Sunday, September 12, 2010

Si Puteh Comel

Share
-Puteh-

10.09.2010 adalah pagi raya yang sangat memberi pengertian bagi Ambo. Mana tidaknya,apabila di hadiahkan Si Puteh kepada Ambo. Bagaikan sebuah mimpi yang menjadi kenyataan. Ambo tidak mampu mengucapkan apa-apa ucapan untuk menzahirkan terima kasih Ambo kepada Abah melainkan berjanji kepada beliau untuk belajar bersungguh-sungguh. Boleh di katakan setiap pagi, Ambo bangun untuk mengilap Puteh yang pada ketika itu masih belum menjadi kepunyaan Ambo,sehinggalah pada suatu malam sebelum raya, Abah Ambo bertanya kepada Ambo.. "Along suka ke kereta putih tu? ".. Ambo cuma meng iya kan kata-kata Abah Ambo. Memang benar sudah sekian lama Ambo menyimpan hasrat untuk memiliki Puteh, namun tidak berani untuk menyuarakan isi hati itu kepada Abah Ambo kerana selalunya beliau akan menolak setiap permintaan Ambo. Tetapi rupanya malam itu merupakan malam pengorek rahsia.

Puteh berasal dari model Proton Wira 1.5 yang buruk. Berbekal dengan enjin yang lansung tidak bermaya serta kondisi yang sangat uzur, Puteh telah menjalani satu transformasi yang radikal dan menyeluruh bermula dari rupa hinggalah kepada nadi pengeraknya. Jadi untuk projek tranformasi kali ini, Ambo membuat keputusan untuk menyalin sepenuhnya teknologi daripada Mitsubishi Evolution III. Sebuah model lagenda yang di gilai di zamannya sehingga ke hari ini di mana ia merupakan satu-satunya model Evolution yang mampu menghasilkan kuasa kuda(horsepower) setinggi 280hp. Secara umum, Puteh mempunyai sesaran sebanyak 2000cc, namun secara teknikalnya tidak. Puteh di anggar mempunyai sesaran sebanyak 2500cc. Puteh adalah mesin buas. Pada awal pemanduan, Ambo menghadapi kesukaran untuk menjinaknya. Ini kerana, Puteh tidak punya sistem LSD (Limited Slip Differential). Alamak, terlalu teknikal la plak. skema plak tu. hahaha.

Sedikit gambiran Puteh untuk tontonan umum, Puteh pandai bergaya~~ La La La La


Muka depan Si Puteh


Pandangan sisi Si Puteh,bajet hot la tu,nyampah!!

Puteh ada kawan, kawan dia kecil jer.


Nyawa Si Puteh (^__^)


Si Puteh Beraya di Aidilfitri

-Si Puteh-

6 comments:

Syifa Alshah (wutwut) said...

hai puteh! ngee

Sang SyaffeQ said...

Puteh ckap hai balik,siap suh krim salam kt jojot agi,hahaha !!

Muhammad Farid said...

hello puteh...jom race nak...kawe bwk kelisa NA je...

Sang SyaffeQ said...

ohohohoh,Puteh baik,x suke lumbe2 ni~~ ekekeke

Harimau Malaya said...

lawa si puteh nie..

Sang SyaffeQ said...

thanks..hehehe,nk msuk meminang ke?