Thursday, October 8, 2009

Apa nak jadi..

Share

Aku sering berkata-kata pada diriku, mengapa perasaanku terhadap sidia terlalu kuat walaupun dia telah berkali-kali berkata jangan terlalu mengharap,serta sidia juga tidak mampu memberi jawapan kepada setiap soalanku mengenai hubungan kami.. aku telah pun cuba untuk melupakan sidia,dan yang paling teruk aku buat adalah cuba belajar untuk membencinya..namun..perasaanku terhadapnya masih kuat..aku kadang kala benci dengan diriku bila keadaan seperti ini berlaku terhadapku..aku menjadi tidak tentu arah.apa nak jadi!!

Aku tidak pernah melayan seorang kaum hawa dengan sebegini baik,tapi kenapa dengan sidia...ahh!!apa nak jadi ni..Aku cuba kawal perasaanku,tindakanku serta pemikiranku..namun semua itu hanya mendekatkan ku kepada kepura-puraan..aku benci sifat ni!! aku benci berpura-pura terhadap diri sendiri!! apa nak jadi??

Walaupunku sedar,layanan sidia terhadapku tidak seindah yang aku sangka, tetapi aku tetap mahu mendekatinya..adakah aku dah dilanda demam 'cinta'..damn!!dulu aku lansung tidak percaya akan perasaan ni,adakah betul aku dilanda dengan simptom ni..apa nak jadi skang...sidia sering berpesan padaku.."suatu hari aku akan bosan dengan sikapnya".."suatu hari dia akan bersama dengan orang lain"..tapi kenapa aku ni tak faham-faham lagi???kenapa!!

Aku ikhlas menyayanginya..ikhlas menyukai sidia..namun..semua tu hanya akan menambah bebanan pemikiran dia..maaf..

2 comments:

Anonymous said...

tak salah mengharap, tapi usahlah terlalu tinggi.

tak salah memuja, tapi usahlah terlalu leka.

tak salah menyintai, tapi usahlah hingga derita.

p.s: apa nak jadi, jadilah. =.=''

Sang SyaffeQ said...

Thanks Capiqa,

ade betulnya ckap Ika tu..apa2 pun life must go on..

insya'Allah ada rezeki,jodoh tak kemana..