Thursday, September 16, 2010

Fahamilah Aku

Share
Disini ada beberapa perihal mengenai diri Ambo yang ingin di kongsi bersama bakal calon Ambo semoga beliau dapat memahami insan yang tak berapa nak sempurna ni.

Bila Abang tengah sibuk
Jangan pula Sayang terhegeh-hegeh minta tolong jemput di tempat kerja ataupun menemani Sayang pergi membeli-belah.

Bila Abang tengah ego
Jangan sesekali Sayang mempersoalkan tentang keegoan Abang bila sikap sebegini sedang menguasai Abang. Lelaki ni, amat payah utk mengakui dirinya ego sebaliknya berpendapat ianya ketegasan.

Bila Abang tengah romantik
Ajaklah Abang bersiar-siar di tepi pantai ataupun makan malam di bawah cahaya lilin sambil mengenangi saat-saat manis pertemuan pertama dan jgn lupa selit sekali perancangan utk masa depan bersama.Nak anak ramai ke (ehem2), Nak insuran family ke,nak kereta besar ke.

Bila Abang tengah panas baran
Jangan membuat sesuatu yangg boleh menyemarakkan lagi perasaan marah Abang yer. Cuba Sayang berdiam diri dulu hingga kemarahan Abang reda.

Bila Abang tengah penat
Jangan mengadu perkara ataupun bercerita tentangg hal yg remeh. Dalam saat sebegini Abang hanya perlu rehat yang secukupnya dan jangan memaksa Abang untuk membuat sesuatu yang boleh menambah kepenatan.(harap paham yer)

Bila Abang pentingkan diri sendiri
Sayang cuba berterus-terang dan meluahkan rasa tidak puas hati Sayang tentang sikap Abang yer. Sayang sepatutnya bersikap lebih terbuka dan meminta Abang supaya mengimbangi pendapat Sayang juga. Jangan lupa utk bertoleransi antara satu sama lain. Gunalah air mata Sayang sebagai senjata untuk lembutkan hati Abg.

Bila Abang terlalu mengongkong
Kalau Sayang memberontak, sudah pasti Abg akan memarahi Sayang. Tapi kalau Sayang menurut saja kata Abang takut menjejaskan diri sendiri. Jadi, untuk itu, Sayang perlu berkata pada Abang utk membiarkan Sayang membuat keputusan sendiri asalkan tidak menjejas hubungan kita berdua.

Bila Abang buat selambakatakpuru
Sayang cubalah tarik perhatian Abang. Buatlah sesuatu yang boleh buatkan Abang tertarik. Sebab selalunya Abang hendakkan Sayang yang mulakan dahulu.

Bila Abang curang
Janganlah tuduh Abg tanpa usul periksa. Selidiklah sebaik mungkin dengan penuh sabar dan teliti. Maklumlah, Abang ni kan sedikit tampan (perrghh poyo tak hengat beb), jadi mungkin macam-macam fitnah tu boleh terjadi.

Bila Abang dirasakan se akan lurus bendul
Sayang boleh mengambil kesempatan ke atas diri Abang tetapi jangan sampai memperlekehkan setiap tindak tanduk Abang. Sayang perlu menjadi perangsang pada Abang dan mengatakan yang Abang mampu membuat keputusan sendiri tanpa terlalu mengharapkan orang lain.