Saturday, August 21, 2010

Kisah Hatiku Dalam Menerimamu

Share

Di setiap saatku mengingatimu

Senyuman manis itu sentiasa mengamit memoriku padamu

Perkenalan maya sebagai pengukuh ukhwah antara kita

Lantas menimbulkan satu perasaan yang berupa anugerah tertinggi kepada makhluk bernama manusia

Suka

Itulah yang perasaan pertama yang terbit dari hatiku sejak mengenalimu

Perlahan aku mengintai setiap realiti hidupmu yang sebelum ini diselubungi suasana suram emosi kecelaruan

Namun itulah yang mengajar Dikau untuk mengerti makna hidup sebenar

Sehinggalah Dikau mengambil jalan untuk meninggalkan dunia itu jauh ke belakang

Biarkan giliran ia terpinggir setelah memingirkan Dikau dari dunia asalmu

Sayang

Hatiku kembali terbuka menerima insan hawa iaitu Dikau

Sifat Dikau yang menarik perhatianku sungguh mempesonakan

Meskipun Aku tidak punya alasan yang kukuh untuk mewakilkan perasaan itu

Ia bukanlah suatu pendustaan untuk memenangi hati Dikau

Dan bukanlah suatu resepi kata-kata untuk menguatkan kepercayaan Dikau padaku

Itulah perasaan yang wujud hasil dari penerimaan hatiku untuk memberi ruang pada kehadiran Dikau

Cinta

Adalah satu pengembaraan perasaan yang dengan penuh seribu satu halangan dan rintangan

Jika Dikau mengalami kesulitan izinkanku bersamamu di setiap pengembaraan itu

Tapi jika Dikau tidak mahu lagi menghadapi pengembaraan itu

Izinkanku untuk bertakhta menyinari hati sanubarimu setiap masa

Kerana Aku ingin bersamamu di setiap saat riang dan sedihmu

Kerana aku ingin mencintai dirimu seadanya

No comments: