Friday, December 31, 2010

Lentok Lentik Di Tahun 2010

Share




2010...

macam-macam hal dah aku lalui dan hadapi, ada yang manis dan ada yang pahit. Tapi aku rasa itu sememangnya ragam dunia..orang tua-tua kata,hidup ibarat roda..sentiasa berpusing dan kembali kepada yang titik yang asal,cuma yang membezakan roda tu adalah berapa inch roda yang di pakai..17 inch ke..18 inch ke.. ada kemungkinan datuk nenek kita pakai roda saiz 21 inch...biasalah, orang yang terlebih dahulu merasa asam garam kehidupan.

2010..

tak lama lagi, angka kat belakang tu akan di gantikan dengan angka satu..usia semakin meningkat,harus maju kehadapan,yang belakang kita tinggalkan dan ambil sebagai ikhtibar dan pedoman.. aku yang masih memikul tanggungjawab selaku pelajar kenalah memulas throttle pemikiran ini untuk maju beberapa langkah lagi ke hadapan. Aku ni boleh dianggap sebagai Proton Wira tahun 94,buruk,takde harga dan lembab.. namun disebabkan part-part JDM(Japan Domestic Car) yang melimpah ruah dia kedai-kedai potong sekarang serta pelbagai teknik pengubahsuaian enjin.. aku dah mampu mendabik dada untuk bangun setara mereka-mereka yang moden dan ala-ala moden...*perumpamaan semata-mata




2010..

Tahun di mana aku menjumpai seorang permata yang menyinari hidup ini kembali, membuat aku merasa gembira..gembira seolah-olah berterbangan di awangan yang damai bertemankan sang burung yang galak bermain bersama teman-temannya..bebas. Perasaan nyaman ini ditambahkan lagi dengan persiapan selaku "bakal raja sehari" akan datang.. Aku ingin senyum selebarnya. Aku ingin menghembus nafas lega. Aku ingin berimaginasi ke kayangan.

2010..

Kau beri pelbagai jenis peninggalan baik dari segi memori dan lahiriah..semoga ia akan menjadi kenangan yang terindah buat semua insani di dunia ini..

2011..
Aku ingin lebih dewasa
Aku ingin lebih baik dari hari-hari sebelumnya..
Aku ingin berjaya dalam hidupku dan hidup si dia..
Aku ingin menjadi Aku..



5 comments:

Ajeyy Khalid said...

Waaaa , best !
Nanti follow Blog saya ek :)

dyah pinky! said...

selamat menyambut tahun baru.

:)

Sang SyaffeQ said...

Ajeyy Khalid : Thanks,sure,nnti sya follow.

dyah pinky: terima kasih.

syah said...

thanks Dear.. InsyaAllah hidup kita akan lbh bahgia.. Honey syg sgt2 Dear..

Sang SyaffeQ said...

Sama2 Honey..Dear cintakan Honey..Dear pun syang Honey sngat2..InsyaAllah Honey,hari itu akan tiba..