Thursday, July 15, 2010

Kad Kredit di kaunter TOL

Share
Semalam perjalanan balik dari KLIA bersama kawan Ambo, Ambo terlekat di satu tol disebabkan oleh pemandu yang seperti ada masalah dengan kaunter pembayaran. Jurutol plak mundar mandir dari satu tol ke satu tol, Ambo bersama sahabat Ambo tu sudah mula kehairanan. Apa yang nak dibuat oleh jurutol tu. Kenapa dia perlu mundar mandir sedemikian rupa. Apa dah jadi? Simbol tanda tanya kat kepala Ambo makin galak keluar. Lantas Ambo menajamkan pandangan dan melihat menerusi cermin pandang sisi Toyota Innova tersebut. Rupa-rupanya, pemandu tersebut adalah warga asing yang mungkin datang melancong ke Malaysia.


Pandangan Ambo tertumpu kepada satu sudut dimana pemandu itu menghulurkan satu kad berwarna keemasan kepada jurutol tersebut. Kad itu tak lain dan tak bukan adalah kad kredit citibank. Jurutol itu mengambil dan mengembalikan semula kad tersebut. Agak lama juga drama tersebut berlarutan dan akhirnya jurutol itu mungkin terpaksa akur dan melepaskan pemandu tersebut tanpa sebarang caj!! (agak menyirap di situ). Pabila tiba giliran Ambo untuk membuat pembayaran, Ambo pula yang terpaksa menunggu lama di tol tersebut. Setelah bayaran sudah dibayar,dan 'gate' sudah dibuka, Ambo mula untuk memecut pergi, tiba-tiba jurutol itu menjerit. "Dik tunggu!!!" Dengan pantas gate tol tiba-tiba terturun. Ambo terkejut dan mengucap panjang. Nasib baik kereta sahabat Ambo selamat dari sebarang kerosakan. Ambo menoleh ke arah jurutol dan cuba mencari masalah yang sebenarnya. Kami tiada membuat sebarang masalah mahupun kesalahan.


Selepas jurutol tersebut memohon maaf, kami dilepaskan dari tol tersebut. Kasihan sahabat Ambo, terpinga-pinga dia dibuatnya. Tidak jauh dari tol itu, Ambo bersama sahabat Ambo tu ketawa berdekah-dekah. Kami berdua geli hati dengan gelagat pemandu tadi. Tidak jauh dari situ, kami dipertemukan lagi sekali bersama pemandu itu. Memang lucu apabila dia meluru dengan pantas ke lorong "touch n go". Mungkin dia mengganggap simbol kad itu membenarkan dia menggunakan kad kreditnya. Kasihan pemandu tersebut. Ambo cuma mampu mengelengkan kepala sahaja bila mengingatkan kembali gelagat pemandu tersebut. Semoga beliau senang hati bercuti di Malaysia.


1 comment:

tujuhhariseminggu said...

ooo...
mesti mamat omputih tu terpinga2.... :p tapi ngeri weh, sib baik keta x kena palang tuh.. kalo x... nahas...