Friday, August 20, 2010

Tidurlah..

Share
Di ketika entry ini di cipta, sudah cukup membuktikan bahawa Ambo masih belum mampu untuk melelapkan mata walau sekelumit pun. Ketika cerita ini di catit, berkemundang lagu Bulan..entah mengapa lagu tersebut sentiasa menimbulkan suatu perasaan yang sukar untuk Ambo meteraikan melalui penulisan walalupun kadang kala Ambo senang merungkainya melalui jari jemari Ambo yang petah berkata-kata,tap tap tap tap..sangat laju jari jemari itu bermain di atas keyboard Ambo yang sering menjadi peneman Ambo serta saksi kepada kehidupan Ambo semasa berdepan denganya.

Setiap bait lirik dari lagu-lagu tersebut mempunyai maksud yang amat mendalam bagi kehidupan lampau serta kehidupan yang Ambo lalui sekarang. Sepanjang penglibatan Ambo dalam bidang penulisan blog ini, belum pernah Ambo menceritakan kesengsaraan yang Ambo tanggunggi disebabkan menaruh harapan yang terlalu tinggi kepada 'bakal' peneman hati. Namun 'bakal' itu seperti biasa, pergi begitu sahaja meninggalkan Ambo terbujur di sini,..seolah sebuah boneka yang cantik tetapi tidak bernilai lansung di mata mereka. Ambo menangis sendirian tanpa teman sedangkan mereka pergi gembira bersama peneman hati baru mereka. Namun setiap kesedihan itu Ambo selitkan dengan senyuman agar Ambo mampu untuk teruskan kehidupan selaku seorang lelaki periang di mata setiap insan.

Bulan
kembalikan seri malamku
kembalikan kerinduanku
tunjukkan senyummu
bintang..
kau suluhi jalan hidupku
kau jangan hilangkan aku dari matamu
kau
kau bagaikan mimpi
hadir di malamku
menemani aku

Lirik ini mengingatkan Ambo kepada semangat Ambo untuk bangun dari kejatuhan dahulu kala. Pedih, sakit dan sengsara menjadi buah tangan kepada hati yang sememangnya rapuh kepada perasaan. Tertunduk menyembah bumi, erat mengengam tangan yang gengamannya semakin lemah, mata semakin kabur kerana linangan air mata yang di tahan agar tidak jatuh. Ambo tidak mendamba sebarang balasan di atas setiap kebaikan yang Ambo lakukan, Ambo jua tidak ingin mereka terhutang budi di atas semua itu. Ambo cuma ingin melihat orang yang Ambo kasihi dan sayangi itu gembira dan tenang. Tapi, balasan berupa penghinaan itu bukan sesuatu yang Ambo pinta.

GILA...

Satu-satunya ucapan penganti terima kasih untuk Ambo. Ambo menerimanya dengan senyuman walaupun jauh di sudut hati yang remuk ini, Ambo seperti mahu membenarkan linangan air mata mencurah membasahi pipi.

(^^,)

4 comments:

MOFASAD said...

jiwang gak lu nie..

hahahaha


:P

Sang SyaffeQ said...

Aku pun punya perasaan gk weii,hahahaha ;P

elmo blurb said...

laa kenape?

Sang SyaffeQ said...

citer lame wk

luah melalui penulisan jer...

=)