Thursday, August 5, 2010

Ride Ke Kuala Sepetang

Share
Bermula dengan plan untuk ride ke Pantai Teluk Kemang Port Dickson, akan tetapi disebabkan beberapa faktor yang tidak boleh di elakkan ride tersebut berakhir kepada penyertaan Ambo dalam ride ke Kuala Sepetang,Perak. Tujuan utama ride ini adalah tidak lain dan tidak bukan untuk menjamah hidangan mee udang yang dikatakan agak terkenal di sana.

Penulisan kali ini akan menceritakan perjalanan kumpulan ride kami bermula dari Kuala Lumpur hingga ke Perak yang sejauh 281km dan mengambil masa lebih kurang 3 hingga 4 jam untuk tiba ke destinasi. Ambo menyertai kumpulan ride yang pertama di RnR Rawang. Sebelum tiba di RnR Rawang, Ambo sudah beberapa kali sesat hingga ke Kuala Selangor. Alhamdullillah, terdapat rakan ride yang sudi untuk menunjuk jalan kepada kami, yang pada ketika itu turut meyertai ride ini adalah sebuah Perodua MyVi.



Meroket(pecut) aje dorang ni

tiba di checkpoint seterusnya

Pada jam 11.30 pagi, kami meneruskan perjalanan menuju ke RnR Tapah,kerana di sana satu lagi kumpulan ride turut menunggu kami. Setibanya disana, kami berhenti berehat dan bersalaman sebagai tanda perkenalan. Ride diteruskan ke tempat perjumpaan yang seterusnya. Ambo lupa nama RnR yang seterusnya kerana tiada sebarang catitan yang di lakukan oleh Ambo sepanjang perjalanan tersebut.


Ride diteruskan ke checkpoint seterusnya


Dari kiri Kawasaki ER6-N, Yamaha FZ150i dan Honda CBR 150


berkumpul untuk menunggu ahli ride yg lain

Perjalanan ride berjalan lancar sepanjang lebuhraya utara-selatan. Kami berhenti rehat serta menunaikan solat di sebuah RnR yang Ambo sendiri sudah lupa namanya. Disana satu lagi group ride akan berkumpul. Semasa perjalanan ride, kami turut terserempak dengan kumpulan ride yang lain. Skuter, Superbike dan pelbagai jenis kenderaan beroda dua lagi. Sebagai tanda hormat, kami sekadar mengangkat tangan sahaja kerana kesuntukan masa untuk berhenti dan bertegur sapa.

Linkungan jam 3 ke 4 petang, kami tiba ke destinasi. Hidangan di pesan dengan kadar segera kerana kami datang dari Kuala Lumpur dengan perut kosong. Dimeja hidangan kami berborak sambil bertukar pendapat dan memperkenalkan diri masing-masing, Ambo tidak ketinggalan untuk merakam detik-detik ini yang sungguh manis untuk Ambo kenang.

Ambo yang ketika itu sedang kekeringan dari segi belanjawan amat terkejut dengan harga semangkuk mee udang itu. Tergamam dan tersenyum comel begitu. Setelah habis menjamu mee udang, kami bersiap sedia untuk ke bandar taiping. Jalan-jalan pusing bandar Taiping. Ambo memerhati keadaan setempat, penuh dengan bangunan bersejarah. Setelah puas pusing-pusing bandar taiping, kami berehat sebentar di kedai untuk minum bagi membasahkan tekak.


tengok harga mee udang spesel tu,meleleh air mata Ambo nengoknyer..



Besar tak udang tu,ni first time Ambo jumpa udang besar camni

Menjamu selera dengan begitu asyik sekali kalian ini semua,kebulur la katakan




haaa,Abg ni balun sampai 2 mangkuk


Berehat sebentar

Jam 6 petang, kumpulan ride sudah bersiap untuk bertolak balik ke Kuala Lumpur. Setelah menunaikan kewajipan di sebuah RnR yang tidak jauh dari bandar Taiping. Kumpulan ride terus memecut jentera masing-masing. Malam hari memang sesuai untuk memecut berikutan suhu yang rendah sekaligus mengurangkan risiko kerosakan enjin dan tayar. Ambo tiba di Kuala Lumpur pada jam 12 tengah malam.


berkumpul untuk bertolak balik ke Kuala Lumpur



Berehat sebentar,letih setelah sehari suntuk meroket.

Pengalaman tersebut meninggalkan pelbagai kenangan kepada Ambo. Secara tidak lansung Ambo boleh merapatkan ukhwah di antara para rider yang lain. Terima Kasih kepada Ben Alem kerana mengajak Ambo untuk turut sama menyertai ride itu di saat akhir. Terima Kasih juga kepada warga Belangrians yang lain serta semua yang menyertai ride tersebut, Nais, Ayie, Hasbul, Abe, Dani, dan Pak Arshad semua yang lain. Maaf,nama tidak sempat hafal,next meet InsyaAllah Ambo ingat.

2 comments:

elmo blurb said...

bestnye dapat gi ride.
kalo lah ade moto.................

SyaffeQ said...

(^^,)

klau ada keta pon xpe,klau ride dekat2 leh follow.

Minat moto ke?