Kemudian, selang beberapa ketika selepas itu, datang pula seorang Pakcik Tua menaiki Van. Dengan laju dia mem'parking' kereta beliau dan menghalang laluan keluar masuk. Semua mata yang berada di kedai pada ketika itu memandang Pakcik Tua yang baru saja turun dari Van buruk beliau. Dengan berpakain yang sangat selekeh yang mencapai tahap pemakaian ntah pape, Beliau datang kepada tuan kedai dengan keadaan termengah-mengah terus memesan.. "Wak mari 4 bungkus nasi,derah skit ambo lorat nih(tolong bungkus nasi 4 bungkus,cepat sikit aku nak cepat)" Tuan kedai tanpa berkata apa-apa terus membungkus nasi Pakcik ini.Saya namakan beliau dgn Pakcik B.
Walaupun Pakcik B ni datang lewat namun tuan kedai terpaksa menyiapkan nasi beliau terlebih dahulu. Dengan pantas, Pakcik B ni melemparkan duit bernilai RM6 kepada tuan kedai seraya berkata "ambik pitih ni (ambil duit ni)". Aku dapat sedari ramai pelanggan yang kurang selesa dengan apa yang berlaku di depan mata mereka,begitu juga aku,..berasap gak..Tanpa berkata panjang, Pakcik B ni terus berlalu begitu sahaja tanpa sebarang lafaz jual beli. Lalu tuan kedai bersuara.."Ambo beraso dio ni lamo doh duk beli sini,dio dok tahu nasi loni rego RM 2 sebungkus?"
Lantas mulut aku terngaga comel...
Ada gak orang tua camni..lansung tak boleh di buat contoh walau sikit pon. Aku boleh cakap yang perangai Pakcik memang tak secomel ngaga aku tadi..sape sokong??

No comments:
Post a Comment