Saturday, September 11, 2010

Puteh

Share
Puteh..Aku sedar yang kita jarang bersama

Puteh.. sewaktu ketiadaan aku, Kau sering bermalam di ruangan yang sempit. Tidak sempat untuk aku menjenguk Kau di kala Kau sakit.

Kulit kau yang sebelum ini putih suci, aku lihat semakin pudar serinya.

Namun disebabkan perasaan sayang Aku pada Kau.. Aku gagahkan diri Aku ini untuk membersihkan kau balik. Aku nak pastikan kesucian putih Kau kembali menyeri.

Tapi diketika 'darah' kau terpancut keluar, Aku tidak dapat menahan sedih. Kau sakit lagi!!

Baru semalam Aku bermanja dengan Kau,Aku bawa kau jalan-jalan. Aku belai.

Tapi pagi ini, Aku lihat Kau sekali lagi terdampar sakit.

Aku tidak mampu buat apa-apa.

Cuma melihat Kau sakit sahaja Puteh.

Puteh, Aku akan belajar rajin-rajin untuk pulihkan Kau balik.

Aku sayang Kau Puteh..




No comments: