Friday, December 17, 2010

Kenapa perlu sombong

Share
Sejauh mana kehebatan kamu yang suka sangat nak berlagak,meninggi diri serta menderhaka kepada Insan yang menjaga kamu dari kecil..

Sedarkah kamu, di mana kamu berpijak sekarang ?

Sedarkah kamu, siapa yang melengkap tempat tidur dan pakaian kamu ?

Sedarkah kamu siapa yang melahirkan kamu ?

Sedarkah kamu siapa yang sanggup lakukan apa sahaja bila kamu berada di hospital terlantar sehingga sebulan??

Sedarkah kamu akan semua itu ??

Mampukah kamu hidup bersendirian jika Beliau tidak mengendahkan kamu. Memang betul, Beliau sering marah terhadap kamu, namun sedarkah kamu apa salah kamu??

Janganlah kamu berbangga dengan ilmu yang kamu ada sekarang..kerana jika tidak di redhai..adakah ilmu itu diberkati...

Kamu memang degil, suka meninggi diri.. aku biarkan sahaja melihat gelagat kamu dan sehingga kini aku hanya memandang mu umpama remaja belasan tahun. Aku harapkan suatu hari nanti kamu akan menjadi orang yang sesuai untuk usia kamu. Janganlah melawan cakap orang tua..kerana..sejauh mana pun kamu pergi,kamu tidak dapat mampu menyaingi apa yang orang tua kamu telah lakukan kepada kamu.

dan ingatlah..kehidupan di dunia ini seolah-olah roda..apa yang kita buat pada hari ini akan di balas pada suatu masa kelak,mungkin kamu akan tersengih bila membaca penulisan ini..tapi ingatlah..hari itu akan tiba,dan kamu akan menyesal.



No comments: