Saturday, August 2, 2008

DinneR

Share

Di restoran ini,kami menyambut hari lahir Mak Saudara aku dengan dijamu dengan beberapa hidangan yang tentu menjilat jari dan sudu oleh tuan punya kedai,Bro Halim.Kami telah disajikan dengan hidangan istimewa di mana resepinya adalah hasil rekaan tuan kedai itu sendiri iaitu Nasi Goreng Cendana.Semasa kami semua sedang menjamu selera, tukang masak turut sama berbual bersama kami, dan ternyata mereka terlalu inginkan pendapat kami akan mutu masakan mereka.Hidangan disini memang memuaskan, saya cadangkan pembaca harus memcuba Mee Bandung restoran ini.



Disini aku selitkan beberapa shoot dalam kedai ni sebagai tatapan rakan-rakan. Rakan - rakan semua boleh meniliti gambar- gambar yang tersedia ini.Aku suka dengan dekorasi yang ditampilkan oleh pemilik restoran tersebut.Dekorasi tersebut lebih bersifat sederhana yang moden.


Restoran ini juga ada menyediakan perkhidmatan 'catering'..betul ke aku eja ni?Di sini juga aku boleh mengasah kemahiran aku dalam photoshoot,hehe..level average lgi..jom kita kongsi!





Model di atas adalah adik sedara aku.Dia berjaya memberi posing yang paling sempoi.haha.Restoran ni terletak di wangsa maju berhadapan dengan Carefour Wangsa Maju n sebaris dengan Maybank,so kalau ada yang berminat boleh lah singgah di restoran ni untuk menjamu selera.Masakan kampung juga disediakan!!!

No comments: