Thursday, January 15, 2009
New Set!!
Selamat sejahtera kepada semua pembaca,bertemu lagi kita di ruangan ini. Kali ini saya ingin berkongsi pengalaman saya bersama para pembaca mengenai proses menaiktaraf kembali jentera dua lejang saya ini. Jentera tersebut telah menjalani proses modifikasi menyeluruh di bahagian kemasukan (kaburetor) dan klac.
Pemilik bengkel tersebut mengesyorkan agar jentera tersebut menjalani proses mencari "setting" baru bagi mencapai tork yang sepatutnya dicapai oleh jentera ini.Setelah memberi sepenuh kepercayaan kepada para mekanik yang mahir serta berpengalaman dalam selok belok Yamaha 125Z ini,saya mengambil langkah drastik untuk mengetepikan "setting" sebelum ini dan memberi laluan baru kepada "setting" baru kepada jentera tersebut. Hasil yang mampu di capai setakat ini amat memberangsangkan setelah jentera ini telah membuktikan kemampuannya untuk mencapai kelajuan sehingga 180km/j dalam beberapa saat untuk jarak kurang dari 500m. Perubahan mendadak ini betul-betul membuatkan saya teruja dengan kemampuan baru jentera ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment