Thursday, September 16, 2010

Sape patut keluar wang ?

Share
Bila cakap pasal duit, semua orang akan terbayang apa yang di ingini. Ada duit semua boleh jadi. Duit kadang-kadang menjadi benchmark kepada kehidupan sosial seseorang. Awas kepada pemilik dompet tebal, anda adalah sasaran mudah bagi mereka-mereka yang yang mempunyai niat kurang baik terhadap ketebalan duit anda. Baiklah, entri kali ini bukanlah untuk memperkatakan mengenai hal duit tetapi penulis teringin sangat menyentuh tentang

"Siapa yang perlu mengeluarkan duit ketika keluar bersama"

Kebanyakan lelaki lebih senang untuk mengeluarkan duit sendiri tanpa mengharapkan bantuan dari pasangan masing-masing. Hal ini bergantung kepada pelbagai faktor, antaranya kesedaran, ego, perasaan kasih kepada pasangan serta bermacam jenis faktor lagi.

Faktor kesedaran menyentuh kepada sifat lahiriah si lelaki itu sendiri di mana, kesedaran dalam memikul tanggungjawab seperti menanggung nafkah kaum Hawa dari segi zahir. Si lelaki akan menganggap ini sebagai persediaan yang baik untuk diri sendiri bagi menghadapi hari-hari selaku ketua keluarga pada masa akan datang. Selain itu, lelaki akan belajar erti pengorbanan kesan dari iktibar dari hal yang disebut di atas. Jadi mereka lebih senang untuk menghulurkan bantuan dalam pelbagai situasi termasuk bantuan kewangan.

Beralih kepada faktor ego pula, lelaki lebih bersikap optimistik dalam menjaga ego mereka. Ego umpama salah satu tiang kepada maruah si lelaki. Percaya atau tidak, terdapat sebilangan lelaki yang akan merasa sangat malu jika ego mereka tercabar. Sebagai contoh, lelaki akan merasa malu jika gadis itu mengeluarkan wang sendiri untuk menampung setiap perbelanjaan . Tapi perasaan ini akan disembunyi dari pengetahuan si wanita. Lelaki juga pandai memendam dan boleh jadi lagi mendalam dari si wanita.

Kadang kala perasaan kasih dan sayang pada pasangan juga memain peranan dalam mengapa kadang kala lelaki lebih suka mengeluarkan wang. Ini kerana mereka tidak mahu pasangan mereka berada dalam kesusahan. Biarkan mereka susah, janji hati pasangan masing-masing gembira. Tapi lain pula di pihak wanita. Jika mereka mengetahui perkara sebenar,sudah tentu mereka akan merasa amat sedih. Mungkin juga mereka akan risau dan kadang kala marah dengan perbuatan si lelaki. Jangan risau, terdapat suatu sifat dalam diri lelaki apabila berdepan dengan hal seperti ini. Mereka punyai daya keinginan yang sangat kuat untuk mencapai apa yang dihajati. Jadi jika mereka inginkan pasangan mereka senang dan gembira, mereka akan berusaha sehabis mungkin untuk memenuhi tuntutan itu.

Semua pengertian di atas tidak bermaksud si lelaki tidak boleh menjadi penerima yang baik. Mereka boleh menjadi penerima baik sekiranya si wanita bersikap terbuka serta jujur dalam hal ini. Mintalah kebenaran dari si lelaki. Biarkan picu kesedaran mereka di tekan terlebih dahulu oleh si wanita agar mereka dapat memberi respon yang baik dan menghasilkan komunikasi dua hala yang menyentuh kepada objektif dan buan kepada subjektif. Maksudnya, capailah suatu persetujuan yang boleh diterimapakai oleh kedua belah pihak. Biarkan si lelaki tahu apa yang si wanita ingin dari mereka.

Jadi akhir kata, selamat mengenali si lelaki pujaan si wanita.

Syaffeq Zain

8 comments:

Lia3003 said...

ok, nice.. yang berlaku kat saya sebaliknya, hehe.. xpe pengalaman mengajar saya..dah lepas pun.. tQ

Sang SyaffeQ said...

pengalaman mengajar kta erti hidup,okla tu. Liyana dh ada penglaman yg orng lain belum tntu dpat lgi.

Sharifah ZaaRa Sophea Hayat said...

hmmm...
walaupun sy xprnh ade pnglmn keluar dgn lelaki selain family...tp tulisan Encik dapat memberi panduan kepada sy sekiranya sy ditakdirkan mmpunyai pnglmn tersebut satu hari nanti
cume...ibu sy prnh berkate...jika ingin mnjadi seorang wanita y baik, jgn suke mminta kpd org y mnyayangi kita shngga org y mnyayangi tpakse bersusah pyh utk mmnuhi pmintaannya
namun bgitu,sharusnya bersyukur dan saling mmberi galakan utk sama mncapai kehidupan y lbh baik

Sang SyaffeQ said...

Zaara Sophea :

itu jika kita sering memaksa si lelaki untuk memenuhi kehendak kita yang berada di luar kemampuan. Tak salah jika CUBA untuk meminta,tapi biarlah berpada-pada. Untuk siapa lagi di curahkan semua kesenangan tu kalau bukan orang2 yg lelaki tu kasihi.

pemanas cerita said...

biasanya aku yang keluar duit.
tapi skali skala bila si dia keluar duit aku tak rasa tercabar pon.mungkin pasal bukan selalu kot

Sang SyaffeQ said...

klau rasa tak tercabar,ternyata skali kamu mmang dh boleh menerima si dia ngan baik. -just bgi pendapat- ngee

♥ 미스 kiera ♥ said...

bg sy lah.xkesah sape nk kuakan duit.
kate kapel.kene lah share2.
xkan laki je nk support an.
laki lak.xleh la nk ego.sesekali, si gf nk gak blnje buah ati an...

=)

k..ni my blog k.sudi2kan memeriahkan pengikut sy ae..tq

http://www.owlkieranaa.blogspot.com

Sang SyaffeQ said...

emm,ada betolnya ckap ctiey tu.stuju ngan statement beliau disitu.. :)