Monday, August 30, 2010

Kisah Puding Syaffeq

Share



Masa ngah sedap makan puding malam tadi, tetiba jer memori zaman sekolah berputar dalam kepala Ambo ni,krek krek krek..bnyi karat skit..yela..otak tua la katakn. Apa yang nak di citerkan dalam kisah ni adalah camne Ambo nak tackle sorang awek ni ngan buat puding kat dia. Ehek ehek !!

Minat yang mendalam pada beliau telah membuka hati Ambo untuk berguru ngan Mama Ambo. Berguru smoga ilmu buat puding di perturunkn kpada Ambo. Jadi Ambo blajar la cara-cara nak buat puding tu ngan tekun dan bersungguh2. Pertama kali buat,hangit..kali kedua buat..hangus..kali ketiga mencuba pun tetap tak berjaya. Ssah gak nak buat puding ni kata Ambo dalam hati..geram gak masa tu.

Dah lewat malam pun Ambo masih lagi mengacau telur,mengoreng gula,kukus dan macam2 lagi. Agak bising gak. Tiba-tiba ngan tidak semena Mama Ambo kuar untuk melihat hasilnya. Sekali kena marah daa,sbb dah kotorkan dapur n sepahkan barang2 dia. Maka tunduk lah budak Syaffeq ni sambil tadah telinga. Pot pet pot pet.berdengung jer. Sabo jer la, mmg dah salah Ambo.

Akhirnya cubaan yang keberapa ntah barulah puding Ambo ada rupa macam puding. Gumbira tu tak payah cakap. Siap tepuk2 tangan lagi. Ok sejukkan dalam peti esok nak bawa pegi sekolah. Gosok baju dan sluar sekolah,nak nampak hensem masa bgi puding nanti kat gadis tu. Konpem x tido la malam tu.

Esoknya Ambo meminta Mama Ambo untuk menghantar puding ni ke sekolah, risau kalau-kalau puding ni pecah masa Ambo dalam perjalanan ke sekolah. Maklumlah naik beskal,faham2 jer la. Tnggu punya tnggu,puding pun sampai. Yesss!!! Lepas ucap terima kasih,Ambo bergegas ke kelas. Semua orang tngok puding Ambo. Bila ditanya “Mak ke yang buat”..Ambo jawablah “Tak,ni aku yg buat !” sambil snyum ..dorang snyap seraya trdengar suara kecil “Penipu..” Ambo cuba melawan “Dok la, puding ni aku sndri hok buat!!”..”penipu penipu penipu”..lantak koranglah. Yang penting aku leh bagi si gadis tu merasa. Potong skit, letak atas pinggan kertas pastu Ambo jalan2 mencari lah gadis tu. Cari punya cari tapi tak jumpa2 gak. Pelik. Lansung x jumpa kelibat si gadis tu, cari lagi smpai puas ati,mmg xde kat sekolah!!

Lalu Ambo simpan elok2 puding tu dan pegi cari pondok tepon. Calling calling la umah dia..tut tut tut..tut tut tut..engage…calling calling lagi..tut tut tut..engage lagi…calling lagi.,..tut tut tut..last2 terangkat gak.. hello~~Ambo kenal sangat suara tu..tnya punya tnya,nape tak datang sekolah? Katanya dia malas datang sbb takde pape pon. (Kebetulan aritu ada jamuan akhir tahun..), Ambo sdikit kuciwa la,Ambo letak gangang tepon tu pastu berjalan perlahan kembali ke kelas..setibanya di kelas..Ambo tngok bdak2 pompuan kelas Ambo ngah sibuk mengemas pinggan pecah.

Ambo tak hiraukan dorang. Ambo cari puding Ambo. Cari2 x jumpa. Tnyalah bdak2 ni ada nmpak tak puding Ambo.,dorang pun menuding jari ke satu sudut..Ambo kenal pinggan yang pecah..itu pinggan Ambo…pinggan Ambo!!! Pecah!! Ambo tnya kpada saksi kejadian,mane peginya puding Ambo, skali lagi dorang tunjuk kea rah tong sampah. Ambo pun pelan-pelan la pegi tngok isi tong sampah. Memanga betul,kat situ lah berakhir puding Ambo.

Ish ish,nasib Ambo kurang baik skit aritu…balik umah kena tadah telinga lagi..pinggan Mama yg mahal tu dah pun pecah. So apa Ambo dapt cuma lebam di perut hasil cubitan Mama n penat lelah jer.ohoooo~~~nasib nasib.

2 comments:

sugar2 kapas strawberry said...

oloh..sie nyo ko awok..tp sy salute la awk reti wak puding..sy sdiri pon xreti.huhu

AISHA SAAD said...

ngorat ambo pulakk lahh!
sedappnyaa puding tuh!
really sukaa.
hoh!