Friday, February 5, 2010

Hey Ladies! Fahami 10 sifat si gentlemen

Share

1. Hidup lelaki lebih mudah

Kehidupan lelaki lebih mudah,itu antara faktor mengapa mereka tidak mahu memikirkan perkara yang remeh-temeh berbanding wanita. Jika bercerita, pastikan anda mengunakan bahasa yang mudah untuk difahami atau pun "straight to the point" . Tak usah mengunakan bahasa kiasan atau pun yang berbelit-belit. Malah mereka juga berfikiran terbuka dan senang jika diminta memberi pendapat.

2. Bibir dan hati berkata benda yang sama

Bagi kaum wanita, ada kalanya bahasa yang teruncap di bibir tidak sama dengan bicara di hati. Tidak bagi lelaki kerana apa yang mereka rasa dan fikir, itulah yang akan dituturkan di bibir. Walaupun mereka mahu berbohong, getaran pada suara dan riak wajah mudah di kesan. Mereka juga tidak bijak melahirkan rasa di hati dalam bentuk kata-kata, sebaliknya memilih untuk menterjemahkannya dengan perbuatan.

3. Lelaki lebih suka membisu

Ada kalanya kaum wanita lebih senang berbincang subjek yang sensitifsebagai salah satu cara berhadapandengan realiti. Bagi lelaki pula, mengambil sikap membisu. Bukan kerana takut berhadapan dengan realiti, ada kalanya mereka tidak mahu megeruhkan suasana. Mereka juga lebih suka menyembunyikan sesuatu dari pengetahuan wanita dan lebih senang memendamnya sendirian.

4. Lelaki tidak kompleks

Kaum wanita sering beranggapan, lelaki lebih kompleks dan sukar untuk di fahami. Sebenarnya kehendak mereka mudah sahaja. Mereka mahukan teman hidup yang mampu uruskan kehidupan mereka. Menjaga makan minum, menyediakan pakaian, mengemas rumah dan sebabagainya. Malah bukan saja teman hidup, tetapi bertindak sebagai sahabat sejati mereka. Bukan berfikiran primitif, tetapi itulah yang mereka mahukan.

5. Jangan di paksa

Mereka tidak suka didesak dan dipaksa apatah lagi jika membongkarkan rahsia hati mereka sendiri. Lelaki lebih senang memendam perasaan,dan andai kata jawapan yang terpacul dari bibir mereka, sudah tentu akan membuatkan kaum wanita kurang senang mendengarnya.Cara terbaik yang boleh kaum wanita lakukan ialah membaca bahasa badan mereka kerana ia sering mengambarkan keadaan mereka ketika itu.

6. Rahsia Lelaki

Jika wanita lebih senang berkongsi perasaan dengan kaum sejenis, tidak bagi lelaki. Mereka tidak mudah berkongsi rahsia dan hal-hal peribadi sesame lelaki kecuali jika benar-benar rapat. Lelaki sukar menjadi semesra wanita dalam bab-bab ini kerana untuk melakukannya, mereka memerlukan kekuatan dan keberanian untuk berkongsi cerita-cerita mereka dengan kaum sejenis.

7. Jujur itu penting bagi mereka

Lelaki cuma mahukan pasangan mereka jujur dan bercerita apa saja dengan merekaserta tidak menyembunyikan perkara-perkara berkaitan.

8. Tidak suka dikiritik

Lelaki kurang suka di kritik kerana mereka kurang bersikap terbuka tentang itu. Ada saja alasan dan jawapan yang akan mereka berikan jika dikritik. Mungkin boleh menimbulkan persengketaan. Ada cara utnutk mengkritik lelaki iaitu cara berjenaka dan bercakaplah dengan lemah lembut. Jika ingin menegur, pastikan tidak disusuli dengan emosi yang berlebihan dan pilihlah waktu yang tepat untuk itu. Juga tidak salah jika kritikan itu dimulakan dengan pujian.

9. Sokongan itu penting bagi mereka

Lelaki sering menjadikan wanita sebagai tulang belakang mereka. Itulah hakikatnya. Bermakna, lelaki juga amat memerlukan sokongan serta kata-kata semangat dari wanita kesayangan mereka. Lelaki jarang mengadu masalah mereka kepada wanita, tetapi jika ia berlaku, berilah sokongan dan kata-kata peransang yang bermakna. Juga jadilah pendengar yang baik buat mereka.

10. Terima hakikat mereka indan yang ego

Ego itu sifat lahiriah kaum lelaki, jadi terimahlah hakikat. Sama ada di tempat kerja mahu pun di rumah, keegoan itu tetap ada dalam diri. Jangan memperlekehkan ego mereka. Jika ego mereka di terima, ini bermakna anda juga menyenangi diri mereka. Bahkan wanita yang menerima keegoan lelaki dalam percintaan, akan menerima bahang cinta yang lebih membara dari mereka.


Jadi,,,itulah sedikit sebanyak mengenai lelaki yang mahu di kongsi bersama kawan-kawan semua,khususnya kaum wanita..he he he

No comments: