Seperti yang saudara/i lihat, gambar kapcai yang tertera di ruangan ini adalah motorsikalku yang
masih mampu berkhidmat untukku sehingga sekarang.
Keinginan untuk memiliki motorsikal yang jauh lebih berkuasa sering membuak didalam hati dan sanubari ini.
Namun harapan itu masih belum mampu tercapai, memandangkan kedudukan
sekarang yang tidak mampu untuk memiliki motor tersebut, akhirnya ia harus dipendam terlebih dahulu.
Ruangan ini ditulis untuk berkongsi pendapat bersama rakan -rakan yang turut berminat dengan jentera beroda dua ini.
Pertama sekali,saya ingin menceritakan latarbelakang motorsikal saya terlebih dahulu.
Motorsikal ini adalah dari model 125Z keluaran Yamaha yang didaftarkan pada tahun 2003. Motorsikal yang dibekalkan dengan enjin 2-lejang
berkapasiti 124.3 ini mengunakan teknologi perlumbaan.
Dengan kuasa maksimum 12.8kW@8000rpm serta nisbah mampatan sebanyak 6.5:1 motosikal ini mampu memecut sehingga 180km/j dalam keadaan standard.
Disini saya maklumkan bahagian-bahagian enjin yang telah melalui beberapa modifikasi.
1.Blok
2.Piston
3.Kaburetor
4.Reed Valve dan Reed valve Assy
5.Transmisi
6.klac
7.Bearing
Setakat ini, prestasi yang mampu dicapai oleh motorsikal ini adalah ia mampu memecut sehingga
120km/j sebelum jarak sejauh 100m dicapai dan semua modifikasi ini adalah hasil pengamatan serta serba sedikit
ilmu dalam bidang modifikasi.
Mungkin pada masa akan datang, kemampuan enjin ini akan ditingkatkan lagi dari semasa ke semasa.
Sebarang pertanyaan kepada sesiapa yang berminat untuk bertanyakan pendapat dalam modifikasi akan di layan.
-Speed Killing for Non-Speed lovers-
No comments:
Post a Comment