sebenarnya. Kami tiada membuat sebarang masalah mahupun kesalahan.


Selepas jurutol tersebut memohon maaf, kami dilepaskan dari tol tersebut. Kasihan sahabat Ambo, terpinga-pinga dia dibuatnya. Tidak jauh dari tol itu, Ambo bersama sahabat Ambo tu ketawa berdekah-dekah. Kami berdua geli hati dengan gelagat pemandu tadi. Tidak jauh dari situ, kami dipertemukan lagi sekali bersama pemandu itu. Memang lucu apabila dia meluru dengan pantas ke lorong "touch n go". Mungkin dia mengganggap simbol kad itu membenarkan dia menggunakan kad kreditnya. Kasihan pemandu tersebut. Ambo cuma mampu mengelengkan kepala sahaja bila mengingatkan kembali gelagat pemandu tersebut. Semoga beliau senang hati bercuti di Malaysia.


Tuesday, July 13, 2010

Semestar baru..

Semestar baru Ambo akan bermula tidak lama lagi, walaupun kenangan dikampung masih bermain di fikiran,namun perjuangan selaku seorang pelajar tua harus diteruskan. Pesanan Mama dan Abah sentiasa Ambo sematkan di fikiran Ambo serta wajah adik-adik sering terbayang di fikiran Ambo. Hanya mereka sahaja kekuatan Ambo pada ketika ini.

Ambo ingin bangkit untuk perbaiki kesilapan yang telah Ambo lakukan selama 2 semestar. Ambo akan tebus kembali kejatuhan tu.Ambo harus belajar dari kesilapan yang lalu dan menjauhi setiap perkara yang boleh mengganggu pembelajaran Ambo. Ini tidak bermakna Ambo akan mengetepikan semuanya begitu sahaja, tapi penapisan akan dilakukan dengan begitu teliti. Pesanan Abah supaya belajar rajin-rajin akan Ambo ingat sentiasa,Abah jgn risau,Along akan jadi budak yang rajin.

Semangat ini tidak akan bersifat sementara, ini kerana kesedaran Ambo itu sendiri yang akan menyedarkan Ambo untuk terus berada terus di atas dan sentiasa dihadapan. Mungkin Ambo akan menjadi sedikit sombong, gelojoh dan bersikap pentingkan diri sendiri. Perasaan ini hanya akan dirasai oleh mereka yang bukan dari rakan2 seperjuangan Ambo, jadi harap maklum.

Akhir kata untuk penutup kepada artikel bersifat skema macam budak darjah satu, Mohd Syaffeq B Mat Zain sila berusaha untuk agama,keluarga dan diri sendiri..dan tidak lupa juga untuk semua yang pernah berjasa untuk insan kecil ini. Salam n choww..