Wednesday, December 22, 2010

Cuba perah sikit otak tu..

Share
Entri kali ni mengisahkan tentang sikap segelintir manusia yang hanya mementingkan diri sendiri tanpa menghiraukan tentang orang lain. Aku percaya ada segelintir antara kita ini yang sudah biasa dengan sikap segelintir orang seperti ini. Nak di jadikan cerita, semalam aku ke supermarket untuk shopping barang2 rumah..bawalah adik-adik dan Mama aku. Supermarket ni takdela sesuper yang di sangka, laluan memberi barang hanya muat untuk satu troli sahaja..


keluasan antara rak barang dengan rak barang yang lain..

Jadi, memang agak sukar bagi pelanggan untuk men'drift' troli mereka semua. Sebenarnya itu tidak menjadi masalah bagi aku, tapi yang menjadi masalah bagi aku adalah segelintir pelanggan yang tak reti-reti nak plan setiap apa yang mereka nak buat. Ini bukannya supermarket yang seluas tesco atau giant. Supermarket ini boleh di umpama seperti sekankang kera jer keluasannya. Jadi kenapa perlu mengunakan troli untuk mengangkat cuma 6,7 barang jer.. mungkin ada kebenaran orang yang mengatakan peratus terbesar penduduk di malaysia ini masih pada takuk mentaliti tahap 3 sahaja.. fikir kesenangan sendiri tanpa fikirkan keadaan orang lain. Bakul ada tapi tetap nak guna troli, apekes??? Aku harap,para pembaca yang lain semua boleh ambil ikhtibar dari kisah yang tak seberapa ini.



Ini adalah beberapa troli yang berjaya di snap..

No comments: