Wednesday, January 6, 2010

Apaku rasa di pagi hari yang cerah

Share
Dipagi hari ni,rase semcam bersemngat brbanding hari-hari sebelum ni. Hari ni sudah masuk hari ke-3 aku praktikal di syarikat LMS. LMS merupakan sebuah syarikat preseller untuk peralatan network. Jadi di sini aku berkesempatan untuk merasa beberapa peralatan baru untuk tujuan network. Merasa suasana kerja yang sibuk, bergaul bersama staff yang expert dan mcm2 lgi. Mereka semua baik hati untuk mengajarku,membuka mindaku serta menjawab pertanyaanku tentang tekonologi network ni dengan baik dan jelas. tidak cukup itu,sedikit demotrasi juga ada diberi untuk memberi lebih kefahaman kepada manusia benak sepertiku..

Projek untuk latihan praktikal, yang diberikan kepadaku juga amat menarik. Projek tersebut adalah mengenai sebuah sistem pengesan di dalam bilik server. Untuk pengetahunan kawan-kawan, bilik server adalah sebuah bilik dimana terdapat pelbagai komponen komputer dan network bertujuan untuk menyimpan segala maklumat serta data-data penguna diseluruh Malaysia,mungkin data perbankan anda juga ada disini. Pengesan yang dimaksudkan adalah,pengesan haba dan pengesan banjir. Bilik server perlu berada di dalam suhu 20-25 darjah celcius. Jadi sekiranya suhu tersebut melebihi suhu darjah maksimum yang ditetapkan maka satu amaran berupa email dan SMS akan dihantar kepada engineer yang menjaga bilik tersebut.

Jadi mungkin setakat ni sahaja untuk kali ni,lain kali citer lagi,supervisor aku da masuk..he he,chiiiioooowww,salam semua..

No comments: